Monday, 29 September 2008

Salam Aidilfitri


~ maaf dimohon, maaf diberi - zahir dan batin ~


Sebelum beraya, kena jawab dulu tag raya Mak Su:

Soalan 1: Berapa pasang baju raya anda tahun ni dan warna apa?
1 pasang, warna jingga muda.

Soalan 2: Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Ketupat nasi dan kuah kacang (yang dicampur sedikit daging). Inilah makanan utama saya pada raya pertama – pagi, tengahari, dan malam.

Soalan 3: Apakah biskut raya kegemaran anda?
Kuih makmur – satu balang saya punya. 2 balang lagi untuk jamu tetamu.

Soalan 4: Berapa banyak duit raya anda dapat dan spend untuk beri kat bebudak?
Dapat - tak dapat!
Beri kat bebudak – sediakan 100 sampul raya berisi RM? untuk bebudak datang rumah.

Soalan 5: Apakah aktiviti malam raya anda?
Selesai urusan dapur, sembang-sembang sambil minum-minum kat serambi. Sesi ini gamat dengan gelak-tawa sebab banyak cerita lawak masa kecik-kecik diungkit semula.

Alhamdulillah. Hari Raya sememangnya meriah dan indah. Namun jangan kita lupa memeriah dan mengindahkan insan-insan yang terpinggir, lemah dan miskin. Semoga Syawal kita dirahmatiNYA.

Salam Aidilfitri.

32 comments:

Unknown said...

selamat hari raya... maaf zahir batin.. moga gembira di samping keluarga

Mak Su said...

terima kasih sudi jwb tag dari maksu, tq kad raya

julietchun said...

Teringat masa arwah nenek ada,kami pun akan duduk ramai2 kat serambi setiap kali abih wat kj,sembang sampai pagi.

Ajzie said...

selamat hari raya... maaf zahir batin

Ku Keng said...

Assalamu alaikum,

Ini saya petik dari Bahrus Sofa. Amat menarik dan dalam isinya:

ليس العيد لمن لبس الجديد
و لا لمن اكل القديد
و لكن العيد لمن طاعته تزيد
و خاف الوعيد

Sekadar berpakaian baru tidak bererti berhari raya
Makanan lazat juga tidak semestinya
Tapi orang yang bertambah ketaatannya
Serta takutnya akan janji balasan seksa
Itulah yang sebenarnya berhari raya.


EID MUBARAK. SEMOGA IBADAH SEPANJANG RAMADHAN DITERIMA ALLAH DENGAN PENUH KASIHAN BELAS DAN PENGAMPUNAN.

en_me said...

selamat dan selamat ariraya .. maaf zahir bathin

Suka Bebel said...

wah, kita sama lah, membantai ketupat sahaja di raya pertama.tapi bebel lebih suka ketupat pulut ditelan dengan rendang ayam atau daging.kat serian ni mmg ketupat pulut la, ketupat nasik sangat jarang.boleh dikatakan tak ada.hehe

The Island of NAMOYAKI, said...

Alhamdulillah.
Semoga dirimu bergembira menyambut hari raya Aidul Fitri yang mulia ini. Sesungguhnya pemergian Ramadhan ini amatlah digenangi. Akrammakumullah, Semoga Allah merahmati dirimu sahabatku, InsyaAllah.

"Selamat Hari Raya Aidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin"

Tawel Sensei said...

Selamat hari raya juga kak Bunga Rampai :) Apakah kuih makmur itu sebenarnya. Pertama kali dengar ni..

Ibnurashidi said...

Salam Bunga Rampai..

Sebagai penghargaan anda sebagai pengunjung..saya berikan kad raya buat anda..silalah mengambilnya. Jangan segan ya!

hakim dirani said...

Salam kak bunga Rampai, nak duit raya!

Saya pula tak kira kuih raya apa semua saya makan. hehe

Selamat hari raya dari saya maaf zahir dan batin jika ada sebarang kesalahan ya.

PuTeRi CaHaYa said...

selamat hari raya BR.
Salam syawal...moga syawal yg mulia ini disambut dgn penuh kesyukuran...

Salam
(",)

Azer Mantessa said...

selamat berhari raya

:-)

BaYu SenJa said...

Selamat Hari Lebaran.
minal A'idiin wal Faizin..
Kullu Am wa Antum bi Khair.
Maaf Zahir dan Batin.

Pa'chik said...

errr... budak je ke dapat? kalau orang tua cam aku tak dapat duit raya kee?

ekekeke....

akirasuri said...

Selamat Hari Raya.. Maaf zahir batin..

A'ah, kalau org sederhana tua mcm saya ni dapat tak duit raya.. hehe..

Anonymous said...

Bunga Rampaiku,
maaf zahir batin, semuga ibadat ramadhan yg lalu berkesinambungan.

achik said...

salam aidilfitri kak BR.. maaf zahir batin..

nak duit raya! nak duit raya! :D

Pegawai Khalwat said...

Aku tak berapa suka kuih makmur.
Suka tat.

tegezoot said...

Saya suka ketupat Gajah!

Pernah dengar?

afid said...

salam cik ramapai,
selamat hari raya..kuah kacang yg dicampur ayam/daging memang sedap! menu wajib setiap kali raya..:)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Idulfitri BR. Semoga kita sama-sama memperolehi keberkatan Syawal yang sebenar-benarnya.

Maaf atas segala keterlanjuran selama mengulas di kotak ini. :)

Izariza said...

Datuk Seri,
Sudah pulang dari curi berayakah? Jemputlah ke perteduhan kami di Putrajaya .. andai sudi .. pasti dapat kita sama-sama menghirup aroma Nescafe :)

faridmw said...

salam... selamt hari raya...
kueh raya dimkn dihari lebran,
senyumn pula sbgai satu sedekah.
saya mengucapkn salam lebaran,
sebagai tanda penyeri wajah...
heheheh.. mcm tak best ja pntun ni... senyum selalu..

Suka Bebel said...

amboiii...cik bunga ni tak abis lg beraya eh?hehe

Butaseni@Wan Raja said...

salam raya cik kak.
nasib baiik saya bagi duit raya hari tu kan?
boleh jugak kasi budak budak hjahahaha

- G O R O - said...

Salam.

Check out my latest entry.

Jemput yer.

Zareda Norman said...

Bunga Rampai
Salam lebaran dari kak zar

en_me said...

salam pagi jumaat akak itteww..

Bunga Rampai said...

Theconfused, Alhamdulillah.

Mak Su, kasih diterima.

Julietchun, kenangan indah!

Ajzie, setahun sekali beraya tapi bermaafan biarlah berulang kali.

Bro Keng, Waalaikumu salam. Terima kasih petikan itu - muqadimah Syawal. Molek benar dijadikan amalan harian. Amiin (untuk doa)

En_me, setahun sekali beraya tapi bermaafan biarlah berulang kali.

Suka Bebel, haa? Telan je ketupat tanpa kunyah? Tak tercekik ke?

Zul Rahman, terima kasih ujaran manis dan doamu itu. Salam kenal.

Tawel Sensei, kuih makmur diperbuat dari tepung gandum + minyak sapi, berinti susu lembu segar (yang dimasak hingga pekat sampai boleh dibentuk menjadi inti) – ini yang asli. Ada juga berinti kacang tanah tumbuk. Versi terkini ialah Makmur Pandan tapi saya tak rasa lagi.

Ibnurashidi, salam kembali. Terima kasih penghargaan itu.

Hakim, salam kembali. Meh bagi nombor akaun nanti boleh masukkan duit raya.

Puteri Cahaya, salam Syawal kembali. Alhamdulillah.

Azer, selamat segalanya!

Bayu Senja, salam lebaran kembali.

Pa’chik, meh bagi nombor akaun, nanti boleh masukkan duit raya.

Akirasuri, dapat - bagilah no akaun!

Bang Lope, begitulah hajat hati. Moga makbul. Amiin.

Achik, okey – meh bagi no akaun.

Bro PK, tat jatuh no. 2 dalam senarai saya.

Tegezoot, tak pernah dengar ketupat Gajah. Apa dia?

Afid, wow, kita sama selera!

Blackpurple, terima kasih. Amiin. Sama-sama kita bermaafan.

Izariza, mahu saja saya beraya 2 bulan Datin! Terima kasih undangan itu. Atas izinNya, satu hari nanti bertemu jua kita.

Faridmw, pantun tak best tak apa. Ucapan salam dan selamat itu sangat bermakna untuk sebuah persahabatan walau hanya maya.

Suka Bebel, selagi kuih raya tak habis, selagi tu saya beraya!

Butaseni, cik abang dok mimpi lagi kot, bila masa bagi duit kat cik kak ni?

Goro, Alhamdulillah. Terima kasih atas jemputan.

Zareda, salam lebaran jua buat Kak Zar dan keluarga.

En_me, salam pagi Ahad.

Unknown said...

Beraya lagi ke tuan rumah ni ;) Maaf zahir batin dan selamat hari raya enam pula :)

Bunga Rampai said...

Zalisa Maz, masih dalam angin raya sebab ada hari raya enam :))