Entah, tiba-tiba saya terkenangkan mama walhal baru saja bersamanya. Mengenang mama kala ini membawa rindu ke zaman kanak-kanak ketika meraikan hari lahir, tapi kami sebenarnya tidak pernah pun meraikan hari lahir, dan kami adik beradik tidak tahu pun bila tarikh kelahiran kami ketika itu. Mama mengingatkan. Sekiranya suatu pagi itu kami bangun dari tidur dan mendapati ada bungkusan hadiah di sebelah bantal, ini menandakan hari lahir seseorang. Hadiah paling besar adalah kepunyaan empunya hari lahir pada hari itu...dan sudah jadi kebiasaan, hingga kini hari lahir dirai hanya dengan merenung bintang dan merenda kasih bersamaNya.
Dalam mengenang-ngenang ini, alahai, terkenang pula BP dan tagnya. Pasti, kisah dia mengetag saya akan menjadi satu kenangan manis :)
5 things I would like to do if I were a millionaire:
1. Menunaikan fardhu haji bersama keluarga.
2. Menubuhkan Yayasan BR untuk membantu keluarga miskin, membela insan tertindas dan teraniaya, juga kelompok terpinggir.
3. Melabur untuk menjadi billionaire.
4. Membaikpulih alam sekitar yang tercemar.
5. Mengembara lagi dengan misi yang lebih bermakna.
5 bad habits:
1. Tidur lewat malam.
2. Memakai kemeja baggy, kadang lusuh.
3. Makan melebihi had: aiskrim dan coklat.
4. Lewat bersarapan.
5. Mudah ketawa: kelakar sikit pun boleh ketawa memanjang.
5 things I hate doing:
1. Memandu ketika hujan.
2. Beratur panjang menunggu giliran.
3. Gosok baju.
4. Jumpa doktor.
5. Window shopping.
5 things I will never do:
1. Melukai hati warga tua.
2. Menganiaya kanak-kanak.
3. Memandang rendah terhadap orang lain.
4. Membuang sampah merata-rata.
5. Makan dan minum sambil berjalan.
5 things I regret doing:
Tidak perlu menyesal. Berfikir sebelum bertindak. Andai tercicir dari sasaran, akur pada kelemahan diri. Percaya ruang masih luas untuk meletak diri di tempat lebih baik.
5 fave toys or things:
Saya suka yang berpasang-pasangan :)
1. Al-Quran dan Hadith.
2. Haruman lavender dan bunga rampai.
3. Bunga anggerik dan teratai.
4. Aiskrim dan coklat.
5. Kamera dan pen.
5 people I choose to do this:
1. Indera Kencana yang suka bercerita tentang cerita rakyat.
2. Raja yang suka berpuisi rindu, Kingbinjai.
3. Syikin, kerana dia wanita handal :)
4. Seorang ibu nan manis, Yus.
5. Bro Keng, alamak, boleh ke?
Istimewa untuk BP ...
5 reasons why I chose to answer your tag:
1. Kerana anda bukan hip-hop.
2. Kerana mahu anda gembira.
3. Kerana kasih sayang atas nama Illahi.
4. Kerana mengukuhkan jalinan ukhuwah walau hanya maya.
5. Kerana anda amat mengasihi seorang gadis.
Ini Anggerik Bulan hadiah maya untuk BP dan Sastri.
Lagu ini biasa-biasa saja tapi saya suka iramanya. Aneh, pertama mendengar lagu ini saya terkenangkan anda berdua.
Moga kasih kalian mengharum hingga ke pelamin, dan harumnya terus mewangi hingga ke hembusan nafas terakhir, bermukim di syurga.
Salam.
22 comments:
Salam pemilik bunga rampai..gaya bahasa yang simple tp menarik.
sorry, i cannot answer this tag, because its againts my wisdom. :P
Bila anda Sentuh ja tentang Ibu, saya lansung teringatkan ibu saya. kenangan-kenangan yang tak bisa saya lupa.
salam sang bunga..
kalau ada tambahan ingin juga mengetahui mereka yang telah sang bunga cintai, mereka yang sedang dicintai dan mereka yang ingin sang bunga mencari cintanya...
sang pencinta: sedang ingin bercinta
kalau rasa aiskrim ngan cokelat tuh terlebih ... sound ek :-)
salam BR,
Tahniah kerana berjaya menjawab tag ini:)
Terlepas dari satu tekanan:)...hahahahaha...
Salam,
Iman Mawaddah: Salam kembali, salam kenal di alam maya. Terima kasih sudi membaca :)
Kingbinjai:No problem, it's fine with me. I truly respect your decision.
Hakim Dirani:Usah sekali-kali kita melukai hati ibu.
Sang Pencinta:Salam kembali.
Saya telah, sedang, dan ingin terus bercinta dengan diri saya. Atas izin cintaNya jua. Mencintai diri sendiri bermakna saya mengenal diri saya, insyaAllah. Ini membolehkan saya melunaskan tanggungjawab saya mencintaiinsan lain yang memerlukan cinta saya, juga tanggungjawab cinta saya sebagai hamba kepada Dia.
Tapi akur, saya juga manusia biasa yang ada kalanya kemarau mata hati.
Azer Mantessa: okey! :)
13may:Salam kembali. Terima kasih, dan anda sering menceriakan saya :D
Salam untuk Bunga Rampai,
Bunga Rampai suka membaca kisah rakyat saya? Saya amat terharu. Cuma sedikit bimbang jika ada pihak berkata saya anti kemajuan. Di kala orang sibuk memperkatakan tentang teknologi, saya pula memulas mesin masa kembali ke alam silam.
Jika Bunga Rampai suka, akan saya kumpul untuk tatapan pembaca seperti Bunga Rampai.
Setidak-tidaknya harum persahabatan dan galakan Bunga Rampai akan menyemarakan sedikit kelainan dalam blog saya. Terima kasih.
Saya tak tahu samada untuk merasa terharu , mengucapkan tahniah atau terima kasih kerana BR sudi menjawap tag yang bersifat bukan obligasi itu...
Wah....BR tidak suka 'membeli belah tingkap', jarang sifat itu dililiki oleh seorang wanita... hehehe
Dan lagu Sofia Latjuba itu sungguh klasik. Kenyataannya Sas itu memang seorang penggemar Sofia Latjuba dan juga bunga anggerik....!!!
salam,
masa saya bukak email saya utk approve comment blogger, bulat mata saya memandang awak menTAG saya!!!
kelam kabut saya masuk blog awak ni..pas tu pulak awak kata saya WANITA HANDAL!!!Astaghfirullah (3x)..segannya saya..saya ni seorang ibu yang biasa lagi malas ni huhuhu..aduii..kalau suami saya baca awak kata saya wanita handal..mesti dia sengih2 kerang..adeiiii..
nantilah, saya jawab tag awak tu..awak akan tau saya ni bukan seorang yg handal!!!! tunggu...
apapun tq sudi menTAG saya :D..
Salam,
InderaKencana: Salam kembali untukmu.
Ya, saya suka membacanya, gemar membca cerita-cerita dongeng. Mengingatkan saya pada mama, masa kecik-kecik dulu berada di sisi bercerita untuk menidurkan kami. Kenangan lagi.
Satu idea bagus. Kumpul dan bukukan. Cerita rakyat bukan saja menghibur malah banyak unsut pengajaran.
Sama-sama kasih :)
Blackpurple: Pendamkan saja perasaan itu :)
Kalau jutawan, tingkap-tingkap tu saya beli sekali, pasang kat rumah...hehehe
Gembira BP menyukainya.
Oooh, tak sangka kegemaran yang sama. Sampaikan salam saya untuk Sas :)
Salam Dik Rampai,
alamak, kena tag pulak dah. Kalu jawap mungkin fail!!
Syikin: Salam kembali.
Hahaha...ooops, gelak baca komen Syikin.
Ha, kan saya dah kata Syikin ni wanita handal! Cepat saja sampai kat teratak saya ni. Phew!
Terima kasih sudi menjawab. Saya tunggu...
...dan saya terus gelak.
Bro Keng: Salam kembali Bro Keng.
Hehehe...lagi seorang buat saya gelak memanjang. Fail pun tak apa, tak ada sijil :D
Saya buka saja komen blog pagi ni, terkedu saya baca, awak menTAG saya....aduss!!Terus keteratak BR ni utk kepastian. Pulak tu, kata saya seorang ibu yg manis...hahahaha....tersenyum saya.Wajib jawab skrg ker?? Kalau saya jawab selepas bersalin boleh tak?? Hehe....
InsyaAllah akan di jawab nanti...tak pasti lagi sebelum atau selepas bersalin yer...
waaaa.... terima kasih atas lagu tu... tu duet Sophia Latjuba dgn Indra Lesmana ke? Sas ske tgk Sophia Latjuba ni, lawa orangnya... Dan kebetulan, orkid @ anggerik adalah bunga fave Sas... :)
salam2x!
suatu masa dulu. setiap tahun bila hari lahir saya, semua bercuti. kebetulan sama dengan hari pertabalan yang dipertuan agong. sekarang, tak ada lagi cuti hari pertabalan. diganti dengan hari keputeraan.
salam,
Bunga Rampai..jawapan tag anda telah saya beri :D. bacalah entri terbaru saya. nanti awak tau saya bukan handal orangnya :D
Salam,
Yus:Menyelusuri blog Yus dan menatap gambar, sungguh Yus seorang yang manis serba-serbi. Terima kasih jua kerana akan menjawab. Bila-bila pun boleh :)
Sastri:Berduet dengan Chrisye. Ya, satu kebetulan yang sangat menarik, seindah anggerik :)
Sunan Jati: Salam kembali, salam kembali :)
Bro Zizie:Nanti saya cari tarikh itu, dan tahun depan saya akan hantar e-kad hari lahir untuk
Bro Zizie :)
Syikin: :)Terima kasih. Memang handal, cepat je jawab :)
dalam banyak-banyak beribu-ribu huruf dan sebanyak-banyak perkataan tulisanmu, aku hanya sempat menangkap yang ini:
" 2. Menubuhkan Yayasan BR untuk membantu keluarga miskin, membela insan tertindas dan teraniaya, juga kelompok terpinggir."
dan dikau sudahpun 'jutawan', dan apakah telah dikau tunaikan akan janjimu itu,
salam hormat,
Namoyaki, berjanji keranaNya adalah amanah, maka itu wajib ditunaikan mengikut kemampuan diri. Salam kembali.
Post a Comment