Akhirnya Dark City 2 selesai saya baca. Membaca buku fiksi berhalaman 341 muka surat dalam masa 10 hari merupakan satu rekod buruk saya sebenarnya, namun saya beralasan mengapa demikian jadinya – kerana kesemua 17 buah cerpen yang dipaparkan sangat menarik dan ada yang saya baca berulang kali. Paling saya suka ialah kisah Dad.
*If God to be in heaven, I would rather be in hell. Those were the last words my mum said on her deathbed.
Nevertheless, there was a time in her life when God and religion played an important role. She was a regular face in church. The Bible was the most important book in her life ... “God made us and we should respect Him and not make jokes about Him,” she often said.
But when my dad died, everything changed. She stopped believing in God. She developed an intense hatred of God and anything that has a connection to Him ... Mum held God responsible for my dad’s death ...
I, on other hand, became totally the opposite. My dad’s death brought me closer to God. I went to church more often. I read the Bible from chapter to chapter ... Religion brought me the peace I desperately sought.
Killing your own father is not an easy burden to carry ...
Later, I realized I couldn’t lead a life like my mum’s, a life fill with hatred. I needed God in my life ... to forgive me for what I had done.*
Demikian sedikit petikan dari kisah Dad yang ditulis oleh Bissme S.
Sejujurnya kisah ini sedikit mengganggu jiwa saya, membuat saya merenung jauh tentang tindakan manusia kala dihimpit desakan atau tekanan hidup, dan bagaimana manusia melerai masalah yang menimpanya. Seperti dalam Dad, atas sebab dan akibat sesuatu tindakan, manusia sama ada kembali kepada Tuhannya atau sebaliknya.
Sesungguhnya Tuhan mahukan segala yang baik untuk manusia, tetapi kerana manusia itu diberikan akal dan perasaan maka manusia ada kecenderungan untuk memilih melakukan sesuatu yang tidak baik untuk dirinya kerana merasa bahawa pilihan itulah yang paling baik untuknya. Hal ini kerana manusia tidak mengetahui apa yang tersirat dan yang belum terjadi. Apa pun pilihan manusia akan ada kesannya, dan oleh kerana Tuhan itu Maha Adil maka pilihan siapa pun akan dimakbulkan walaupun permintaan untuk melakukan sesuatu keburukan dan kerosakan kepada manusia lain.
Manusia sentiasa di dalam kerugian dan kegelapan.
Payah nian mencari cahaya dalam gelap. Mencari kurniaNya dalam perjalanan menuju pulang. Maka itu, dalam gelap pun kita perlu melihat dan memerhati persekitaran kita. Dalam gelap juga kita perlu berfikir dan memikirkan tentang apa yang kita perhatikan. Lafazkan harfiah Al-Quran untuk membimbing gerak dan lintasan hati kita dalam kegelapan perjalanan itu. Ingatkan janji Allah bahawa sesiapa yang menurut Quran dia akan selamat. Seiringan itu, sandarkan hati pada tiang sabar dan redha. Ukirkan terus doa-doa dalam lisan, dalam hati, dalam amal. DIA Maha Melihat dan Mendengar, Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi. Wallahu'alam.
Dark City
*24/7/2008
Duhai hati, bersusah-susahlah ketika kau senang dan bersenang-senang juga ketika kau susah. Nescaya akan kau perolehi terang cahaya yang tersembunyi.
Salam.
Sunday, 27 July 2008
Friday, 18 July 2008
Qalam Kasih
Senyuman lebar terukir di bibir kala nombor 0077 dihulur. Hampir tercetus gelak sebenarnya. Manakan tidak, angka-angka itu petah saja melayangkan ingatan kepada blog yang bergambar Bond 007 dan blog seorang yang gemarkan angka 7. Aah, ruang maya yang seakan-akan nyata jadinya 'pabila kelopak-kelopak aksara bercantum menjadi sari-sari bicara lalu wangilah hati-hati gersang yang mendamba haruman. Maha Agung Dia mengurniakan diri kerdil ini insan-insan yang tidak berwajah namun punya madah semanis madu untuk santapan kalbu - menyemarak cinta di perdu hati. Cinta Dia.
Eh, melalutlah pulak saya nih ...
Saya lalu duduk di barisan kerusi paling depan yang tidak berpenghuni. Aneh, ada tetamu yang sanggup berdiri entah untuk berapa lama daripada duduk di kerusi-kerusi kosong itu. Oh, baru saya tahu mengapa mereka sanggup tidak duduk! Rupa-rupanya tumpahan darah di atas lantai di hadapan kerusi itu barangkali sangat menjijikkan atau menakutkan atau memualkan. Saya sempoi aje ... duduk dan ya, memulakan bacaan buku Dark City 2 yang sudah tiga bulan tersadai di depan mata minta dibaca.
“Amma, @@&&**++##!!” Jerit seorang gadis India mengingatkan ibunya yang hampir saja terpijak darah itu. Saya memerhati mereka. “Ayooo … **&#$$ … ##@@**&&!!” Marah si ibu. Saya kembali membaca.
“Gelilah bang!” Kata si isteri manja. Saya memerhati mereka. Si suami memaut erat tangan kanan si isteri yang hamil. Mereka duduk di hujung sana. Saya kembali membaca. Tiba-tiba ... uweeek, uweeek ... saya memandang ke arah suara itu. Oh, si isteri bakal muntah dan sambil menutup mulut bergegas ke bilik air. Saya menutup buku dan memejamkan mata seketika.
Saya memikirkan tentang darah itu. Kasihan dia dipinggirkan.
Barangkali darah itu tidak punya perasaan untuk merasa hamburan kata-kata dari manusia, namun manusia yang berbangga dengan kesempurnaan dirinya sering tidak ambil pusing bahawa Tuhan sentiasa memerhati apa jua tindak-tanduk mereka.
“0077!” Panggilan itu amat menyentak namun gembira jua kerana giliran saya sudah tiba untuk ditemubual doktor, dan oh, darah di atas lantai sudah dibersihkan! Errr, agaknya tadi saya diayun mimpi lalu terlena sekejap ...
Lega rasa hati sesudah urusan di farmasi. Alhamdulillah, tidak diduga di luar sana hujan menanti. Saya suka! O-la-la, titis-titis air melunak pandangan, meredup hati, dan membasahi atma!
Hujan itu Qalam Tuhan yang bertandang mengikut mahuNya, dan harus dilihat dengan hati dan dibaca dengan akal. Datangnya membawa pesan. Hadirnya membawa iktibar. Kunjungnya mengunjur ilham. Tibanya membawa bukti kewujudanNya, memperlihatkan kebesaranNya, memberi petunjuk jalan, memberi hidayah, dan yang paling penting Qalam Tuhan yang datang kepada manusia dalam pelbagai bentuk itu membawa maksud bahawa DIA masih menyayangi kita, masih dekat dan masih mendengar doa-doa kita. Alhamdulillah. Wallahu’alam.
.
.
.
Lama nian benak menyulam rasa hati. Sedar hanya melihat titis hujan semakin hilang, memberi ruang kepada suria untuk menebarkan cahayanya. Nur mentari itu, mudah-mudahan ampuh merias qalbi agar terungkap Zikir Kasih mengiringi langkah kaki ke hadapan ... ke hadapan ... dan terus ke hadapan. Amin.
*15/7/2008
Hospital Selayang.

Wednesday, 2 July 2008
Kais Pagi Makan Petang
Biasanya Nisa, pelajar tingkatan dua yang baru sebulan dalam kelas bimbingan tidur-tidur ayam saja, dan saya maklum dengan keadaan itu. Letih katanya apabila ditanya kenapa boleh tertidur di dalam kelas.
Sabtu lalu dia tidur lagi. Saya biarkan buat seketika, namun lenanya yang agak lama membuat saya hairan. Dia berdengkur. Saya ketawa. Satu kelas ketawa. Dia terbangun dengan wajah berkerut. “Lapar mak! ... Mak! Mak!” Teriaknya tiba-tiba sambil mata ligat mencari sesuatu. Saya terkejut. Kawan-kawan sekelas masih ketawa. Mereka diam apabila melihat saya terpaku di hadapan kelas memandang Nisa yang kini menangis.
Katanya dia belum makan tengahari. Tiada beras. Lauk habis. Emak akan membawa beras dan lauk petang nanti selepas mendapat upah mengemas rumah orang. Abah pulangnya malam membawa letih badan. Wang Abah hanya ada pada hujung bulan, cukup untuk membayar hutang-piutang keliling pinggang.
Pagi tadi kata Nisa, emak meminjam tepung gandum jiran sebelah untuk dibuat kuih. Separuh kuih disimpan untuk makan tengahari yang sekadar cukup mengalas perut dua orang adiknya. Abang yang bekerja sambilan hari Sabtu dan Ahad pula mungkin sudah kenyang menelan asap rokok dengan kawan-kawannya selepas menghantar risalah-risalah promosi barangan dari rumah ke rumah.
Seluruh anggota saya longlai. Hati menangis jua.
Oh, tanah airku!
*28/6/2008
Pinggir Kota, KL.

Tuesday, 1 July 2008
Jun
Hari ini genap dua tahun persahabatan kami yang bermula dengan e-mel ini:
“It's so weird. I wonder how your e-mails went into my inbox. They're not mine, so am returning them to you. Btw, I’m Jun from Taiwan ... "
E-mel itu merapat jurang dan kami menjadi sahabat akrab walau tidak pernah berjumpa di alam nyata. Jun juga suka mengembara - "Mengembara mencabar kesabaran, mempamerkan segala perangai buruk baik saya, dan yang penting saya telah mengubah pandangan saya tentang manusia. Manusia sama saja, yang membezakan ialah apa yang terkandung di dalam hati," begitu kata Jun.
E-mel terkininya hari ini mengenai rasa anehnya terhadap sikap manusia:
"Betapa manusia di kota-kota besar tidak pernah puas dengan apa yang ada walaupun hidup di tempat yang serba ada. Jauh di pedalaman pula yang serba kekurangan, manusia lebih bersabar dan mengharungi kehidupan seadanya. Pemerhatian dan penelitian sebegitu mendorong saya mencari sesuatu yang pasti hebat sifatnya kerana mampu mencipta manusia dengan pemikiran yang berbeza-beza."
"Aneh sungguh kehidupan ini kan Rampai? Saya akan mencari sesuatu itu. Doakan saya."

Subscribe to:
Posts (Atom)