
O-la-la! Girang sungguh rasa hati walau petang semalam kuih akok yang dimasak tak berapa menjadi – keras semacam! (Pa’chik pasti gelak sebab resepi akok saya ambil dari blognya, tapi masa percubaan pertama dulu menjadi elok. Hmm … oven tu kut yang dah tak betul. Err… salahkan oven pulak dah!)
Sejujurnya saya sendiri tidak tahu kenapa saya gembira sangat sepanjang hari semalam hingga terbawa-bawa ke pagi ini. Girang tak terperi walaupun Hamilton (McLaren) dilucutkan kemenangan dalam lumba F1 Belgian Grand Prix semalam.
Firasat saya, kenyamanan udara di atas bukit di sebuah perkampungan itulah punca kegirangan ini yang telah menyantun pelbagai rasa, dan angin yang menyapa wajah membawa benak kembali ke teratak maya lalu sekilas rasa di hujung hati terungkaplah kata-kata ... yeay, Bang Lope sudah pulang dari berburu dan kembali bercerita!
Kemudian liuk-lintuk dedaun yang bagaikan sedang menari inang dek dibuai bayu tiba-tiba menggetar sukma lalu mercuplah embun rindu jauh-jauh di ampaian rasa, maka terbanglah jiwa membawa rindu itu menuju ke mukimnya. Aduhai, rupa-rupanya rasa rindu juga menggirangkan! Rindu atas izinNya jua. Saya merindukan dia yang berkelana, melayangkan madah entah bila ...
Hisyy, melalut sungguhlah saya pepagi ni!
Saya sebenarnya mahu bercakap tentang saya kena tag. Lihatlah gambar di atas itu, comelkan? Terima kasih is150 atas ingatanmu. Sudah tentu saya gembira menerimanya dan untuk menyambung kegembiraan ini saya tag pula 5 teman blogger yang ini ... Achik, Chicz, Izariza, Pa’chik, Puteri Cahaya. Jika punya masa luang, sambung-sambungkan kegirangan kalian melalui cara-cara berikut ...
1. Salin gambar smiley di atas dan lekatpan pada blog anda.
2. Tag 5 orang teman blogger [muslim] anda.
3. Beritahu 5 teman blogger itu yang mereka telah ditag.
Selamat berpuasa.
*07/9/2008
Sebelum suria tersenyum.
Kampung Sungai Pusu,
Gombak, Selangor.
Salam gembira.
24 comments:
saya tumpang girang membaca n3 ni.. :D
puteri kena tag (blush)....
sukernyer2...
tq2,puteri pun tumpang gmbira...
Moga diberi ketenangan sentiasa bt kita smua...
Salam
(",)
apa pulak tak jadik...
terlebih tepung kot...
huhuhu... sian mekleren.... heheh... jahat la stiwed tuh... peminat perari tuh..
Sy pernah tgk org buat kuih akok cr tradisional,dasat sungguh.Tp rsnya "walllah".
Hati suka, apa buat pun jadik. Cuma kuih akok je tak jadi. Tak bagi pengeras kat mahaguru kot
teruskan bersinar :-)
Salam,
Moga senyuman terus mengiringi perjalanan.. Selamat berpuasa.
Achik, senang sekali mendengar Achik juga riang :D
PuteriCahaya, ya mudah-mudahan, Amin. Salam kembali.
Pa'chik, rasanya sukatan semua betul. Menyanyi sambil masak kut, tu pasal tak berapa nak menjadi - akok terkejut dengar suara yang serak-serak tak basah :D
Tak pa Pa'chik, rasanya Hamilton boleh kekal kat atas tu...
Julietchun, ye ke? "Wallah" tu apa ek?
Shimi, :D pengeras! Nanti nak bagi sedulang bunga rampai kat mahaguru :D
Azer, ya! Moga sinar itu menyinari Azer juga :)
Mya Marja, salam kembali. Semoga senyuman itu juga dapat menggirangkan orang lain, Amin.
akok?? wahahahah.... sedapnyer...
hormon la ni...tu pasal gumbira aje....
rasa macam nak tumpang gembira sama jer, bleh...?
Rampai, dekat Kelantan ni akok berlambak di pasar ramadan. Tapi Kak org terengganu, masih keliru rasa bila makan akok Kelantan.
Akok Kelantan dinamakan akok ke'duk, sebab banyak santan dan kurang gandum.
Akok orang Terengganu, manis semacam, dan banyak telur.
Tapi sekarang semuanya Kak dah tak sentuh, sebab dok pantang ikut cara pemakanan ER4YT.
So makan apa ya...makan hati jawabnya. Tapi tak apa, badan makin slim.
alhamdulillah....
saya pon tumpang gembira sekali...
Theconfused, memang sedap - kuih yang seboleh-bolehnya mesti ada masa Ramadhan. Heran, bulan lain tak pula tercari-cari!
NBB, dari sudut pandangan seorang doktor - hormon gumbira meningkat :D
Al-Bima Sakti, ayuh kita kongsi bersama kegembiraan ini - besar hikmahnya :)
Kak Has, laaa ... tak tahu pula ada perbezaan. Patutlah kalau beli berlainan gerai, ada yang lemak semacam ada yang manis semacam. Jadi, akok yang saya buat ni namakan saja akok KL - hahaha!
Buku ER4YT tu saya kata nak beli, tapi sampai sekarang tak beli-beli lagi :(
Alhamdulillah masih ada hati - itulah kekuatan Kak Has. Insyallah.
is150, senang mendengarnya. Moga diberkati kegembiraan kita semua.
cik bunga, sungguh tidak adil bg hamilton yang teruk berjuang ari tu.sungguh keciwa.tak sempat saksikan sampai habis race tersebut sebab kejarkan terawih.tapi dia memang berjuang habis habisan ari tersebut dari apa yg kubaca. apapun, dia memang best kan?
team mclaren dah apply untuk rayuan ari ni, mungkin masih ada harapan untuk dapat balik kemenangan tu
Salam Ramadhan Kak Rampai..
Moga terus berbunga-bunga.. :)
Suka Bebel, Hamilton memang bagus tapi sebenarnya saya lebih senang tengok Raikonen beraksi - barangkali kerana dia orang Finland - orang Finn cool!(saya juga peminat Hakinen yang juga dari Finland masa dia dengan McLaren dulu). Apa pun, siapa saja pemandu McLaren saya sokong kerana saya team McLaren! :))
Akirasuri, salam kembali. Alhamdulillah segar dan gumbira!Terima kasih.
waahhh syok nya girang gemirang ni :D
tumpang gembira... err nk kasi teh tarik takleh... puasa... tunggu morey erkk jejejej
saya tersenyum membaca entri ini :)
salam.
adoii dah lama x makan akok. kat KL/Selangor ni susah la nk cari yg best..
Butaseni, macam makan aiskrim vanilla dengan topping coklat :D
Mineral, ok ok! jejejeje..
13may, saya pun tersenyum membaca komen 13may :)
Yushida03, salam kembali. Ya memang susah kerana biasanya sudah diubahsuai untuk tujuan berniaga.
Salam Dik,
Semoga tahun ini baju siap seperti yang ditempah. Sarung kebaya berkain kipas ala Saloma. Hati-hati ketika bergambar di Poring, nanti tersangkut ranting.
Selamat 'Eidulfitri. Maaf zahir batin.
Jangan lupa membuka tingkap di malam Raya. Ini juga adat di beberapa tempat, rupanya di Semenanjung.
Bro Keng, salam kembali.
LOL ... kalu pakai macam tu, confirm sepupu sepapat keriau iri hati!
Nak kena cari kasut tinggi tumit halus lah pulak nih, baru sepadan dengan baju tu :D
Selamat Aidilfitri juga, maaf zahir batin.
Post a Comment