Sunday, 19 November 2006

Tiba-tiba ...

Mahu menulis sesuatu sebenarnya.

Tiba-tiba seekor rama-rama kecil terbang simpang siur betul-betul di hadapan saya lalu hinggap betul-betul di tengah-tengah skrin pc.

Saya teliti warnanya, kuning jingga :)

"Halo, halo...kuci, kuci..." Ujar saya pada rama-rama itu. Barangkali suara saya tidak enak didengar, maka dia terbang entah ke mana-mana. Hilang.

Rama-rama itu mengingatkan saya kepada seseorang.

Tiba-tiba saya tidak jadi menulis!

Aaahhh...satu keluhan pedih terlontar keluar, bagai melepas sebak di dada.

Entahlah, tiba-tiba saya tidak fokus, banyak yang difikirkan.

Tiba-tiba ... aaahhh!

Bagaimana harus saya luahkan perasaan ini?

Salam.

13 comments:

hakim dirani said...

Bersabarlah!! terkadang kenangan pahit agak susah ditelan.

"ان الله مع الصابرين"

Ajzie said...

Ingat kan siapa BRampai? Rindu..atau marah? Luahkan lah perasaan itu selagi ada yg mahu mendengar...


Salam

AKMA said...

Indah sungguh bahasa Bungai Rampai.

Salam perkenalan dari AKMA.

p/s: Melompat dari blog Indera

Pegawai Khalwat said...

Rama-rama yang merenggut tali perasaan.

Pasti rama-rama itu menyesal jika ia tahu ia telah menyentuh hati kecil dikau.

Tapi siapa tahu, mungkin rindu tidak cuma dikirim dengan angin, tapi juga rama-rama.

Ku Keng said...

Salam Dik,

Rama-rama dimetamorphisedkan dari ulat bulu. Teringatkan pada yang mana satu?

Kalau diperingatkan sesuatu dan timbul pula kemarahan, maka pastilah kepada ulat bulu.

Kalau kepada keindahan maka rama-ramalah objeknya. Tapi sayang jangka umur rama-rama pendek.

Harus bertindak segera.

Azer Mantessa said...

kuci kuci = kuch kuch ho ta hai ker? :-)

13may said...

adakah peristiwa itu berkaitan ngan rama rama???
takpun mungkin di taman bunga...sebab byk rama2 kat taman bunga:D

salam..

blackpurple @ jowopinter said...

Orang tua dahulu pernah berkata, kalau rama-rama masuk ke rumah, ada tamu nak datang....

Tapi mungkin kalau bukan tamu, rindu yang datang... :)

kingbinjai said...

mula dengan bismillah

INDERA KENCANA said...

Rindu yang bertamu sesaat membuatkan perpisahan rasa berkurun lamanya. Sering rindu itu hanya dapat dipujuk sendiri.

P/s Teringat kisah Butterfly lovers.

Anonymous said...

BR,

Rama-rama terbang melayang,
Hinggap menjenguk si bunga rampai,
Jangan diburu helang di awan,
Jika tangan dihulur tak tergapai.

ibuVouge said...

salam BR
indahnya bahasa..
buat iv rasa nak abiskan baca blog BR ni

Bunga Rampai said...

Salam kalian :) Luahan rasa ...

Hakim: Moga kesabaran saya tidak goyah. Terima kasih beri perhatian.

Wilhelm~Achtzehn: Rindu berlagu pilu. Salam kembali Ajzie.

AKMA: Salam perkenalan juga dari saya :) Terima kasih sudah bertandang.

p/s baik-baik melompat, nanti terseliuh...

En. PK: Saya tersentuh dengan kata-kata puitis itu!

Saya lupa, rama-rama itu, sentuhannya lebih berseni berbanding angin, renggutannya menyesakkan nafas, meretak sekeping hati.

Bro Keng: Salam kembali Bro.

Saya teringatkan rama-rama yang kembali menjadi ulat bulu! Dia zalim kerana tidak menempatkan keindahannya pada lokasi yang betul, memamah dedaun yang disinggahinya lalu meninggalkan miang bulunya, alahai...

... dan saya hanya mampu menasihati, selebihnya saya serahkan padaNya untuk membuka hatinya, moga ulat bulu kembali menjadi rama-rama.

Azer: Kya? Nehi!. Dilwani dulhania le jayange. Namaste :)

13may: Ya, rama-rama. Salam kembali.

BP: Rindu yang datangnya senyap-senyap tapi menusuk kalbu bagai sembilu ...aaarrggh...

King: Kekuatan dalaman bermula dengan kalimah itu. Terima kasih.

Indera: Telah dipujuk tapi satu lagi peristiwa telah menghambat hati saya. Baca entri seterusnya.

p/s butterfly lovers...ya, menrik kisahnya.

Jiwa Rasa:
rama-rama terbang merapat
si bunga rampai berwaspada
bukan helang gapai tak dapat
helang terbang disambar garuda

Cewwaaaahhh! :)

IbuVouge: Malunya saya seorang ibu yang cukup vogue datang bertandang. Terima kasih sudi bertandang. Silakan menjamu selera :)