Entah, tiba-tiba saya terkenangkan mama walhal baru saja bersamanya. Mengenang mama kala ini membawa rindu ke zaman kanak-kanak ketika meraikan hari lahir, tapi kami sebenarnya tidak pernah pun meraikan hari lahir, dan kami adik beradik tidak tahu pun bila tarikh kelahiran kami ketika itu. Mama mengingatkan. Sekiranya suatu pagi itu kami bangun dari tidur dan mendapati ada bungkusan hadiah di sebelah bantal, ini menandakan hari lahir seseorang. Hadiah paling besar adalah kepunyaan empunya hari lahir pada hari itu...dan sudah jadi kebiasaan, hingga kini hari lahir dirai hanya dengan merenung bintang dan merenda kasih bersamaNya.
Dalam mengenang-ngenang ini, alahai, terkenang pula BP dan
tagnya. Pasti, kisah dia menge
tag saya akan menjadi satu kenangan manis :)
5 things I would like to do if I were a millionaire:1. Menunaikan fardhu haji bersama keluarga.
2. Menubuhkan Yayasan BR untuk membantu keluarga miskin, membela insan tertindas dan teraniaya, juga kelompok terpinggir.
3. Melabur untuk menjadi billionaire.
4. Membaikpulih alam sekitar yang tercemar.
5. Mengembara lagi dengan misi yang lebih bermakna.
5 bad habits:1. Tidur lewat malam.
2. Memakai kemeja
baggy, kadang lusuh.
3. Makan melebihi had: aiskrim dan coklat.
4. Lewat bersarapan.
5. Mudah ketawa: kelakar sikit pun boleh ketawa memanjang.
5 things I hate doing:1. Memandu ketika hujan.
2. Beratur panjang menunggu giliran.
3. Gosok baju.
4. Jumpa doktor.
5.
Window shopping.5 things I will never do:1. Melukai hati warga tua.
2. Menganiaya kanak-kanak.
3. Memandang rendah terhadap orang lain.
4. Membuang sampah merata-rata.
5. Makan dan minum sambil berjalan.
5 things I regret doing:Tidak perlu menyesal. Berfikir sebelum bertindak. Andai tercicir dari sasaran, akur pada kelemahan diri. Percaya ruang masih luas untuk meletak diri di tempat lebih baik.
5 fave toys or things:Saya suka yang berpasang-pasangan :)
1. Al-Quran dan Hadith.
2. Haruman lavender dan bunga rampai.
3. Bunga anggerik dan teratai.
4. Aiskrim dan coklat.
5. Kamera dan pen.
5 people I choose to do this:1.
Indera Kencana yang suka bercerita tentang cerita rakyat.
2. Raja yang suka berpuisi rindu,
Kingbinjai.3.
Syikin, kerana dia wanita handal :)
4. Seorang ibu nan manis,
Yus.5. Bro
Keng, alamak, boleh ke?
Istimewa untuk BP ...
5 reasons why I chose to answer your tag:1. Kerana anda bukan hip-hop.
2. Kerana mahu anda gembira.
3. Kerana kasih sayang atas nama Illahi.
4. Kerana mengukuhkan jalinan ukhuwah walau hanya maya.
5. Kerana anda amat mengasihi seorang gadis.
Ini
Anggerik Bulan hadiah maya untuk BP dan Sastri.
Lagu ini biasa-biasa saja tapi saya suka iramanya. Aneh, pertama mendengar lagu ini saya terkenangkan anda berdua.
Moga kasih kalian mengharum hingga ke pelamin, dan harumnya terus mewangi hingga ke hembusan nafas terakhir, bermukim di syurga.
Salam.