Sunday, 4 January 2009

Harapan dan Doa

Aduhai. Kadang tidak terdaya sebenarnya membebani musibah yang melanda diri. Ada waktu-waktunya badan yang lemah ini umpama keruing pipih gugur dari pokoknya lalu melayang-layanglah ia bersimpang-siur dibawa angin kemudian jatuh entah di tanah mana. Ada waktu-waktunya pula, menghitung harap petahnya tidak di lubuk kalbu tapi tergagap-gagap di tepi bibir menjadikan diri seolah-olah manusia yang sangat berputus harap. Oh, tidak! Usah sekali-kali berputus asa wahai diri!

Berputus asa bermakna dirimu sudah hilang keyakinan kepada kemampuan Tuhan untuk memberikan rahmatNya kepadamu. Dengan berputus asa kau seolah-olah sudah tidak yakin bahawa Tuhan akan membantu dan memperkenankan doamu. Peningkatan iman datang dengan ujian dari Tuhan dan apabila lulus ujian, iman akan meningkat tetapi pasti akan diikuti dengan ujian yang lebih besar lagi. Bukankah dalam doa kau sentiasa meminta untuk ditingkatkan iman? Masakan kau tergamak memarahi Tuhan apabila ujian diturunkan kepadamu? Ingatlah kepada kata-kata Imam Ghazali, bahawa maqam redha adalah maqam iman tertinggi yang mampu dicapai oleh manusia biasa, tetapi untuk mencapai maqam itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap detik manusia akan berdepan dengan hal-hal yang menggugat kesabaran diri dan ketabahan hati. Berusahalah selagi bernafas, usah berputus asa kerana berputus asa adalah sesuatu yang sangat dibenci Allah. Laluilah musibah itu dengan redha.

Iya, apalah sangat kesakitan ini berbanding kasih Tuhan yang melimpah ruah dan sentiasa melihat hamba-hambaNya yang sabar dan sujud kepadanNya dalam senang dan susah. Mudah-mudahan Dia mendengar dan menjawab jua doa yang dimohon - “Ya Rabb, aku redha dengan ujian ini dan jadikanlah keredhaanku akan penyakit ini sebagai pembakar dosa-dosaku yang lalu. Amiin.”


Salam Hijriah 1430 dan Masehi 2009.

16 comments:

SHIMI said...

redha adalah kata kuncinya. Perlu aad dalam susah senag kehidupan. Moga harapan dan doa mu tercapai.. amin

zizie ali said...

moga cepat sembuh.

akirasuri said...

Moga dalam lindungan Tuhan.. Amin.. :)

Jaga diri baek-baek.. :)

Suka Bebel said...

sakit apakah cik bunga rampai? moga cepat sembuh.

selamat tahun baru!

Pa'chik said...

kita... redha ni susah sikit...
kalau redah... laju je... :P

Ku Keng said...

Kasih Illahi pada yang meridhai;
Ujian Illahi yang menarik sedikit dari nikmat yang sentiasa dikecapi.
Penyakit membakar dosa.
Semoga dalam kesembuhan.

Azer Mantessa said...

Selamat Tahun Baru

naz ilyn said...

Salam...

penderitaan dan kesulitan juga segala dugaan juga ujian adalah bersifat sementara daripada menanggung penderitaan yang lebih hebat dan hina di akhirat kelak.

Mak Su said...

whoaaa, sangat susah untuk capai ke maqam redha, kita ok yang A, kita tak suka yang B, tapi kita kena redha dari A to Z.

take care bunga rampai

:)

- G O R O - said...

Salam.

Kita yang mengemis kasih Ilahi.

chinta said...

semoga cepat sembuh dan jgn putus berharap..:)

Unknown said...

redha dan tawakal...

:) senyum selalu... jaga diri

CAHAYA said...

usaha. berdoa. tawakal dan redha. setiap apa saja di dunia ni melalui proses. bila kurang satu, kuranglah jadinya, kuranglah rasa.

harap kita semua tidak kurang apa² dengan limpahNya. DIA maha Memberi. :)

Nong said...

Salam,

Semoga 2009 tahun yang menceriakan.

Take care...

Ordinary Superhero said...

Salam, semoga sentiasa kesihatan yang baik. InshaAllah.

Bunga Rampai said...

Salam semua,

Terima kasih ucapan dan doa yang dihulur. Semoga Allah memberkati kalian.