Friday, 12 December 2008

Bersama Koi dan Quack Quack

Kasihan melihat si kecik yang asyik terlepas roti, kami lalu membaling tiga keping roti jauh-jauh dan koi koi besar meluru ke roti itu. Yeay, kini koi koi kecik dapat habuan mereka tanpa gangguan rakus si koi koi besar, dan dua ekor kura-kura juga kini menjadi teman mereka makan roti!

Quack quack...quack quack...bunyinya empat ekor itik yang putih gebu bulunya berenang ke arah kami sambil menyudu-nyudu air. Quack quack datang! Sukanya saya melihat mereka, tapi entah dari mana mereka itu tiba-tiba saja muncul berquack quack di hadapan kami dengan mulut ternganga-nganga meminta makanan. Kata Fira, pasti koi koi itu yang beritahu mereka makanan ada di sini. Tak mungkin kata Arun, tapi Abi menyangkalnya dengan mengatakan itik juga punya deria rasa. Juga naluri, sambung Biani.

Begitulah makhluk haiwan walaupun tidak bertindak mengikut keupayaan akal mereka, mereka memiliki naluri ikhtiar hidup (survival instinct) yang cukup tinggi dan pantas menggerakkan tindak balas kepada keadaan tertentu sama ada keadaan untuk keperluan atau keadaan bahaya. Kerana naluri inilah juga haiwan dapat mengesan gempa bumi beberapa jam sebelum waktu kejadian, dan lebih awal mencari tempat untuk berlindung. Wallahualam.

Aiseyymaaaan, koi-koi besar kembali! O-la-la, kini itik-itik dan koi-koi saling berentap untuk mendapatkan roti. Baling ke kiri, mereka ke kiri. Baling ke kanan, mereka ke kanan. Splash splaaaashh splassshh splash bunyinya air akibat kibasan badan mereka. Bunyi bingit itu memeningkan kura-kura barangkali lalu mereka menyelam dan tidak timbul-timbul lagi. Aduh, kasihannya si itik kurus dipatuk beberapa kali oleh si itik gemok kerana cuba mengambil rotinya! Sedihnya melihat si itik kurus merajuk lalu pergi sendirian. Heh, mahu saja saya jentik-jentik paruh si gemok itu kerana berkelakuan begitu!

Tengok tu! Suara Fira melantun tinggi dan kami menoleh ke arah tebing di hujung sana yang ditumbuhi pepohon renek. Sekumpulan burung-burung bertempiaran terbang entah ke mana-mana bagaikan takut akan sesuatu. Oh, si itik kurus yang berenang-renang di tebing itu juga kini berquack quack kuat sambil berenang laju ke tengah kolam. Apa lagi, itik-itik gemok pun segera mendapatkannya. Eh, eh, ikan-ikan koi semuanya menghilang ke dasar kolam!

Hey, tu apa? Tanya Biani menuding ke tebing itu. Wah, ada seekor binatang seperti anak buaya sedang merayap-rayap! Bukan buayalah, bapa biawak. Jelas Fira, dan kami mengamat-amati pergerakan biawak itu - kepalanya sekejap ke kiri sekejap ke kanan, dan sekejap ke atas sekejap ke depan. Dia mencari mangsa! Malangnya tiada apa-apa yang boleh dijadikan makanan maka biawak itu pun menyusup di celah-celah pepohon renek itu lalu menghilangkan diri.
.
.
Pagi semakin menjauh. Suara quack quack itik empat sekawan tidak lagi kedengaran, dan ikan-ikan koi entah ke lubuk mana. Kami meninggalkan kolam itu dengan rasa riang dan syukur kepadaNya yang menganugerahkan pagi seindah itu. Alhamdulillah.


*10/12/2008
KLPac, Sentul Barat, KL.


Salam.

11 comments:

Pa'chik said...

koi koci takde? :P

naz ilyn said...

salam...

dihari minggu ku taman haiwan
seronok bukan kepalang
meihat pelbagai jenis binatang
dengan telatahnya
ada yang ketawa ada yang meradang
melihat orang datang

p/s: lama rasanya tak ke taman haiwan.

julietchun said...

adik saya takut itik dan burung sampai skang ni walaupun dah dewasa, jadi kalo nak ajak ke tempat camni ssh ler skit.Saya tkt angsa, tkt di cubit ngan paruhnyer, org kata sakit yer.

david santos said...

Brilliant posting!

achik said...

bestnya dapat bersantai2 camtu.. :)

Mak Su said...

tentu seronok bawak budak2 mencampak-campak roti

:)

Bunga Rampai said...

Pa'chik, koi koci tak da, tapi lagu Koci Koci Hota Hei ada :)) Betul, tak tipu punya ... budak Arun tu bawa dalam mp3.

Naz ilyn, memerhati gelagat haiwan juga memberi kita ilmu. Salam kenal :)

Julietchun, mesti ada sebab adik Juliet fobia itik dan burung. Saya juga takut angsa sebab masa kecik dulu pernah kena patuk dan kena cubit sebab saya kacau angsa dua sejoli sedang berdating.

David Santos, hi there Mr. Santos! Good to see you again. Best wishes and have a great year 2009.

Achik, itu santai 1+2 ... 1 kerja dan 2 santai :D

Mak Su, kami yang dah tua-tua ni pun seronok sakan, apa lagi budak-budak! :))

SHIMI said...

nape tak bagi biawak tu roti

kingbinjai said...

ikan koi memang cantik

artsoul said...

kesian kat biawak tu...hehehehe

Bunga Rampai said...

Shimi, roti dah habis!

King, pencetus ilham untuk mencipta rasa dalam puisi ;)

Artsoul, kesian tak dapat sarapan pagi :))