Dia diam. Saya diam. Sekitar juga diam. Ada cuma sesekali kedengaran bunyi kereta masuk ke kawasan itu kemudian bunyi pintu kereta dibuka dan ditutup kemudian vrooomm!, kereta itu pergi lagi. Itu pun tidak mengganggu ketekunannya melukis. Saya saja yang sibuk-sibuk memanjangkan leher mahu tahu kereta apa yang datang dan tuannya siapa.
Dia terus menterjemahkan segala yang ada di sekitarnya di atas kertas putih yang kaku dengan calitan warna air. Saya pula terus membandingkan apa yang terlukis di atas kertas itu dengan apa yang saya pandang di sekeliling. Warna-warni pokok-pokok bunga, bangunan-bangunan tinggi bagaikan sangkar merpati, mega putih di langit biru, rumput lalang menghijau yang tersisip rona-rona kuning dan coklat di celah-celahnya. Begitulah akhirnya kertas yang kaku itu kini bagaikan hidup menghembus nafas yang menyentuh sanubari saya! Cantik sekali lukisannya. “Wow!” Kekaguman saya tercetus. Dia tersenyum.
Dia berhenti melukis. Dia memandang langit kemudian memandang kiri kanan. Rambut pendeknya potongan askar dilurut-lurut ke belakang. Entah apa-apa yang difikirkannya kala itu dalam lembut wajah yang serius. Sejurus dia kembali mewarna lukisannya. Eh, kenapa pula dia melukis pelangi? “Kat langit tak ada pelangi pun!” Aduh, sungguhlah saya menyibuk! Dia ketawa kecil.
“Kalau akak dapat rasakan keindahan pelangi dalam jiwa walau pelanginya tiada di sana … (dia menuding ke langit dengan berusnya), ... akak faham kenapa pelangi itu saya lukis.”
Dia seorang pelukis muda yang bercerita di dalam lukisannya tentang kehidupan ini; tentang apa yang dirasa dan difikirnya melalui pemerhatiannya. Walau bukan semua orang faham kenapa seorang pelukis itu melukis begitu dan begini - - rumputnya kelabu bukan hijau atau kemboja warnanya hitam bukan putih; atau seekor ayam berkaki bangau atau sebuah kerusi berkaki tiga; atau barangkali hanya garis-garis jingga dan dot dot ungu di atas kertas putih - - itu semua pasti punya makna yang sangat halus yang terbit bukan dari khayal semata tapi dari ilham tafakur yang terselit di dalamnya satu tujuan tersirat yang tanpa disedari oleh penghayat lukisan, seorang pelukis itu sebenarnya telah membesarkan dan mengagungkan Pencipta alam buana.
Entah siapakah nama pelukis itu. Ketekunannya melukis dan keasyikan saya menghayati lenggok berus yang bermain dengan warna, serta kehairanan saya pada pelangi yang wujud dalam lukisannya telah melupakan saya untuk bertanyakan namanya. Semoga Tuhan memberkatinya. Amin.
*21/12/2008
Bukit Jelutong, Shah Alam.
16 comments:
hoooo.. seringkali saya terpana melihat lukisan-lukisan hidup terutamanya kalau sesekali singgah di CM...
aduhh.. hebatnya ciptaan tuhan, dan hebat juga anugerah pemberianNya pada mereka...
melakar orang lidipon ku tak mampu.. :)
subhanallah...
itu lah... cerita saja... tunjuk la sekali gambarnya... ekekek...
salam...
melaskar pelangi memang mudah
namun terzahir bukan semudah dilukis
carik-carik rona warna terpalet
berus menari mengikut tari jemari
asik pelukis mengalun bicara naluri
layar putih berubah wajah
menjelma segala yang terzahir
leka asik seorang pelukis
menjiwai anugerah maha esa
pelukis teww ader blog takkks.. uhuhu
aku kurang faham bila lukisan yang compang camping macam contengan budak budak nakal boleh bernilai sampai ratus ribu ringgit.kalau aku yang conteng, kasi free pun takde orang nak.hehe...
Salam buat Bunga Rampai,
Pelangi itu perlambangan bagi keindahan. Pelangi juga harapan dan cita-cita. Komposisi warna berjalur 7 itu adalah gambaran perasaan yang wujud di dalam hati.
Entah kenapa hati saya sering sahaja sayu tatkala melihat pelangi merentang di langit tinggi..
Masa skolah dulu cikgu tak benarkan saya amik pendidikan seni sebab takut peratus peperiksaan jatuh krn saya yang tgn bangku ni,hahahaha.
Pelukis itu umpama 'Tuhan'. Bukan maksud saya ingin menyamakan keesaan atau kekuasaan pelukis dengan Tuhan. Maksud saya dalam mencipta bentuk, warna dan jiwa dalam karya lukisannya. Pelukis 'berkuasa' memberi nyawa dan melahirkan apa sahaja yang bermain di fikiran dan jiwanya di atas kertas putih. Dan kita mungkin cuma mampu menerima dan mentafsir setakat yang kita mampu apa yang dilukiskannya. Selebihnya hanya pelukis itu saja yang tahu.
Isk! Apalah yang saya merepek ini :D
Assalamualaikum,
Melukis bagi pelukis amat mengasyikkan. Mata tak akan mengantuk walau berjam-jam melukis.
Pelangi itu simbol keceriaan yang dicari pelukis, hmm agaknya. :)
ada maksud yg tersirat disebalik lukisan yg compang camping
Suruh dia mai tempat aku, aku boleh kasi ruang galeri.
jeles tul ngan pelukis,kan?
amin
err... takde jus oren utk sipelukis kah? sure terkesima sampai terlupa jejejejej...
cemburu dengan bakat mereka
:)
all the best for them! :)
Theconfused, saya boleh melakar orang lidi tapi sampai bab rambut, tak reti nak buat fesyen macam mana :D
Pa'chik, nakal!! :))
Naz ilyn, salam kembali. Naz juga melukis - dengan kata-kata ;)
En_me, saya tak sempat tanya :(
Suka Bebel, saya juga kadang tak faham, tapi menghargai apa juga bentuk lukisan saya kira sudah menunjukkan kekaguman kita kepada Pencipta.
Indera Kencana, salam kembali. Pelangi tengahari datang bersama renyai hujan amat menyenangkan saya :)
Julietchun, tangan bangku? :D
Blackpurple, andai repekan itu diterjemah dalam bentuk lukisan, bagaimana hasilnya ya? ;)Repekan BP repekan berjiwa :)
Mya Marja, waalaikumusalam. Begitulah barangkali waktu-waktu damai dan tenang seorang pelukis. Seorang penulis seperti MyaMarja juga saya kira melalui situasi yang sama 'pabila ilham datang mencurah-curah :)
Artsoul, semua lukisan membawa maksud, dan maksud terperinci hanya si pelukis saja yang tahu.
Bro PK, alamak, namanya pun saya tak tahu. Tak pa, nanti kalau pi tempat tu lagi, saya cari dia dan bagi pautan blog arts4life.
Mazarina, cuba-cubalah melukis pula, mungkin ada bakat terpendam :)
King, ya Rabbulalamin.
Mineral, uiiih, baru timbul ... pi mana lama tak nampak, blog pun senyap? Nah, jus guava merah jambu untuk raikan tahun baru ... jejejejej...
Mak Su, asal jangan cemburu buta! :D
Post a Comment