Wednesday, 26 November 2008

Pandang

Botak dan landai. Kasihan bukit terpaksa mengalah.
Kerana manusia sentiasa mahu menang.

Lemahnya bukit.
Manusia lagilah lemah.
.
.
.
Cinta pandang pertama tu macam mana?
Macam terpandang teratai di kolam.


*Pagi di kaki bukit,
Bentong, Pahang.


Salam.

17 comments:

SHIMI said...

cinta pandang pertama
ada dua
1 - indah dan mengasyikkan
2 - beban dan menyakitkan
pasti ia akan jadi sebahagian dari kenangan dalam perjalanan

faridmw said...

salam...
cinta pandang pertama...
sekali pandang terus minat.. susah nak hurai.. hehehe

Unknown said...

cinta pandang pertama macam mana?? sendiri boleh tafsirkan... seperti mata melekat tersu pada teratai di kolam? heheheh...

bukit mmg slalu mengalah.. kita yang gemar sgt nak menang..hmmmm

cikdinz said...

bercinta kat hutan bentong...
menarik.....

julietchun said...

Masih di Bentong? Hijau dan damai.Tak berani nak pandang teratai di kolam, takut jth cinta pandang pertama. Manusia sentiasa mahu menang walau nyawa melayang.

Pegawai Khalwat said...

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

Berbukit-bukit dahulu, berbotak-botak kemudian.

Relevan tak?

jinggo said...

cinta pandang pertama.....??

macam terpandang teratai di kolam...??

teratai layu di tasek madu...


macam-macam boleh jadi....

yang penting kita harus terus merancang untuk hidup walau kita lagi lemah kita dari bukit...
tuhan saja yang akan menentukan....

Petiais said...

ibarat mata dilekat screen saver muka si dia..

*kot je

Kaktiny said...

habis dh bukit ditarah.. pastu bila banjir kilat tanah runtuh.. sapa yang susah.. grr grrr grrr..

Mak Su said...

bukit jadik landai :(

CerminDiri said...

salam kehidupan,

kurang faham maksud yang diingini. apa yang dimaksudkan?...

kingbinjai said...

menarik

blackpurple @ jowopinter said...

Gondolisme?

Kalau dikata manusia 'cinta itu buta', bagaimana ia bisa memandang?

:)

13may said...

botak pun ada harga...

salam BR :)

Pa'chik said...

err... tapi hari tu dah makan dua orang... huhuhu...

teddi said...

no comment nie pasal kes univesiti islam kan yg tebang balak

Bunga Rampai said...

Shimi, sudah tentu cinta pandang pertama banyak mengajar manusia tentang kehidupan.

faridmw, salam kembali.Wah, pasti sudah melaluinya ;)

Theconfused, lumrah manusia selalu mahu menang, termasuk juga menang cinta :)

Cikdinz, bercinta dengan hutan sangant menarik!

Julietchun, dah kembali, kini bercinta dengan hutan konkrit pulak :D

Bro PK, relevan kepada yang berkehendakkan begitu.

Jinggo, madu tak sesuai untuk teratai sebab tu layu! Kelemahan manusia kerana kelemahan jiwanya. Wallahualam.

Petiais, oh begitu!

Kaktiny, semua orang susah!

Mak Su, boleh buat kompleks beli belah yang terhebat.

CerminDiri, salam kehidupan kembali. Sekadar berbicara tentang kemusnahan alam semula jadi, tentang kemusnahan jiwa manusia. Juga tentang keindahan cinta.

King, terima kasih. (tak nak pinjam ker? :P)

BP, Botakisme pun boleh! Cinta tidak pernah buta tapi manusialah yang membutakan cinta. Namun walau buta, cinta masih boleh memandang dengan 'rasa.'

13may, berapa harganya?Salam kembali :)

Pa'chik, errr...maaf, saya tak faham komen Pa'chik :(

Teddi, kes pemuliharaan alam semulajadi.