Aduhai. Kadang tidak terdaya sebenarnya membebani musibah yang melanda diri. Ada waktu-waktunya badan yang lemah ini umpama keruing pipih gugur dari pokoknya lalu melayang-layanglah ia bersimpang-siur dibawa angin kemudian jatuh entah di tanah mana. Ada waktu-waktunya pula, menghitung harap petahnya tidak di lubuk kalbu tapi tergagap-gagap di tepi bibir menjadikan diri seolah-olah manusia yang sangat berputus harap. Oh, tidak! Usah sekali-kali berputus asa wahai diri!
Berputus asa bermakna dirimu sudah hilang keyakinan kepada kemampuan Tuhan untuk memberikan rahmatNya kepadamu. Dengan berputus asa kau seolah-olah sudah tidak yakin bahawa Tuhan akan membantu dan memperkenankan doamu. Peningkatan iman datang dengan ujian dari Tuhan dan apabila lulus ujian, iman akan meningkat tetapi pasti akan diikuti dengan ujian yang lebih besar lagi. Bukankah dalam doa kau sentiasa meminta untuk ditingkatkan iman? Masakan kau tergamak memarahi Tuhan apabila ujian diturunkan kepadamu? Ingatlah kepada kata-kata Imam Ghazali, bahawa maqam redha adalah maqam iman tertinggi yang mampu dicapai oleh manusia biasa, tetapi untuk mencapai maqam itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap detik manusia akan berdepan dengan hal-hal yang menggugat kesabaran diri dan ketabahan hati. Berusahalah selagi bernafas, usah berputus asa kerana berputus asa adalah sesuatu yang sangat dibenci Allah. Laluilah musibah itu dengan redha.
Iya, apalah sangat kesakitan ini berbanding kasih Tuhan yang melimpah ruah dan sentiasa melihat hamba-hambaNya yang sabar dan sujud kepadanNya dalam senang dan susah. Mudah-mudahan Dia mendengar dan menjawab jua doa yang dimohon - “Ya Rabb, aku redha dengan ujian ini dan jadikanlah keredhaanku akan penyakit ini sebagai pembakar dosa-dosaku yang lalu. Amiin.”
Salam Hijriah 1430 dan Masehi 2009.
Sunday, 4 January 2009
Monday, 22 December 2008
Seorang Pelukis
Dia diam. Saya diam. Sekitar juga diam. Ada cuma sesekali kedengaran bunyi kereta masuk ke kawasan itu kemudian bunyi pintu kereta dibuka dan ditutup kemudian vrooomm!, kereta itu pergi lagi. Itu pun tidak mengganggu ketekunannya melukis. Saya saja yang sibuk-sibuk memanjangkan leher mahu tahu kereta apa yang datang dan tuannya siapa.
Dia terus menterjemahkan segala yang ada di sekitarnya di atas kertas putih yang kaku dengan calitan warna air. Saya pula terus membandingkan apa yang terlukis di atas kertas itu dengan apa yang saya pandang di sekeliling. Warna-warni pokok-pokok bunga, bangunan-bangunan tinggi bagaikan sangkar merpati, mega putih di langit biru, rumput lalang menghijau yang tersisip rona-rona kuning dan coklat di celah-celahnya. Begitulah akhirnya kertas yang kaku itu kini bagaikan hidup menghembus nafas yang menyentuh sanubari saya! Cantik sekali lukisannya. “Wow!” Kekaguman saya tercetus. Dia tersenyum.
Dia berhenti melukis. Dia memandang langit kemudian memandang kiri kanan. Rambut pendeknya potongan askar dilurut-lurut ke belakang. Entah apa-apa yang difikirkannya kala itu dalam lembut wajah yang serius. Sejurus dia kembali mewarna lukisannya. Eh, kenapa pula dia melukis pelangi? “Kat langit tak ada pelangi pun!” Aduh, sungguhlah saya menyibuk! Dia ketawa kecil.
“Kalau akak dapat rasakan keindahan pelangi dalam jiwa walau pelanginya tiada di sana … (dia menuding ke langit dengan berusnya), ... akak faham kenapa pelangi itu saya lukis.”
Dia seorang pelukis muda yang bercerita di dalam lukisannya tentang kehidupan ini; tentang apa yang dirasa dan difikirnya melalui pemerhatiannya. Walau bukan semua orang faham kenapa seorang pelukis itu melukis begitu dan begini - - rumputnya kelabu bukan hijau atau kemboja warnanya hitam bukan putih; atau seekor ayam berkaki bangau atau sebuah kerusi berkaki tiga; atau barangkali hanya garis-garis jingga dan dot dot ungu di atas kertas putih - - itu semua pasti punya makna yang sangat halus yang terbit bukan dari khayal semata tapi dari ilham tafakur yang terselit di dalamnya satu tujuan tersirat yang tanpa disedari oleh penghayat lukisan, seorang pelukis itu sebenarnya telah membesarkan dan mengagungkan Pencipta alam buana.
Entah siapakah nama pelukis itu. Ketekunannya melukis dan keasyikan saya menghayati lenggok berus yang bermain dengan warna, serta kehairanan saya pada pelangi yang wujud dalam lukisannya telah melupakan saya untuk bertanyakan namanya. Semoga Tuhan memberkatinya. Amin.
*21/12/2008
Bukit Jelutong, Shah Alam.

Sunday, 14 December 2008
Filem Pendek: i truly love you ...
Tengahari Ahad yang santai. Demi seorang kawan, hati si Rampai senang saja menunggu walaupun sudah sepuluh minit berlalu. Tidak mengapa ujar hatinya lalu membawa pandangan matanya melata sekitar ruang yang sedang disesaki manusia pelbagai latar yang pastinya seperti dia, mereka juga punya tujuan tertentu untuk dibereskan.
Walau kaki mulai terasa lenguh berdiri, ada sesuatu yang mencuit rasa seorang Rampai itu sebenarnya. Apa lagi kalau berada di penjuru yang mampu membuka satu horizon luas yang mementaskan gelagat manusia yang ada-ada saja kerenahnya - yang lucu, yang marah, yang jelik, dan yang pelik - segalanya bagaikan hiburan yang dapat mereda resah gelisah di hati.
Berada di KL Sentral bagaikan berada di stesen Victoria London yang diwarnai pelbagai rona kulit, dihiasi beraneka busana dari yang longgar-longgar dan tutup-tutup hinggalah kepada yang ketat sendat dan buka-bukaan; dan dibingiti perbualan yang ganjil-ganjil bunyi dan lenggoknya; dan drama cinta sebabak dua untuk tontonan percuma sudah menjadi satu perkara yang biasa-biasa saja.
Nun di sana, tiga remaja lelaki dan dua remaja perempuan berkulit sawo matang sedang melompat-lompat seronok menari shuffle sambil mendengar pastinya lagu hip-hop dari mp3 mereka. Hahaha, si Rampai ketawa dalam hati sambil tersenyum lebar kerana tiba-tiba seorang daripada mereka tersilap lompat lalu terlanggar seorang pakcik kemudian jatuh terjelepok di atas lantai! Kesiaaaan, sakitnya pasti berganda kerana selepas itu dia dimarahi pula oleh pakcik itu.
Nah, bila masa pula seorang perempuan Melaya berada di sebelah si Rampai sambil bercakap-cakap di telefon dengan suara manja sekali? Kurrr semangat, pakaiannya lebih menggoda dari suaranya! Siapa bilang gadis Melaya tak menawan? Oh, oh, mata si Rampai tiba-tiba ternampak merpati dua sejoli di kiri sana sedang meraikan cinta sejati mereka, dan barangkali keasyikan itu hanya terlerai andai ada yang berani meragut tas tangan gadis itu.
Aiseyymaan, sungguhlah si Rampai leka memerhati orang orang hinggakan ada babak filem berlangsung di sebelahnya pun tidak disedarinya. Mujurlah dia tidak terlepas babak klimaksnya ...
"Saya balik tak lama, sekejap saja."
"Dua bulan tu lamalah!"
"Min, percayalah I love you!"
"Tak percaya. Sumpah awak tak ada girlfriend kat sana?"
"Sumpah. Saya balik jumpa keluarga saya."
"I love you sayang."
"Saya tau. Sebab tu saya mesti kerja keras supaya kita boleh kahwin."
"I truly love you Jehangir."
Mereka berlalu pergi sambil berpimpin tangan. Filem pendek tamat.
Tinggallah si Rampai sendirian yang masih setia menunggu temannya yang entah tibanya bila.
Salam.

Friday, 12 December 2008
Bersama Koi dan Quack Quack
Kasihan melihat si kecik yang asyik terlepas roti, kami lalu membaling tiga keping roti jauh-jauh dan koi koi besar meluru ke roti itu. Yeay, kini koi koi kecik dapat habuan mereka tanpa gangguan rakus si koi koi besar, dan dua ekor kura-kura juga kini menjadi teman mereka makan roti!
Quack quack...quack quack...bunyinya empat ekor itik yang putih gebu bulunya berenang ke arah kami sambil menyudu-nyudu air. Quack quack datang! Sukanya saya melihat mereka, tapi entah dari mana mereka itu tiba-tiba saja muncul berquack quack di hadapan kami dengan mulut ternganga-nganga meminta makanan. Kata Fira, pasti koi koi itu yang beritahu mereka makanan ada di sini. Tak mungkin kata Arun, tapi Abi menyangkalnya dengan mengatakan itik juga punya deria rasa. Juga naluri, sambung Biani.
Begitulah makhluk haiwan walaupun tidak bertindak mengikut keupayaan akal mereka, mereka memiliki naluri ikhtiar hidup (survival instinct) yang cukup tinggi dan pantas menggerakkan tindak balas kepada keadaan tertentu sama ada keadaan untuk keperluan atau keadaan bahaya. Kerana naluri inilah juga haiwan dapat mengesan gempa bumi beberapa jam sebelum waktu kejadian, dan lebih awal mencari tempat untuk berlindung. Wallahualam.
Aiseyymaaaan, koi-koi besar kembali! O-la-la, kini itik-itik dan koi-koi saling berentap untuk mendapatkan roti. Baling ke kiri, mereka ke kiri. Baling ke kanan, mereka ke kanan. Splash splaaaashh splassshh splash bunyinya air akibat kibasan badan mereka. Bunyi bingit itu memeningkan kura-kura barangkali lalu mereka menyelam dan tidak timbul-timbul lagi. Aduh, kasihannya si itik kurus dipatuk beberapa kali oleh si itik gemok kerana cuba mengambil rotinya! Sedihnya melihat si itik kurus merajuk lalu pergi sendirian. Heh, mahu saja saya jentik-jentik paruh si gemok itu kerana berkelakuan begitu!
Tengok tu! Suara Fira melantun tinggi dan kami menoleh ke arah tebing di hujung sana yang ditumbuhi pepohon renek. Sekumpulan burung-burung bertempiaran terbang entah ke mana-mana bagaikan takut akan sesuatu. Oh, si itik kurus yang berenang-renang di tebing itu juga kini berquack quack kuat sambil berenang laju ke tengah kolam. Apa lagi, itik-itik gemok pun segera mendapatkannya. Eh, eh, ikan-ikan koi semuanya menghilang ke dasar kolam!
Hey, tu apa? Tanya Biani menuding ke tebing itu. Wah, ada seekor binatang seperti anak buaya sedang merayap-rayap! Bukan buayalah, bapa biawak. Jelas Fira, dan kami mengamat-amati pergerakan biawak itu - kepalanya sekejap ke kiri sekejap ke kanan, dan sekejap ke atas sekejap ke depan. Dia mencari mangsa! Malangnya tiada apa-apa yang boleh dijadikan makanan maka biawak itu pun menyusup di celah-celah pepohon renek itu lalu menghilangkan diri.
.
.
Pagi semakin menjauh. Suara quack quack itik empat sekawan tidak lagi kedengaran, dan ikan-ikan koi entah ke lubuk mana. Kami meninggalkan kolam itu dengan rasa riang dan syukur kepadaNya yang menganugerahkan pagi seindah itu. Alhamdulillah.
*10/12/2008
KLPac, Sentul Barat, KL.

Wednesday, 3 December 2008
Ilham Belantara
Alangkah persekitaran rimba itu mampu menukar diri menjadi tersangat kecil berbanding alam hutan yang luas dan gagah mengelilingi diri ketika itu. Makanya jantung mana yang tidak mengecut dek merasakan diri terlalu kerdil berbanding makhluk Allah yang lain – yang tinggi, besar, lebar; yang harum, anggun; yang berbisa, menyengat, mematuk; yang mengaum, membaham. Dalam gema genta alam yang bisa membuat bicara akal bergentayangan, apakah yang mampu dilakukan untuk terus berdiri gagah di dalam belantara yang memang dijadikan Tuhan sangat hebat, amat gagah dan penuh rahsiaNya itu? Mengingati pesanan Allah “... bahawa sesungguhnya tidak Aku jadikan manusia di alam ini kecuali menjadi KhalifahKu.” Lalu jiwa mula mencari kembali diri sebenar dan dengan pesanan Allah itu sebagai azimat, maka yakinlah diri dapat meredah rimba raya tanpa gentar menguasai diri. Alangkah berada di dalam hutan rimba itu bagaikan berada di sebuah perpustakaan yang besar dipenuhi pelbagai buku yang dipersembahkan dalam bermacam rupa dan bentuk. Subhanallah.
*
Alangkah pohon-pohon itu selama ini sungguh taat berbakti kepada manusia dan haiwan, dan kerana bakti mereka itulah manusia dan haiwan dapat terus bernafas untuk hidup. Namun, ada golongan manusia yang ringan akal senang-senang saja membunuh pokok-pokok itu. Betapa amaran Allah yang berulang kali memperingatkan manusia... “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi” diambil remeh. Bayangkanlah andai bumi gersang tanpa pepohon, sudah tentulah manusia dan haiwan akan mati kebulurun oksigen. Bayangkanlah juga balasan Tuhan kepada yang ingkar akan perintahNya. Nauzubillah.
*
Alangkah manusia di dunia ini sebenarnya sedang singgah bermalam di perpustakaan Tuhan yang maha besar yang menjanjikan sebaik-baik ilmu kehidupan kepada sesiapa yang menghendakinya sebagai bekal di akhirat nanti. Malang sekali kebanyakan manusia tidak menggunakan alat-alat yang tepat untuk membaca Kalam Tuhan yang turun setiap saat di sekitar dirinya sedangkan alat-alat itu sudahpun dibentangkan oleh Allah dalam risalah rasmiNya kepada manusia iaitu Al-Quran. Manusia hanya perlu berkorban masa untuk meneliti dan mempelajari alat-alat itu dengan penuh rasa kehambaan. Wallahualam.
*Alangkah malam yang semakin panjang melarik ilham sang pengembara, lalu bermusafirlah dia bersama irama rimba yang mengingatkannya akan kelemahan diri; dan ‘pabila tis-tis-tis embun mulai membasahi bumi, terlampias jua ilham belantara mengembalikan syukur kepada DIA. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Salam Aidiladha 1429.

Wednesday, 26 November 2008
Pandang
Botak dan landai. Kasihan bukit terpaksa mengalah.
Kerana manusia sentiasa mahu menang.
Lemahnya bukit.
Manusia lagilah lemah.
.
.
.
Cinta pandang pertama tu macam mana?
Macam terpandang teratai di kolam.
*Pagi di kaki bukit,
Bentong, Pahang.
Salam.
Kerana manusia sentiasa mahu menang.
Lemahnya bukit.
Manusia lagilah lemah.
.
.
.
Cinta pandang pertama tu macam mana?
Macam terpandang teratai di kolam.
*Pagi di kaki bukit,
Bentong, Pahang.
Salam.
Thursday, 20 November 2008
Mudik ke Asal
Kalau cinta putus di tengah jalan, apa yang akan kau lakukan?
Sambung kembali cinta itu di tepi jalan.
.
.
.
Sungai itu umpama perjalanan hidup kita.
Ya, kita bersampan belayar di air yang bertebing.
Payah ke hulu melawan arus.
Begitu juga kehidupan, mudik ke asal banyak rintangannya.
*Rembang di pinggir kali,

Thursday, 23 October 2008
Warkah untuk Bang Lope: Syair Syawal
Alangkah rindu itu andai dapat dilihat oleh mata zahir, pasti tangan ini akan menggapai lalu mendakapnya untuk selama-lamanya. Namun hukum alamiah sudah menentukan rindu itu hanyalah rasa yang dapat dilihat oleh mata bathin. Maka bersemadilah rasa rindu itu jauh-jauh di relung hati. Melepaskannya pergi persis membunuh jiwa yang merindu itu.
Salam Bang Lope,
Demikianlah muqadimah warkah ini yang saya tulis kala Syawal sudah mula bersiap untuk meninggalkan kita. Belum pun reda rasa rindu pada Ramadhan, kini Syawal pula bakal dirindui. Rupa-rupanya kita ini asyik mendandan rindu pada purnama-purnama yang indah, dan pastinya rindu itu tidak akan musnah selagi nadi bergetar, selama jantung berdegup, dan hela hembus nafas masih tegar berzikir.
Berzikir rindulah kita Bang Lope kepada sisa-sisa musim yang masih menatang kita dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Semoga segala kesusahan hidup dan kemusnahan yang kita lihat mengajar kita menjadi manusia yang patuh dan punya nilai-nilai kehidupan yang ampuh. Alangkah berat balasan kepada keingkaran yang datangnya tanpa amaran, menghancur dan melebur segala impian! Si Kaya tiba-tiba jatuh papa kedana lalu pangkat dan kuasa hanya tinggal nama yang pahit disebut-sebut. Semuanya adalah kejadian yang tidak diduga sama sekali. Walau ranap dan hapus sama sekali pun, pesan yang dibawa oleh kejadian itu tidak pernah hapus, pesan itu kekal! Kita-kita ini yang tiada apa-apa harta pun jauh sekali harta akhirat, sama-sama tertumpang sedih dan pedih. Mudah-mudahan kita masih ada upaya untuk kembali kepada diri sendiri - bertafakur, bangkit dan beristighfar di sepanjang jalan yang lurus.
Bersujud dan bermohon kita kepadaNya Bang Lope. DIA kan punya sifat Maha Pemurah dan Maha Mengasihani? Makanya atas sifatNya yang Maha Pemurah tentulah apa pun yang kita minta akan dimakbulkan. Cumanya kerana kealpaan kita sebagai manusia kita sering tidak sedar bahawa permintaan itu sudah pun dimakbulkan, maka berlalulah peluang untuk memanfaatkan permintaan yang telah dimakbulkan itu. Begitu juga atas sifatNya yang Maha Mengasihani tentulah DIA akan mengampunkan segala dosa-dosa kecil yang kita lakukan jika kita memohon keampunanNya - tetapi adakah kita setiap kali melakukan kesilapan lalu kita terus memohon keampunan DIA? Aduuh, benar, manusia sering lupa dan lalai untuk hanya sekadar memohon!
Eh eh, Bang Lope! Melilau-lilau pulak dah saya berceloteh macam-macam kepada Bang Lope. Oh maaf, mohon maaf jua! Walhal sejujurnya saya hanya mahu menyampaikan sebuah syair yang begini bunyinya ...
Hati itu pintunya mulut.
Mata itu jendelanya akal.
Tutup mulut maka tenanglah hati.
Buka mata maka celiklah akal.
Tenangnya hati maka tajamlah tumpuan.
Celiknya akal maka bisalah pemikiran.
Tajamnya tumpuan maka bertambahlah kekhusyukan.
Bisanya pemikiran maka berdarjatlah kekhusyukan
Khusyuk membawa kepada cinta (taragghub).
Cinta membawa kepada kerinduan (tamalluk).
Rindu membawa kepada taqarrub (pendekatan) kepada Allah.
Bila sudah berdekat dengan Allah maka hilanglah kesusahan.
Cukuplah Allah buatku.
Tiada yang lain hanya Allah.
KuKeng/BungaRampai
(22 Okt 2008)
Seawalnya beberapa baris syair itu dikalam oleh Bro Keng. Barangkali tempias dari titis-titis air yang gugur membasahi bumi ketika saya sedang membacanya telah menyejukkan hati lalu terungkaplah rasa rindu yang mengilhamkan madah-madah pelengkap syair itu. Saya namakan syair itu Syair Rindu, dan syair ini adalah hadiah daripada saya dan Bro Keng untuk Bang Lope.
Begitulah syair itu mengakhiri warkah ini. Semoga Bang Lope baik-baik saja dan di dalam perlindunganNya di mana jua berada. Saya berkirim salam kepada semua flora dan fauna andai Bang Lope pergi berburu. Semoga ada izinNya untuk bertemu lagi di maya ini seusai kembara saya.
Wassalam,
Bunga Rampai.
*Senja nan tenang,
Alhamdulillah.

Monday, 20 October 2008
Sedang
Banyak yang mahu diceritakan tapi saya sedang kurang rajin untuk menulis.
Pertama, kerana saya sedang lagi diselimuti angin raya dan bayu kembara.
Kedua, sebab saya sedang memikirkan jalan pintas bagaimana menyiapkan dua tugasan yang perlu dibereskan sebelum hujung Disember.
Ketiga, saya sedang bersiap-siap untuk satu tugasan kembara yang dekat tapi memerlukan kemantapan mental dan emosi juga fizikal di tahap maksima.
Hingga bertemu lagi.
Laluilah kehidupan dengan tenang.

Monday, 29 September 2008
Salam Aidilfitri

~ maaf dimohon, maaf diberi - zahir dan batin ~
Sebelum beraya, kena jawab dulu tag raya Mak Su:
Soalan 1: Berapa pasang baju raya anda tahun ni dan warna apa?
1 pasang, warna jingga muda.
Soalan 2: Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Ketupat nasi dan kuah kacang (yang dicampur sedikit daging). Inilah makanan utama saya pada raya pertama – pagi, tengahari, dan malam.
Soalan 3: Apakah biskut raya kegemaran anda?
Kuih makmur – satu balang saya punya. 2 balang lagi untuk jamu tetamu.
Soalan 4: Berapa banyak duit raya anda dapat dan spend untuk beri kat bebudak?
Dapat - tak dapat!
Beri kat bebudak – sediakan 100 sampul raya berisi RM? untuk bebudak datang rumah.
Soalan 5: Apakah aktiviti malam raya anda?
Selesai urusan dapur, sembang-sembang sambil minum-minum kat serambi. Sesi ini gamat dengan gelak-tawa sebab banyak cerita lawak masa kecik-kecik diungkit semula.
Alhamdulillah. Hari Raya sememangnya meriah dan indah. Namun jangan kita lupa memeriah dan mengindahkan insan-insan yang terpinggir, lemah dan miskin. Semoga Syawal kita dirahmatiNYA.
Salam Aidilfitri.
Sunday, 21 September 2008
Ramadhan - malam malam sunyi berkandil cinta
Alangkah waktu-waktu sepi begitu di puncak malam mendepang rasa. Qalbi bersyair khair sambil benak merenung bintang - menggetar segenap jiwa dan raga. Aduhai, asyik nian mengoles rasa - alam pun tahu. Maka salam sang bayu bersambut cuma di pinggir bibir, dan kelip si kunang-kunang singgah hanya di hujung pandang.
Betapa kolek rasa yang merenung sambil bersyair khair hanyut jua di sungai malam. Berkandilkan cinta Ramadhan, tenanglah hati mendayung harap menuju sirr sebutir mutiara. Moga berkilau jua cahaya mutiara di qalbi sebelum malam berangkat pergi.
Aduhai. Tersuar tangis di perdu hati tatkala sinar bintang mula berselindung di sebalik sutera subuh, dan sekalian pepohon mula berkasih dengan embun. Detik itu sang waktu pun akur melepaskan malam-malam penuh cinta untuk menjemput siang yang bakal mendandan rindu sekalung akad Laila yang entah akan ketemu lagi atau tidak pada musim mendatang.
Alangkah malam-malam begitu di puncak rasa menjunjung doa bertemankan kandil cinta Ramadhan ...
“Subhanallah, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Aku kembalikan rasa syukur kepadaMu Ya Allah di atas kemurahan rahmatMu mengalirkan cahaya RamadhanMu yang menjadi nikmat kepada bathinku. Sesungguhnya setiap saat dalam Ramadhan ini aku merasa cukup hampir denganMu.
Engkaulah cahaya jika aku dalam kegelapan kerana engkau sentiasa memberikan petunjukMu. Hanya kerana aku manusia yang dhaif ini sering alpa, maka seringkali aku kehilangan arah walaupun petunjukMu melintas di hadapanku. Ketika hatiku penuh dengan pelbagai soalan, kau sentiasa menjawab setiap pertanyaan dan kemusykilan hatiku dengan wajahMu yang berseri-seri.
Ya Allah, Engkau terlalu baik kepadaku, dan ucap syukurku terlalu remeh untuk segala kebaikan yang telah Engkau berikan. Ampunkan aku dan segala kealpaanku selama ini Ya Allah. Ampunkan aku dan segala kealpaanku selama ini Ya Allah. Ampunkan aku dan segala kealpaanku selama ini Ya Allah. Allah Hu Ya Allah.”
*20/9/2008
Kembara Hati.

Friday, 12 September 2008
Magic
Aduhai. Orang seperti saya ini yang buat kuih akok pun tak menjadi, apa tah lagi membuat kuih raya yang bukan hobi saya, alahai ... kenalah buat sesuatu supaya tiba Hari Raya nanti ada juga beberapa balang kuih yang dibawa pulang ke kampung. Juga untuk dihadiahkan kepada jiran-jiran dan kawan-kawan.
Kenangan. Betapa kemeriahan membuat kuih raya bersama keluarga sama meriahnya seperti berbuka puasa dan hari pertama raya. Meriah sungguh mesyuarat untuk memilih dan memutuskan apakah kuih-kuih yang perlu dibuat; maka bermacam-macamlah resepi lama dan baru diketengahkan. Riuhlah mesyuarat dengan sokongan dan bantahan yang diselangi senda gurau; dan seperti selalunya saya yang hanya tahu makan sedap, mengayak tepung dan memukul telur akan mengiakan saja kuih yang saya suka. Nah, bermula hari ke dua puluh puasa, dapur pun bertukar aroma yang sangat menggoyah hati! Bertambah-tambahlah meriah suasana apabila sepupu sepapat bertandang sekali gus rela menghambakan diri menjadi pembantu; dan mama dengan senang hati menghadiahi mereka sebalang kuih seorang untuk dibawa pulang.
Itu kenangan di kampung. Dulu-dulu. Ya, dulu-dulu pun saya tidak berminat sangat membuat kuih raya. Orang lain sibuk menguli tepung di dapur, saya sibuk mengejar burung pipit di bendang. Orang lain sibuk mecanai kuih, saya sibuk mengutip bunga-bunga liar di pinggir kali. Orang sibuk membakar kuih, saya sibuk mengamati serangga-serangga aneh di birai hutan. Orang mencipta kuih baru ... saya melakar kenangan.
Sejenak merenung waktu. Betapa waktu memisahkan yang dulu-dulu dengan yang sekarang. Namun waktu tidak berbisa untuk merenggang sedikit pun ikatan kenangan dari kalbu. Semakin waktu meninggalkan musim, semakin utuhlah kenangan menjadi iktibar, mencetus ilham, dan membentuk akal. Dalam rentang waktu yang panjang di bawah naungan kerlipan bintang yang menjulai gagah - mudah-mudahan iktibar, ilham dan akal diadun menjadi pelita malam-malam Ramadhan yang penuh rahsia. Semoga rahsia itu terungkai lalu membentang usia yang bernilai kemudian dimanfaatkan untuk menebus apa jua yag tidak terlaksana sebelumnya dan mewarna semula jiwa yang pudar. Wallahu'alam.
.
.
.
Barangkali saya memerlukan keajaiban untuk membuat kuih raya. Abracadabra? Hai pawang laut pawang darat? Pooh sana pooh sini? Errr, tak payahlah! Saya ada magic ... yeay!
Saya akan menggunakan magic jari telunjuk saya untuk mendapatkan kuih raya. Saya hanya tunjuk pada kuih-kuih yang saya suka ... makmur, samprit, tart gulung, London almond ... dan dalam beberapa hari saja kuih raya ada di depan mata! Fuyooooo!

Monday, 8 September 2008
Girang

O-la-la! Girang sungguh rasa hati walau petang semalam kuih akok yang dimasak tak berapa menjadi – keras semacam! (Pa’chik pasti gelak sebab resepi akok saya ambil dari blognya, tapi masa percubaan pertama dulu menjadi elok. Hmm … oven tu kut yang dah tak betul. Err… salahkan oven pulak dah!)
Sejujurnya saya sendiri tidak tahu kenapa saya gembira sangat sepanjang hari semalam hingga terbawa-bawa ke pagi ini. Girang tak terperi walaupun Hamilton (McLaren) dilucutkan kemenangan dalam lumba F1 Belgian Grand Prix semalam.
Firasat saya, kenyamanan udara di atas bukit di sebuah perkampungan itulah punca kegirangan ini yang telah menyantun pelbagai rasa, dan angin yang menyapa wajah membawa benak kembali ke teratak maya lalu sekilas rasa di hujung hati terungkaplah kata-kata ... yeay, Bang Lope sudah pulang dari berburu dan kembali bercerita!
Kemudian liuk-lintuk dedaun yang bagaikan sedang menari inang dek dibuai bayu tiba-tiba menggetar sukma lalu mercuplah embun rindu jauh-jauh di ampaian rasa, maka terbanglah jiwa membawa rindu itu menuju ke mukimnya. Aduhai, rupa-rupanya rasa rindu juga menggirangkan! Rindu atas izinNya jua. Saya merindukan dia yang berkelana, melayangkan madah entah bila ...
Hisyy, melalut sungguhlah saya pepagi ni!
Saya sebenarnya mahu bercakap tentang saya kena tag. Lihatlah gambar di atas itu, comelkan? Terima kasih is150 atas ingatanmu. Sudah tentu saya gembira menerimanya dan untuk menyambung kegembiraan ini saya tag pula 5 teman blogger yang ini ... Achik, Chicz, Izariza, Pa’chik, Puteri Cahaya. Jika punya masa luang, sambung-sambungkan kegirangan kalian melalui cara-cara berikut ...
1. Salin gambar smiley di atas dan lekatpan pada blog anda.
2. Tag 5 orang teman blogger [muslim] anda.
3. Beritahu 5 teman blogger itu yang mereka telah ditag.
Selamat berpuasa.
*07/9/2008
Sebelum suria tersenyum.
Kampung Sungai Pusu,
Gombak, Selangor.
Salam gembira.
Subscribe to:
Posts (Atom)