Wednesday, 3 December 2008

Ilham Belantara

Alangkah persekitaran rimba itu mampu menukar diri menjadi tersangat kecil berbanding alam hutan yang luas dan gagah mengelilingi diri ketika itu. Makanya jantung mana yang tidak mengecut dek merasakan diri terlalu kerdil berbanding makhluk Allah yang lain – yang tinggi, besar, lebar; yang harum, anggun; yang berbisa, menyengat, mematuk; yang mengaum, membaham. Dalam gema genta alam yang bisa membuat bicara akal bergentayangan, apakah yang mampu dilakukan untuk terus berdiri gagah di dalam belantara yang memang dijadikan Tuhan sangat hebat, amat gagah dan penuh rahsiaNya itu? Mengingati pesanan Allah “... bahawa sesungguhnya tidak Aku jadikan manusia di alam ini kecuali menjadi KhalifahKu.” Lalu jiwa mula mencari kembali diri sebenar dan dengan pesanan Allah itu sebagai azimat, maka yakinlah diri dapat meredah rimba raya tanpa gentar menguasai diri. Alangkah berada di dalam hutan rimba itu bagaikan berada di sebuah perpustakaan yang besar dipenuhi pelbagai buku yang dipersembahkan dalam bermacam rupa dan bentuk. Subhanallah.

*
Alangkah pohon-pohon itu selama ini sungguh taat berbakti kepada manusia dan haiwan, dan kerana bakti mereka itulah manusia dan haiwan dapat terus bernafas untuk hidup. Namun, ada golongan manusia yang ringan akal senang-senang saja membunuh pokok-pokok itu. Betapa amaran Allah yang berulang kali memperingatkan manusia... “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi” diambil remeh. Bayangkanlah andai bumi gersang tanpa pepohon, sudah tentulah manusia dan haiwan akan mati kebulurun oksigen. Bayangkanlah juga balasan Tuhan kepada yang ingkar akan perintahNya. Nauzubillah.

*
Alangkah manusia di dunia ini sebenarnya sedang singgah bermalam di perpustakaan Tuhan yang maha besar yang menjanjikan sebaik-baik ilmu kehidupan kepada sesiapa yang menghendakinya sebagai bekal di akhirat nanti. Malang sekali kebanyakan manusia tidak menggunakan alat-alat yang tepat untuk membaca Kalam Tuhan yang turun setiap saat di sekitar dirinya sedangkan alat-alat itu sudahpun dibentangkan oleh Allah dalam risalah rasmiNya kepada manusia iaitu Al-Quran. Manusia hanya perlu berkorban masa untuk meneliti dan mempelajari alat-alat itu dengan penuh rasa kehambaan. Wallahualam.


*Alangkah malam yang semakin panjang melarik ilham sang pengembara, lalu bermusafirlah dia bersama irama rimba yang mengingatkannya akan kelemahan diri; dan ‘pabila tis-tis-tis embun mulai membasahi bumi, terlampias jua ilham belantara mengembalikan syukur kepada DIA. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.


Salam Aidiladha 1429.

19 comments:

Mak Su said...

alangkah ruginya kalau kita membuang masa di perpustakaan yang hebat ini

julietchun said...

Masa upgrade KL-Karak aritu mmg byk pokok2 yg ctk & pelik kami jumpa, bunga2 hutannya,serangga2. Kekdg rasa syg sgt bile tgk pokok2 ctk di tumbangkan.

Ku Keng said...

Maaf, saya lebih selesa bermalam di luar perpustakaan Tuhan. Takut menganggu alam pacat, lintah dan yang berbelit-berbelit. Saya keluar dulu ya!

Nanti kalau ada apa-apa sms saja.

SHIMI said...

nikmat Nya dan ilmu Nya dalam pelbagai bentuk. Kadang kala tak tercapai oleh akal.

Pa'chik said...

err... komen semalam tu... pasal tanah yang runtuh kat ulu yam tu lah...

err... dah bagi salam raya tuh... mesti lama lagi la nak hapdet nih... huhuhu...

Sastri said...

salam... sudah lama saya tak berpeluang untuk berkunjung ke mari... semoga BR sihat sentiasa...

hmmm... beberapa kali gak masuk hutan ni... tapi tak berkesempatan untuk merenung sebab aktiviti biasanya penuh dan memenatkan...

walau di mana pun kita, yang penting sentiasa ingat Dia... salam aidiladha buat BR juga... :)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

salam aidil adha buat rampaisari...
pengorbanan itu perlu demi kelangsungan hidup.

Ordinary Superhero said...

Salam Eid ul Adha.

Bunga Rampai said...

Mak Su, semoga kita semua diberi kekuatan untuk membaca buku-buku Tuhan dalam perpustakaanNYA ini.

Julietchun, berada dalam hutan ni kadang-kadang seronoknya macam budak-budak sebab dapat tengok banyak haiwan dan tumbuhan yang pelik-pelik :)

Bro Keng, aiseyymaan ... haru biru eh! Tak pa, ceq paham. Kat utan nih mana ada tivi, urtivi pun tak da ... nyamuk ngan cengkerik ja betimbun!

Orait, nanti ceq sms bila teringin makan pizza!

Shimi, kalau hendak seribu daya.

Pa'chik, hapdet tahun depan nampak gayanya :D

Sastri, salam kembali. Alhamdulillah sihat ceria. Moga Sas juga baik-baik.

DIA sentiasa melihat kita. Selamat beribadah korban.

CerminDiri, salam kembali. Apa jua pengorbanan biarlah ikhlas keranaNYA.

OSH, selamat menjalankan ibadah korban.

anggerik merah said...

Bunga Rampai,

Selamat hari raya Aidiladha

Nong said...

BR,
Salam Eidil-adha
Take care...

HCI said...

Rampai,

Tutti menang lagi dan keluar dalam Katz Tales The Star semalam.

Selamat berkorban.

13may said...

salam aidiladha :)

teddi said...

hai
asalamualaikum salam adil adha

blackpurple @ jowopinter said...

Alam banyak menyimpan rahsia dan ilmu. Itupun kalau kita mahu menghayatinya dengan jiwa. :)

en_me said...

hi akak ittewww.. salam aidiladha

Bunga Rampai said...

Anggerik Merah, Kak Nong, 13may, Teddi, En_me, semoga ibadah korban selamat ditunaikan. Semoga Allah merahmati.

Kak Has,Wah, bertuah Tutti dan puannya ... Tahniah!

Blackpurple, benar dan setuju :)

Mazarina said...

slamat raye...x lewat ek? memang bab2 keindahan alam ni sy sker..hehe

Bunga Rampai said...

Mazarina, tak pernah terlewat sebab setiap hari adalah hari untuk berkorban.

Alam nan indah milik kita bersama. Hargai dan pelihara alam :)