Tengahari Ahad yang santai. Demi seorang kawan, hati si Rampai senang saja menunggu walaupun sudah sepuluh minit berlalu. Tidak mengapa ujar hatinya lalu membawa pandangan matanya melata sekitar ruang yang sedang disesaki manusia pelbagai latar yang pastinya seperti dia, mereka juga punya tujuan tertentu untuk dibereskan.
Walau kaki mulai terasa lenguh berdiri, ada sesuatu yang mencuit rasa seorang Rampai itu sebenarnya. Apa lagi kalau berada di penjuru yang mampu membuka satu horizon luas yang mementaskan gelagat manusia yang ada-ada saja kerenahnya - yang lucu, yang marah, yang jelik, dan yang pelik - segalanya bagaikan hiburan yang dapat mereda resah gelisah di hati.
Berada di KL Sentral bagaikan berada di stesen Victoria London yang diwarnai pelbagai rona kulit, dihiasi beraneka busana dari yang longgar-longgar dan tutup-tutup hinggalah kepada yang ketat sendat dan buka-bukaan; dan dibingiti perbualan yang ganjil-ganjil bunyi dan lenggoknya; dan drama cinta sebabak dua untuk tontonan percuma sudah menjadi satu perkara yang biasa-biasa saja.
Nun di sana, tiga remaja lelaki dan dua remaja perempuan berkulit sawo matang sedang melompat-lompat seronok menari shuffle sambil mendengar pastinya lagu hip-hop dari mp3 mereka. Hahaha, si Rampai ketawa dalam hati sambil tersenyum lebar kerana tiba-tiba seorang daripada mereka tersilap lompat lalu terlanggar seorang pakcik kemudian jatuh terjelepok di atas lantai! Kesiaaaan, sakitnya pasti berganda kerana selepas itu dia dimarahi pula oleh pakcik itu.
Nah, bila masa pula seorang perempuan Melaya berada di sebelah si Rampai sambil bercakap-cakap di telefon dengan suara manja sekali? Kurrr semangat, pakaiannya lebih menggoda dari suaranya! Siapa bilang gadis Melaya tak menawan? Oh, oh, mata si Rampai tiba-tiba ternampak merpati dua sejoli di kiri sana sedang meraikan cinta sejati mereka, dan barangkali keasyikan itu hanya terlerai andai ada yang berani meragut tas tangan gadis itu.
Aiseyymaan, sungguhlah si Rampai leka memerhati orang orang hinggakan ada babak filem berlangsung di sebelahnya pun tidak disedarinya. Mujurlah dia tidak terlepas babak klimaksnya ...
"Saya balik tak lama, sekejap saja."
"Dua bulan tu lamalah!"
"Min, percayalah I love you!"
"Tak percaya. Sumpah awak tak ada girlfriend kat sana?"
"Sumpah. Saya balik jumpa keluarga saya."
"I love you sayang."
"Saya tau. Sebab tu saya mesti kerja keras supaya kita boleh kahwin."
"I truly love you Jehangir."
Mereka berlalu pergi sambil berpimpin tangan. Filem pendek tamat.
Tinggallah si Rampai sendirian yang masih setia menunggu temannya yang entah tibanya bila.
Salam.
25 comments:
tak beh sungguh blog rampai ni lah.. dia cerita-cerita-cerita... tak nak letak gambar... tak ske ahhh nak imajin benda cam tu... ekekeke... :P
err... awek mana la berangan nak kawin datuk boliwud tuh... sian diaa... h
banyak perkara yg berlaku dlm beberapa saat,minute dan dlm satu waktu...
ammvoiii, setia sungguh akak rampai ittewww..
bunga rampai, saya tak percaya kepada ketulusan dialog mereka :(
Ha ha ha.....
Pertama, aku masih tak tahu shuffle tu macam mana. Yang aku tahu shuffle dalam trek MP3 telefon bimbit.
Dan bila aku makan KFC hotrod aku tak shuffle pun.
Kedua, Jehangir? Ha ha ha.... memang lawak la tu. Cinta itu memang buta. Ha ha.... buta perut barangkali?
get your busy life or get busy dying!
babak seketika yg menarik.mcm2 adow dlm dunia nih..
2bln balik utk jmp keluarga??? hohoho,mkn ati berulam jantung pisang ler pasni :D
Salam...
seronok juga memerhati tingkah laku orang-orang disekeliling... terasa banyak cerita yang boleh diceritakan walau beberapa minit temengu dan menunggu...
Pa'chik, awat kata lagu tu kat ceq ... merajuk dah ni ... sapa nak pujuk? :P
Sapa lagi kalu bukan awek Melaya, ntah jumpa tang mana. Semoga berbahagia!
Artsoul, setiap detik yang datang membawa pelbagai cerita yang mampu memberi pegajaran kepada manusia.
En_me, kesetiaan mengajar manusia untuk bersabar.
Mak Su, gelora cinta manusia tiada siapa yang dapat meredanya kecuali jiwa yang sudah bercinta denganNYA.
Bro PK, shuffle, - rasanya ada kat YouTube. Perut pun ada mata rupanya! lol!
Niyang Rapik, salam kenal :)
Kepada saya, kedua-duanya amat penting untuk keseimbangan hidup.
Mazarina, dunia ini pentas, manusia pelakonnya.
Julietchun, dia sanggup sebab kat M'sia ni berjuntai-juntai jantung pisang :D
Naz ilyn, salam kembali. 'Memerhati' menggerak akal untuk berfikir. 'Fikir' itu cahaya ilmu.
salam...
rasa mcm menarik.. tpi tak boleh nak layan atas sbb yang tak dapat dielakkan...
salam ziarah.
nukilan rasa yg menarik
aku pun seronok gak meneliti gelagat manusia sekeliling ni.dulu dulu sengaja lepak di kawasan ramai macam kl sentral tu sebab boleh tengok macam macam ragam dan tak lupa cuci cuci mata.hehe...
p/s:suka bebel dah tunjuk muka, bunga rampai bila lagi?hehe
kadang2 selalu terfikir.kita leka perhatikan org.ade tak org tgh perhatikan kita?
salam
andai ada waktu bercerita mungkin berceritalah insan..andai itulah kehidupan pasti akan ada ruang yang indah untuk semua
Tak romantik.
Sepatutnya dia kata, "Mohabat zindangi ai Jahangir Sab", dan terus lari berpusing-pusing di tengah ruang. Sambil Jahangir menyadar di tepi escalator dan medongak ke KFC sambil melaung-laung, "Kabhi, kabhi...."
Faridmw, salam kembali. Tak mengapa asalkan terus menguntum senyum :)
Izman, salam kenal :) Terima kasih sudi membaca.
Suka Bebel, Bunga Rampai tidak berwajah :))
Petiais, pasti ada orang yang memerhati, sebab itu perlulah sentiasa mengawal gerak-geri kita. Kalau pun tidak ada orang memerhati, DIA tetap memerhati kita(peringatan untuk diri saya juga)
Serimaya, salam kenal :) Waktu sentiasa ada, insan saja yang enggan atau malas bercerita ... ruang dalam kehidupan ini sentiasa indah, manusia saja yang kerap mencemar keindahan itu.
Bro Keng, hahahaa ... adoiilah, sakit perut ketawa! Ini macam buat iklan promo KFC je - mesti laku punya sebab hero tu pun hensem! Errr, Bro ada cadangan nak tukar kerjaya tahun depan ke - jadi pengarah filem pulak? :P
gaya penulisan sri pampai memang menarik. berbakat besar :)
alah, malu malu lah pulak.aku tiada pilihan, terpaksa gak mendedahkan wajah.hehe
cinta tak kenal siapa....
baca entri ni buat saya tersengih sorang.. hehehe.. ;p
wah Jehangir, keberuntungan yang tak sudah sudah. :)
Drama sebabak. Saya senyum-senyum sendiri membacanya.
:D
salam kehidupan,
filem2 di malaysia amat mempengaruhi gaya hidup camtu. pasti tak tahu apa yang berlaku di luar sana.
Zalisa Maz, seronok-seronok tulis blog :) Terima kasih membaca.
Suka Bebel, malunya tidak, tapi segan :D
NBB, ... cinta hanya kenal suka dan duka.
Bang Lope, rezekinya melimpah ruah di tanah semenanjung :))
Blackpurple, senyuman manis pastinya ;)
CerminDiri, salam kehidupan kembali. Pengaruh filem amat besar kepada kehidupan masyarakat. Ada yang mendidik akal, ada yang menggugat jiwa.
Post a Comment