Assalamu 'alaikum Bunga Rampai,
Begitu sibuknya saya dengan hambatan pelbagai urusan dunia dan akhirat sehingga lewat menghulur ucap selamat. Benarlah seperti kata-kata almarhum datuk saya bahawa hidup ini adalah suatu perjuangan yang panjang dan berterusan dan kita semua berada di tengah medan pertempuran itu melawan musuh kita (Iblis) sambil memenuhi tuntutan jasadiah dan rohaniah sebagai manusia, seterusnya berkomunikasi dengan manusia lain. Memang suatu tugas berat yang memerlukan keseimbangan dan kita sendiri yang menseimbangkannya. Doa saya semoga kita tidak berputus asa dalam perjuangan ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri minnal aidiwalfaidzin,
NurSyawal
Salam Aidilfitri 1432H,
maaf zahir dan batin.