Hari
semakin menjauh mengheret siang kepada kelam malam. Hati pula meleret gundah.
Tugasan masih terbentang. Harapan patah terlentang. Tidak! DIA tidak suka
kepada orang orang yang berputus asa. Noktah.
Ayuh
kita ke alam maya pujuk Pakcik Gugel. Mudah mudahan terlintas ilham di hati
kamu. Mengembaralah diri. Singgah di taman sana singgah di teratak sini. Tiada yang menambat rasa. Tiada ilham
bertandang. Lalu hati mencari titik perhentian. Nah,
ketika itulah terpaut mata pada yang ini:
"Dan
tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh
itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An’am: 32)
Ya,
wajar difikirkan masak masak tentang kehidupan dunia. Jadilah pengemis di
dunia, pesan guru, kelak kamu tersenarai sebagai ahli Jannah di akhirat.
Itu rentetan
cerita semalam. Hari ini sudah 1 Muharam 1435 Hijrah.
Tugasan
masih belum selesai. Moga saja hati nan berjerebu tidak kelabu. Langit mendung tidak
membendung duka dan sang mentari kembali tersenyum manja. Mudah mudahan terbit
ilham lalu bermukim pada tempatnya. Subhanallah.
Salam Maal Hijrah 1435.