Friday, 12 September 2008

Magic

Aduhai. Orang seperti saya ini yang buat kuih akok pun tak menjadi, apa tah lagi membuat kuih raya yang bukan hobi saya, alahai ... kenalah buat sesuatu supaya tiba Hari Raya nanti ada juga beberapa balang kuih yang dibawa pulang ke kampung. Juga untuk dihadiahkan kepada jiran-jiran dan kawan-kawan.

Kenangan. Betapa kemeriahan membuat kuih raya bersama keluarga sama meriahnya seperti berbuka puasa dan hari pertama raya. Meriah sungguh mesyuarat untuk memilih dan memutuskan apakah kuih-kuih yang perlu dibuat; maka bermacam-macamlah resepi lama dan baru diketengahkan. Riuhlah mesyuarat dengan sokongan dan bantahan yang diselangi senda gurau; dan seperti selalunya saya yang hanya tahu makan sedap, mengayak tepung dan memukul telur akan mengiakan saja kuih yang saya suka. Nah, bermula hari ke dua puluh puasa, dapur pun bertukar aroma yang sangat menggoyah hati! Bertambah-tambahlah meriah suasana apabila sepupu sepapat bertandang sekali gus rela menghambakan diri menjadi pembantu; dan mama dengan senang hati menghadiahi mereka sebalang kuih seorang untuk dibawa pulang.

Itu kenangan di kampung. Dulu-dulu. Ya, dulu-dulu pun saya tidak berminat sangat membuat kuih raya. Orang lain sibuk menguli tepung di dapur, saya sibuk mengejar burung pipit di bendang. Orang lain sibuk mecanai kuih, saya sibuk mengutip bunga-bunga liar di pinggir kali. Orang sibuk membakar kuih, saya sibuk mengamati serangga-serangga aneh di birai hutan. Orang mencipta kuih baru ... saya melakar kenangan.

Sejenak merenung waktu. Betapa waktu memisahkan yang dulu-dulu dengan yang sekarang. Namun waktu tidak berbisa untuk merenggang sedikit pun ikatan kenangan dari kalbu. Semakin waktu meninggalkan musim, semakin utuhlah kenangan menjadi iktibar, mencetus ilham, dan membentuk akal. Dalam rentang waktu yang panjang di bawah naungan kerlipan bintang yang menjulai gagah - mudah-mudahan iktibar, ilham dan akal diadun menjadi pelita malam-malam Ramadhan yang penuh rahsia. Semoga rahsia itu terungkai lalu membentang usia yang bernilai kemudian dimanfaatkan untuk menebus apa jua yag tidak terlaksana sebelumnya dan mewarna semula jiwa yang pudar. Wallahu'alam.
.
.
.
Barangkali saya memerlukan keajaiban untuk membuat kuih raya. Abracadabra? Hai pawang laut pawang darat? Pooh sana pooh sini? Errr, tak payahlah! Saya ada magic ... yeay!

Saya akan menggunakan magic jari telunjuk saya untuk mendapatkan kuih raya. Saya hanya tunjuk pada kuih-kuih yang saya suka ... makmur, samprit, tart gulung, London almond ... dan dalam beberapa hari saja kuih raya ada di depan mata! Fuyooooo!


Salam.

38 comments:

Anonymous said...

sama macam saya juga. hehe

yushida03 said...

kuih tunjuk?

// saya tahu makan jer...;)

PuTeRi CaHaYa said...

hehe... tunjuk jerk... x yah susah2.tp :-( rindu sgt zaman tu...zaman sibuk bt kuih raya..
Tp...
Skang dah x leh nak bt dah smua tu...bz......

p/s - nnt puteri bls tag tu yerk...!!

Salam
(",)

Unknown said...

yeah... kite buat magic yang sama... tapi dunia penuh magis itu, sikit sekali kenangan indahkan?? heheheh

julietchun said...

Sy sk buat kuih ry dulu2 tapi sekarang sy lbh sk tunjuk2 kuih ry :D

Nuts@Kacc said...

wah2!kamu juga terer membuat magic rupanya..nampaknya bukan mama saya seorang saja yang pandai(saya pandai makan saja..ehhehe..)

SHIMI said...

magic telunjuk itu mungki juga tidak menjadi kalau tiada fulusnya

Pa'chik said...

aku lagi hebat... tak yah tunjuk dah.. baca mentera sikit je...

'mak... wak biskut raya...' ekekek...

tapi sekarang tak berapa nak jadik dah... hahah...

faridmw said...

salam..beruntung bg sapa yang cekap bt kueh raya.. selamat berpuasa.. moga kita diberkati selalu dgn ibadah yang kita lakukan

Puteri Ezza said...

Salam Rampaisari :)

Apa khabar?

Jom join cabutan bertuah kat blog Ezza. Hadiah lumayan menanti ni.

Bunga Rampai said...

NBB, wah, ada magic juga!

Yushida03, ya, dan punya macam-macam nama.

Puteri Cahaya, tak pa, sama-sama kita buat kuih tunjuk-tunjuk.

Theconfused, saya tiru magic, David Bline. Anda bagaimana?

Juliet, lain dulu lain sekarang!

Kacc, boleh tahanlah terernya!

Shimi, errr...betul tu! Kalau nak magic kuat, fulus pun kena banyak juga.

Pa'chik, Hahaha...kelakar!Rasanya sampai masa magic tu kena turunkan kepada pewaris!

Faridmw, Salam kembali. Saya kagum sebenarnya dengan mereka yang pandai membuat/mencipta kuih/biskut - mereka punya daya sabar dan kreativiti yang tinggi(semoga mereka dirahmatiNya). Amin.

PuteriEzza, alhamdulillah khabar baik. Ada hadiah kereta tak?

tegezoot said...

wat suspen je...

Unknown said...

magis bernama "jurus mengambik duit dari ATM" hehehehe.. seronoknya adalah, kui tersedia dengan hikmat menunjuk, sedihnya adalah... baki dalam akaun susut.. heheheh....

achik said...

dah start guna magic ke kak? hehehe.. ;)

saya pun fail bab buat kuih..

Ajzie said...

BR
keajaiban dengan hanya menunjuk. Adoiiiiii.. seronok betul.. bak pari2 didalam cerita dongeng kalau begitu..hihihi.. Kalau la semua org mempunyai kayu sakti...hihihihi.


Sungguh bermakna kata2 BR dibawah ini..... terusik saya... mungkin kita sama.....moga pelita malam-malam Ramadhan kita semua akan terus bercahaya dan bersinar...


Orang mencipta kuih baru ... saya melakar kenangan. Sejenak merenung waktu. Betapa waktu memisahkan yang dulu-dulu dengan yang sekarang. Namun waktu tidak berbisa untuk merenggang sedikit pun ikatan kenangan dari kalbu. Semakin waktu meninggalkan musim, semakin utuhlah kenangan menjadi iktibar, mencetus ilham, dan membentuk akal. Dalam rentang waktu yang panjang di bawah naungan kerlipan bintang yang menjulai gagah - mudah-mudahan iktibar, ilham dan akal diadun menjadi pelita malam-malam Ramadhan yang penuh rahsia. Semoga rahsia itu terungkai lalu membentang usia yang bernilai kemudian dimanfaatkan untuk menebus apa jua yag tidak terlaksana sebelumnya dan mewarna semula jiwa yang pudar. Wallahu'alam.

AL-BIMA SAKTI said...

73% rakyat malaysia ada ilmu magic serupa itu. Keadaannya dijangka bertambah tahun demi tahu. selebihnya (27%) lagi tak sempat belajar. - hasil kajian tepung gandum & tepung penaik sdn bhd.

Azer Mantessa said...

selamat membuat kueh

saya paling suka kuih samprit.

Purpleheart said...

Fuyyoo powernya, selama ni tak pernah beli, ada sekali aje tapi mak bising. Bazir katanya. Dia lebih suka buat sendiri.. sapa lagi kena buat..

PuTeRi CaHaYa said...

Salam bunga rampai...klu x keberatan..puteri nak emel BR.. blh?

Butaseni@Wan Raja said...

kat jalan masjid india tu banyak ada kak,tak payah buat magik hehehe

Ku Keng said...

Salam Dik,

Jangan pula tersalah beli lauk pauk dan kuih contoh dari plastik, dari restoran Jepun.

Nanti seluruh Ranau kedengaran keriau makcik dan sepupu sepapat yang kemarahan.

BaYu SenJa said...

huhu,
raya kali ni banyak la kuih2 dapat makan.. hmm, tak sabar nak makan ketupat pulut...

alhamdulillah, kali berpeluang braya bersama keluarga di malaysia ;)

semoga ketemu lailatul qadar:)

Izariza said...

Datuk Seri .. saya pun nak buat magic .. tunjuk aje terus baju raya siap huhuhu ...

Perjalanan itu sudahkah selesai?

p/s: Jemput makan nasi ikan!

Suka Bebel said...

ilmu tunjuk jari yang kadang kadang disalahguna oleh kaum hawa. tunjuk je tapi pengerasnya si suami yg hulurkan.huahuahua...salam ziarah bulan ramadhan.bila nak blanja buka posa ni?hehe

Anonymous said...

Oh, saya tak ada magis jari telunjuk di sini. :(

cikdinz said...

banyak namapak kueh akok jual kat bazaar ramadhan.
untuk raya ke untuk berbuka yeik...

Pegawai Khalwat said...

David Blaine, Duo Magic Mondo dengan Keith Barry mau nangis kalau depa tau BR ada magis yang lebih hebat dari depa.

Kaktiny said...

terasa ke'hampehan' diri ini bila mengenangkan kemeriahan buat kuih raya dolu2.. (pasai pa dulu buleh buat ek?.. soalan yang paling tak relevant utk ditanya...)

sejak kawin.. ilmu pertama yang pi menuntut adalah.. MAGIS KUIH TELUNJUK.. dan ilmunya kekal berkesan hingga ke raya tahun ni.. (dah 4 tahun dah kaktiny menang jurus magis kuih telunjuk nih..) hihihih

jinggo said...

buat la sikit majik tuuu....
tetiba kuih tu ada kat umah saya kaaa....
hihihi......

hakim dirani said...

Salam saudari bunga Rampai,
Pertamanya selamat menyambut bulan berkat Ramadhan.

Kalau bab memasak ini, saya lain pula ceritanya. ntah la, mungkin tak dak bakat kot, saya ni sup pon dari dulu hingga sekarang masih tak jadi-jadi. kalau kuih lagi teruk la.

Bunga Rampai said...

Tegezoot, Magickan memang mensuspenkan? ;)

Theconfused, Okeylah tu, ada keseimbangan :)

Achik, misi dah mula dah! Jom kita pi kursus buat kuih!

Ajzie, Amin. Begitulah kenangan. Dihidupkan untuk menyuluh perjalanan pulang kembali kepadaNya.

Al-Bima Sakti, malasnya orang Malaysia![errr, termasuk sayalah tu :(]

Azer, saya suka kuih makmur. Orang kata kalau suka kuih ni, hidup pun makmur :D

Purpleheart, fuyyoooo – tabek!

Puteri Cahaya, salam kembali. Dapatkan dari Bro PK.

Butaseni, awatlah cik abang nii buat tak tau – magic dalam tangan, buat pa lagi pi penat bejalan tang Masjid India tu. Cik kak hembuih ja magic…haa, tu diaaaa kuih teghebang mai kat cik kak ni!!

Bro Keng, salam kembali. Kuih plastik? Hahaha – pandailah Bro buat cerita! Depa keriau tak pa. Takut saya yang keriau masa raya nanti kena denda jadi kuli kat dapur!

Bayu Senja, Alhamdulillah. Sama-sama kita mencari Lailatul Qadar.

Izariza, waduh Datin lebih hebat dari saya rupanya! Alhamdulillah, selamat kembali.

Suka Bebel, salam kembali. Alaaa, pandai-pandailah si isteri pujuk-pujuk!:D Rasanya tak sempatlah nak belanja buka puasa. Tak apa, kita bertemu saja dalam doa. Masa buka puasa nanti saya doakan SB, dan SB doakan saya.

Tuantanah, nampaknya kena guna magis lain ni. Magis e-mel atau magis telepon. Belum terlewat lagi ni ;)

Cikdinz, kuih akok tu saya suka makan masa Ramadhan.

Bro PK, hahaha! Aduiii, kenyang gelak. Depa tak tau ka orang M'sia serba boleh? :D

Kaktiny, rasa-rasanya jurus kedua yang Kaktiny belajar ialah Magis Baju Raya :P

Jinggo, tak pa. Nanti saya majik pula kuih tu jadi ikan dan Jinggo tak payah dah gi mmancing!!

Hakim Dirani, salam kembali dan terima kasih ucapan itu. Sedih pula saya baca komen Hakim tu. Tak apa, cuba-cubalah pulak belajar magic jari telunjuk :P

Puteri Ezza said...

Salam Bunga Rampai...

Wah, ada magic eh? Tolong magickan untuk saya boleh tak? Saya nak Almond London namploh bekas besar je. Hikhik.

david santos said...

I loved this work!!!
Terima Kasih.

Bunga Rampai said...

Puteri Ezza, salam kembali. Wah, banyaknya! Itu untuk kenduri kawin Tuan Puteri ke? :P

David Santos, hi there David, terima kasih too for dropping by. Good to see you again and trust that all is well with you :)

blackpurple @ jowopinter said...

Tunjuk jari pun kalau dompet tak berisi pun tak menjadi 'kemajikan' itu BR. :D

Bunga Rampai said...

Blackpurple, :D setuju! Tak pa kalau dompet kosong, diam-diam je lah sambil menggigit jari telunjuk, tak payah buka majik. :D

The Island of NAMOYAKI, said...

:) macam-macam..

Bunga Rampai said...

Zul Rahman, ya, pelbagai :)Salam kenal.