Kalau cinta putus di tengah jalan, apa yang akan kau lakukan?
Sambung kembali cinta itu di tepi jalan.
.
.
.
Sungai itu umpama perjalanan hidup kita.
Ya, kita bersampan belayar di air yang bertebing.
Payah ke hulu melawan arus.
Begitu juga kehidupan, mudik ke asal banyak rintangannya.
*Rembang di pinggir kali,
Bentong, Pahang.
Salam.
22 comments:
Apa kisahnya
berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke mudian,
kalau dah bersakit-sakit dari dulu,
susah le nak senang hari kemudian...
kalau bersenang-senang dahulu,
barulah bersernang-senang juga kemudian...
hehehehe...
Kalau cinta putus di tengah jalan, apa yang akan kau lakukan?
Sambung kembali cinta itu di tepi jalan
tgk laa jugak.. kalo dh rasa tak best, tekan signal, ambik simpang lain.... heheh.. tp, berhati-hati.. sila patuhi lampu isyarat
Mungkin kembali ke pangkal jalan dan mulakan semula di jalan lain. Tapi bkn senang nak lupakan jalan yg pernah di lalui.
baik2 mudik ke asal.. hehe..
jada diri kak.. :)
turuti saja jalan iteww :)
kalau cinta putus tengah jalan, hendakku teruskan takut duit tak cukup nak bayar tol, kalau nak sambung, masih ada yang sudi hendak menyambung cinta denganku, kalau hendak patah balik, highway kan tak ada lorong u-turn.. macam mana ya?
putus tengah sambung tepi,
kalau putus kat tepi plak?hehee
kalau putus cinta?
tanak bercinta lagi
biar sendiri
senang!
cinta=duit
bai!
emm cinta putus senang je cari lain
xsusah
Sambung cinta di tepi jalan?
Hmmm... bagaimana caranya?
saya pernah putus tali...
tali pertunangan...
tajuk yang menarik. pinjam ek...
dalam sungguh entry bunga rampai kali ini, perjalanan hidup mungkin jauh dan mungkin dekat shj lagik, biarlah arus deras atau air tenang, tapi kita masih berlayar kerana mencari keredhaanNYA..
thnks..;)
BR,
Menghalusi cinta putus di tengah jalan, kita perlu tengok pula bagaimana permulaan dan perjalanan cinta itu.
Adakah mereka berlari mendapatkan cinta? Atau cinta itu datang sepantas kilat? Atau cinta itu ditagih dan hadirnya bak siput babi menyeberangi lebuhraya 6 lorong di tengah rembang.
Apa yang akan kau lakukan? Bergantung kepada semua situasi di atas atau lain-lain situasi yang tak disebut.
Sungai pula biasanya bengkang bengkok. Perjalanan hidup kita juga begitu, bengkang dan bengkok.
Kalau kita mudik ke hilir di sungai, jarang-jarang kita perasan bengkang bengkoknya. Kalau kita naik kapal terbang baru nampak.
Tapi jangan lupa, adakalanya akibat bengkang bengkok, tasik ladam boleh terjadi. Bimbangnya kita tersekat di tasik ladam itu.
Psss.... saya suka analogi. Orang lebih nampak dengan jelas jika perbandingan itu dekat dengan mereka.
Putus cinta di tengah jalan baliklah kepankal jalan. Mulakan sekali lagi ;)
ada aktiviti bot ke kat bentong?
Shimi, kisah tentang kerencaman hidup manusia.
Al-Bima Sakti, sakit atau senang, kedua-duanya ujian Tuhan.
Theconfused, kalau dalam kecemasan, ingkari saja lampu isyarat buatan manusia tu.
Julietchun, kenang jalan yang pernah dilalui itu, jadikan panduan untuk melalui jalan lain.
Achik, ya, mudik ke asal memerlukan kekuatan minda.
MakSu, jalanNYA.
Purpleheart, setiap perjalanan ada permulaan dan penghujungnya. Walau tanpa cinta, teruskan perjalanan dengan sabar, insyallah ada cinta yang lebih baik menanti di hujung jalan.
Suka Bebel, fikirlah sendiri dengan menggunakan akal.
Rajuna, manusia masing-masing punya tanggapan tentang cinta, dan ini banyak bergantung kepada matlamat hidup yang didukungnya. Salam kenal :)
Teddi, bunga bukan sekuntum. Salam kenal :)
Tuan Tanah, berfikir bagaimana untuk tidak membenci walau tidak lagi bercinta.
Muhammad Azli Shukri, anggaplah itu satu ujianNya yang penuh hikmah.
King, pinjamlah, tapi jangan lupa pulangkan.
Chinta, mudah-mudahan pelayaran kita semua berkemudikan petunjukNya. Amin.
Bro PK, baca, renung, fikir. Kata-kata yang berjiwa, mampu membawa cinta kembali mudik ke Asal!
Zalisa Maz, setuju, kerana cinta itu indah.
Cikdinz, aktiviti meneroka hutan, menghayati flora dan fauna. Di tepi sungai tu untuk berehat.
kamu patut mengadakan kenduri kesyukuran kerana kamu dijemput menjadi follower saya...lalalala
kalau putus cinta kat tengah jalan... elok la kita berenti kat tepi jalan dulu.. takut kang kena langgar lori... naya.. :P
...cinta itu agung...
... tapi tiada kemaafan dalam cinta..
naper ek?
The Spiral Eyes, Terima kasih pelawaan itu. Saya nak buat kenduri Raya Haji. Salam kenal :)
Pa'chik,betul tu Pa'chik, kalau kena langgar - cinta pun terkubur!
Jaketbiru, kerana manusia enggan memaafkan dan memohon maaf.
Post a Comment