Kepada kalian teman blogger:
Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon ampun maaf zahir dan batin. Semoga sinar Aidilfitri mengukuh ukhwah, menghubung silatulrahim, mengekal persaudaraan.
~~~~~~~~~~~~~~
Kala bahtera Ramadhan mula menggulung layar melabuh sauhnya, ada kembara malam yang masih didayung, ada samudera rasa yang masih berombak ghairah, dan di langit sana ada sebutir bintang tersenyum, merenung nur mutiara diulit sekeping hati, lalu bayu pun berlagu, gemersik nada ...
Tuhan
ingin kumati
berkapankan
cindai
Salam.
~~~~~~~~~~~~~~
Ahad, 22 Oktober 2006:
Pastinya kala ini di mana-mana jua terutama di kampung, ahli keluarga sedang sibuk mengindahkan rumah, dan di dapur sana sudah tersusun segala jenis biskut dalam balang, berlonggok segala daging, tersedia rempah ratus, juga lemang dan ketupat untuk persediaan juadah Hari Raya. Keriuhan di kampung menggamit rasa, dan rindunya saya pada suasana itu...*alahai*
Aduhai, saya masih di sini bertemankan pc yang kaku ini ...
3.33 petang
~~~~~~~~~~~~~~
Isnin, 23 Oktober 2006
(30 Ramadhan 1427H):
Masih di sini, jari-jemari menari-nari di atas aksara...
Di penghujung tanggungjawab yang telah dibereskan, ada rindu menyapa, mohon lekas pulang.
Sayup-sayup kedengaran suara Takbir Hari Raya berkumandang dari masjid berdekatan, memecah sunyi malam ... selamat tinggal Ramadhan.
Esok 1 Syawal, seawal 10 pagi insyaAllah 'kan berada di pangkuan keluarga. Berkebarung merah jambu.
11.55 malam
Ya, salam aidilfitri.
19 comments:
Selamat Hari Raya BR... Sas mohon maaf jika ada terkasar bahasa, gurauan melampau mahupun posting2 yg menyinggung perasaan... Semoga BR bahagia di hari raya bersama mereka yg tersayang...
Salam Aidilfitri BungaRampai...
Maaf Zahir Batin...
Selamat tinggal keindahan Ramadhan.
Selamat datang Syawal kesyukuran ....
Aku bersyukur kepadamu Tuhan
Atas rahmat dan jua keberkatan...
Salam Eidul Fitr'. Minal aidil wal faizin..
Maaf zahir dan batin..... :)
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
selamat hari raya, maaf zahir dan batin
Salam Aidilfitri buat BR dan keluarga.
Moga raya tahun ni antara yg paling bermakna.
Minta maaf kalau ada tersalah kata dan bahasa.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin dari kami sekeluarga di perantauan.
selamat hari raya, maaf zahir dan batin, semoga hari raya kita tingkatkan cinta kita pada mereka yang kita cintaai juga yang paling umat kepada maha pencipta juga mereka yang dicintai maha pencipta
Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.
Selamat Hari Raya.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Salam,
Sastri,
Selamat Hari Raya Sas, saya juga mohon maaf zahir batin atas segala kekasaran bahasa yang mungking menyinggung. Moga Sas juga ceria-ceria dan bahagia pada Hari Raya bersama keluarga dan rakan taulan.
13may,
Selamat Hari Raya juga untuk 13may, maaf zahir batin ...
Blackpurple,
Ya, moga selamat semuanya...
Syukur pada rahmat dah nikmatNya.
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
Indera Kencana,
Sama-sama beraya, sama-sama bermaafan, zahir dan batin.
KingBinjai,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.
Yus,
Salam Aidilfitri kembali untuk Yus sekeluarga di perantauan.
Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini amat bermakna buat saya. Pastinya hari lebaran menggembirakan bersama keluarga.
Saya juga minta maaf Yus, zahir dan batin.
Sang Pencinta,
Pada Hari Raya juga janganlah kita lupa untuk menanam cinta atau membaja cinta dalam diri mereka yang cintanya kepadaNya belum lagi disemai atau tidak dibaja.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Kemat,
Untukmu juga, Selamat Hari Raya...maaf zahir batin.
Ufukhati,
Terima kasih atas kunjungan Pak Darma. Selamat Hari Raya.
Hakim Dirani,
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Terima kasih mengunjungi teratak ini.
Salam,
Maaf zahir batin juga ya BR.tak pandai saya nak berpuitis cam BR menyusun bait kata yg indah semanis halwa dijamah.
Masa ni harapnya BR dah sampai ke kg halaman.
saya ni dah balik rmh mil, tp balik semula ke rmh, esok balik sana semula. baru hari ni kami bershopping utk pakaian raya :D
salam eid ul fitr.
mohon maaf zahir batin, fizikal & mental atas segala khilaf.
Dik Rampai,
Selamat lebaran dan berpuasa Syawal.
Jangan main mercun. Bahaya.
Salam,
Syikin,
Salam kembali.
Sama-sama kita bermaafan. Yang puitis itu meredup rasa saya, begitulah.
Masih di sini Syikin, esok pagi baru pulang kampung.
Eh, ulang-alik ok ke tu?
Lambat shopping bagus...boleh dapat 50% diskaun tu :)
Selamat Hari Raya :)
Tuan Tanah,
Terima kasih atas kunjungan.
Ya, salam aidilfitri buatmu, jua mohon maaf zahir batin di atas sebarang kesalahan, terkasar bahasa.
Bro Keng,
Mercun? :)) Kelakarnya Bro Keng. Sekarang tak main dah. Dulu-dulu yelah, baling mercun dari atas pokok pun ada :))
Tak akan lupa puasa Syawal.
Ya, selamat lebaran jua.
salam bungaku
maaf lambat comment, selamat hari raya. biasa le raya@kampung, cuma kampungku berbeza, raya macam lepas era 'saddam'..
pencinta,
Salam kembali Sang Pencinta.
Ya, saya cuba membayangkan raya yang macam lepas era 'saddam' :)
Selamat Hari Raya, maaf jua atas segala kesilapan dan kekasaran dalam berbahasa.
Cik Rampai, masih berkebarunng merah jambu lagi kah?
OSH,
Dah tukar uniform, kemeja lusuh seluar koboi ;)
Kebarung merah jambu simpan untuk Raya Haji pula :)
Salam.
Post a Comment