Kiranya tadi mahu mengira bintang kala ke masjid untuk berterawih namun hujan pula yang turun. Mula-mula boleh dihitung titisnya. Setitis setitis jatuh di atas atap genting lalu menjadi halwa telinga yang melunakkan rasa hati.
Tiba-tiba mendengus datangnya hujan. Lebatnya! Bergelandanganlah irama jiwa dan berantakan jua hati dengan fikir – pergi atau tidak, tidak atau pergi?.
"Hujan petanda kasihNya untuk manusia."
Aaah, redah aje dong!!!
Sesampai di masjid hujan pun pergi.
Suara Imam menggantikan suara hujan. Mendayu-dayu dan yakin sekali suaranya pada malam-malam terakhir Ramadhan ini. Merayu dan memohon keampunan dari Rabb Yang Satu. Kusyu'. Amat menusuk nubari. Pedih hati ini menyambut keluhannya. Aduhai, rebah sujud jua jiwa yang mendengar Qunutnya. Sebaknya dada … dan akhirnya berderai jua si air mata.

Salam.