Alangkah waktu-waktu sepi begitu di puncak malam mendepang rasa. Qalbi bersyair khair sambil benak merenung bintang - menggetar segenap jiwa dan raga. Aduhai, asyik nian mengoles rasa - alam pun tahu. Maka salam sang bayu bersambut cuma di pinggir bibir, dan kelip si kunang-kunang singgah hanya di hujung pandang.
Betapa kolek rasa yang merenung sambil bersyair khair hanyut jua di sungai malam. Berkandilkan cinta Ramadhan, tenanglah hati mendayung harap menuju sirr sebutir mutiara. Moga berkilau jua cahaya mutiara di qalbi sebelum malam berangkat pergi.
Aduhai. Tersuar tangis di perdu hati tatkala sinar bintang mula berselindung di sebalik sutera subuh, dan sekalian pepohon mula berkasih dengan embun. Detik itu sang waktu pun akur melepaskan malam-malam penuh cinta untuk menjemput siang yang bakal mendandan rindu sekalung akad Laila yang entah akan ketemu lagi atau tidak pada musim mendatang.
Alangkah malam-malam begitu di puncak rasa menjunjung doa bertemankan kandil cinta Ramadhan ...
“Subhanallah, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Aku kembalikan rasa syukur kepadaMu Ya Allah di atas kemurahan rahmatMu mengalirkan cahaya RamadhanMu yang menjadi nikmat kepada bathinku. Sesungguhnya setiap saat dalam Ramadhan ini aku merasa cukup hampir denganMu.
Engkaulah cahaya jika aku dalam kegelapan kerana engkau sentiasa memberikan petunjukMu. Hanya kerana aku manusia yang dhaif ini sering alpa, maka seringkali aku kehilangan arah walaupun petunjukMu melintas di hadapanku. Ketika hatiku penuh dengan pelbagai soalan, kau sentiasa menjawab setiap pertanyaan dan kemusykilan hatiku dengan wajahMu yang berseri-seri.
Ya Allah, Engkau terlalu baik kepadaku, dan ucap syukurku terlalu remeh untuk segala kebaikan yang telah Engkau berikan. Ampunkan aku dan segala kealpaanku selama ini Ya Allah. Ampunkan aku dan segala kealpaanku selama ini Ya Allah. Ampunkan aku dan segala kealpaanku selama ini Ya Allah. Allah Hu Ya Allah.”
*20/9/2008
Kembara Hati.
Salam.
32 comments:
Ya Allah sesungguhnya Engkau terlau baik kepadaku....SubhanalLah
aku selalu lupaaa.... tapi Kau tak pernah lupaaaa.... Ya Allah, sesungguhnya Engkau terlalu baik padaku.. terlalu baik...
amiiinn...
salam
(",)moga diberi rahmat buat kita semua.moga perjalan hidup kita akan beroleh keberkatan.moga hidup kita beroleh kemenangan..
Menuju puncak yg diredha Nya.
Maha suci engkau ya Allah...
kurniakan rahmat buat kami semua,
terimalah amal kami ya Allah..
& jangan biarkan kami alpa untuk terus sujud pada mu...
ameen.
bagiku nikmatNya yang paling besar di dunia ini adalah Ramadhan, sebab tu dirasakan setiap Ramadhan berlalu dengan amat pantas tanpa sempat kita alukan kedatangannya dan tak terkejar pemergiannya. moga segala amalan kita diterimaNya. amin...
cik bunga rampai, sangat puitis bahasa digunakan sehingga aku terpaksa merenung tajam untuk memahami. gembira berkenalan dengan penulis sepertimu.moga bertemu di suatu masa.di hari perkahwinanku barangkali.hehe
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.
10 mlm terakhir, bp, sila dtg amik awards dan tag ya
doa yang baik
amin :-)
OSH, Allahuakbar!
Theconfused, semoga Ramadhan menginsafkan.
Pa'chik, Ya Rabbulalamin.
Puteri C, salam kembali. Amiin.
Bro Zizie, Ya Rabbulalamin.
Suka Bebel, saya sekadar menulis di blog, meluah rasa seadanya - atas izinNya. Merenung sesebuah tulisan insyallah dapat mendekatkan hati kepadaNya. Ya, moga dapat bertemu satu hari nanti.
Julietchan, Dia Maha Penyayang, setiap Ramadhan punya makna besar untuk hamba-hambaNya.
Mak Su, terima kasih atas ingatan.
Azer, Alhamdulillah.
aduhai,indah :)
Ameen.
Ramadhan kali ini kita berjumpa. Ramadhan tahun depan belum tentu lagi.
Bila baca entri BR yang sebegini, teringat pada DSAI waktu jadi menteri kewangan dulu.
Bila sampai waktu bentang belanjawan, DBP dah siap sedia kamus dan pen. Sebab mesti terkeluar perkataan baru.
Entri BR pun macam tu juga, jenuh selak kamus.
Tapi saya suka! Membuatkan saya berfikir.
Saya seperti tenggelam dalam alun rima bahasa Rampai, ohh..
Butaseni, yang indah itu dariNYA jua.
Blackpurple, kata-kata BP itu menginsafkan. Satu peringatan. Terima kasih.
Bro PK, alamak, minta maaf!
Sejujurnya saya tidak bermaksud untuk menyusahkan. Kata-kata itu mengalir dari rasa jiwa ketika menghayati suasana, atas izinNya jua. Wallahu'alam.
Alhamdulillah, fikir itu cahaya ilmu.
Bang Lope, tenggelam itu rasa jiwa; alun rima bahasa itu juga rasa jiwa. Subhanallah, Dia yang mengizinkan rasa itu - tidak Dia mengizinkan sesuatu dengan sia-sia. Wallahu'alam.
..kembali menikmati keharuman..
Rampai,
Ku di sini. Apa nak kata ya, hilang idea pula...AH,,peria katak saya tak boleh teruskan kerana asthma menjadi bila memakannya.
Betul kata Peter D'A, bitter melon tidak sesuai dengan darah O.
Sekarang saya ambil Alpha Lipid, bertenaga untuk malam2 Ramadan.
salam... amin... semoga allah memberkati kita semua...
kandil Ramadhan... harap cahayanya kekal walaupun Ramadhan berlalu.. Amin.
Ada member saya cakap malam tadi malam lailatul qadar?!!
Selamat Hari Raya Bungarampai..
Jaketbiru, harum Ramadhan :)
Kak Has, oh, perkembangan baru ni - dan saya juga darah O!Saya doakan moga Kak Has sihat walafiat sampai ke penghujung Ramadhan.
Faridmw, salam kembali. Ya, semoga - Amiin.
Tegezoot, harapan saya dan harapan kita semua pastinya. Amin.
NBB, semalam memang rasa lain sikit. Tenang dan nyaman. Awal pagi ini pun saya perhatikan pokok-pokok semuanya diam tidak bergerak seakan bertafakur. Kucing saya juga tidak bising-bising minta makan (err, perasaan saya saja kut rasa macam tu). Wallahu'alam.
Selamat Hari Raya juga buat NBB :)
Selamat hari raya Cik Rampaisari. Maaf zahir dan batin.
Sedap lagu ni :)
salam,
saya datang nak meminta ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan kata dan segalanya semada secara sengaja atau tidak sengaja dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
selamat hari raya adidil fitri.
maaf zahir dan batin.
pandu cermat jiwa selamat.
moga ramadhan kali ini lebih baik dr yg sudah2..
selamat hari raya dan maaf zahir batin untuk bunga rampai...semoga ceria dan indah di hari raya..
Bunga rampai harum mewangi,
izinkan saya mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dan ampun maaf sekiranya ada terkasar dan tersalah bicara. Semuga ramadhan dan adilfitri kali lebih lebih bermakna lagi buat mu.
Salam
AM
semoga kealpaan tidak menjurus ke arah kehanyutan...
Zalisa Maz,Selamat Hari Raya juga buatmu, maaf zahir batin.
Lagu itu penyejuk hati :)
Azer, salam kembali. Sama-sama kita bermaafan, dan semoga silatulrahim diberkati.
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
Jaga diri.
Chinta, Amiin. Selamat Hari Raya untukmu juga, maaf zahir dan batin.
Anggerik Merah, terima kasih ujaran manis itu.
Salam Aidilfitri buatmu, maaf zahir dan batin.
Al-Bima Sakti, Amiin. Semoga Dia melindungi kita semua dari terus alpa.
Selamat hari raya BR...
Maaf zahir batin...
dgn ucapan: kalau ada kuih lebih lebih tu, sudi sudi kan lah kirim kat kita yea...hehhe
Salam :D
Salam Tuan Rumah..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Semoga ceria2 selalu dan diberkati Allah..
Banyakkan menziarahi diaidilfitri...oleh itu dtglah ziarah ke blog sy ya:)
salam aidilfitri kak BR.. maaf zahir batin.. :)
13may, Salam kembali. Selamat Hari Raya juga untuk 13may, maaf zahir dan batin.
Kuih lebih-lebih tu namanya 'serdak kuih' - kalau nak saya boleh kirim :P
Ibnurashidi, Salam kembali. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya dah ziarah blog saudara (tapi tak da kuih raya pun :P). Nanti saya ziarah lagi, insyallah.
Achik,salam aidilfitri juga buat Achik, mohon maaf zahir dan batin :)
Assalamu'alaikum Bunga Rampai. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Bagaimana sambutan raya kat sana?
Post a Comment