Saya menyibuk-nyibukkan diri supaya lupa pada rama-rama itu.
Ya, kacau sungguh rama-rama itu!
Maka semalam saya tunaikan hasrat hati yang sudah lama dipendam. Saya pun sibuk-sibuk menemani kawan saya itu seorang wartawan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran stesen komuter KL.
9 pagi. Kami masuk ke dalam. Dinginnyaaaaa. Senyapnyaaaaa. Semua bangku dipenuhi. Tak tahu siapa penonton, siapa yang bakal masuk kandang. Oooh, tengok muka Yang Arif tu pun saya dah kecut! Kawan saya itu, rancak menulis-nulis di dalam buku notanya, saya jenguk-jenguk, entah apa-apa yang dicakarnya.
Beginilah kisah seterusnya ...
Kes 1: Suami pertengahan 30an, isteri awal 30an. Talak satu.
Kes 2: Suami dan isteri awal 20an. Talak satu.
Kes 3: Suami lewat 40an, isteri pertengahan 40an. Selepas lafaz talak satu, Si Isteri menangis.
Kes 4: Suami pertengahan 20an memakai kemeja T, isteri awal 20an pakai blaus pendek seluar koboi ketat. Talak satu.
Aduuh, sebaknya dada saya!
Kes 5: Suami pertengahan 20an, isteri awal 20an. Talak satu.
Kes 6: Suami dan isteri awal 50an. Si Suami menangis selepas melafazkan talak satu.
Kes 7: Suami dan isteri awal 30an. Tiba-tiba Si Suami berubah fikiran tidak mahu melafazkan talak. Si Isteri mengamuk.
11 pagi. Tidak semena-mena air mata saya menitis.
Saya pulang meninggalkan kawan saya yang terus-terusan mencakar-cakar buku notanya.
Salam.
27 comments:
hai rampaisari..saya dpt dari blog IV..bahasa anda sukar saya fahami tp saya cuba kerana ada sesuatu yg membuat saya berfikir
Salam Bunga Rampai,
Cerita orang berkahwin cerai tidakkan habis selagi bumi ini berputar..
Tetapi saya suka kes yang ke 6 itu. Mungkin bukan kemahuan fikirannya untuk melepaskan talak tetapi jodoh mereka sudah tersurat sampai setakat itu sahaja. Tetapi.. bagaimana perkahwinan itu boleh bertahan berpuluh tahun (jika mereka bernikah di usia 20-an) namun di hujung usia ikatan itu terlerai pula?? Sungguh pening hidup manusia ini.
Juga kes yang ke 7 itu. Nampaknya bersungguh benar si isteri ingin diceraikan oleh suaminya.
Kasihan... Bukunota juga yang dicakar-cakar..
Haa... jadi Bukunota lagi, kan dah kena cakar..
Aku ada kenalan yang suka mendengar kes di mahkamah syariah.
Bukan atas kerja, tapi atas suka-suka atau orang panggil hobi.
Bukan semudah itu membina masjid. Bukan sahaja tiang, dinding dan bumbung, cerucuk kena pastikan teguh.
Warna dan candelier itu cuma hiasan.
ohh, sedih saya dengar cerita cerai ni. saya tak mau komen lebih2 pasall saya tak kawiin lagi.
Dik,
Salam..
tak dapat nak komen. Orang Cina bilang, there can only be one tiger in a mountain. Mungkin ke terakhir tu begitulah.
sabarlah, saya percaya jodoh anda tidak begitu
...
...
...
(speechless)
salam,
itulah dia dunia mahkamah syariah..tinggal kita sanggup atau tidak saja melihat apa yang berlaku di dalamnya..
itu belum BR tengok kes tuntutan hadhanah (penjagaan anak) lagi , itu lagi syahdu..
Cinta Rampai. Nilai cinta sudah lain. Perempuan adakalanya begitu mudah terjebak dgn kata2 cuma.
Aku masih ingat Mariam jiranku di kg, dia mahu dijodohkan dgn uztaz Mahadi tetapi dia tidak cintakan Mahadi lalu malam itu juga pesan di sampai kepada Bakar agar memanjat masuk ke biliknya Mariam, mereka di tangkap basah dan di kahwinkan pagi esoknya. Waktu itu Bakar tidak punya pekerjaan lalu dia memohon menjadi askar.
Bakar tidak punya apa tetapi lewat surat suratnya yg penuh rona puisi, Mariam akhirnya jatuh kasih.
Kini berpuluh tahun sudah berlalu, anak2 mereka sudah besar. Bakar sudah berhenti askar. Mariam sudah masak dengan perangai Bakar yang pemalas dan hanya pandai berpolitik.
Bakar juga ternyata tidak mampu berpuisi, surat2 cintanya kepada Mariam masa sebelum di tangkap basah hanya surat surat yg di tiru di dalam novel Tengelamnya Kapal Van D karya Hamka.
Mariam sering mengeluh, cinta rupanya tidak semudah itu
byk nyer kisah penceraian setiap hari rupanyer.. itu baru 1 mahkamah.. :(
Salam :)
happyirfa: Salam kenal. Berfikirlah, kocak-kocakkan minda itu. Satu aktiviti sihat :)
Indera:Salam kembali Indera. Satu pengalaman yang banyak memberi pengajaran, membuat saya merenung kembali erti kehidupan dan makna kasih sayang.
Bukunota - Indera juga perlu ada satu untuk mencakar-cakar cerita rakyat :)
Azer: :-((
En.PK: Mujurlah bukan hobi saya!
BP: Sangat setuju!
Hakim: Mantapkan ilmu.
Bro Keng: Bro, salam kembali.
Nanti saya akan fikirkan tentang ungkapan itu.
King: Kehidupan penuh dengan cabaran.
TuanTanah: Saya pun speechless masa itu.
Syikin: Salam kembali.
Sungguh saya tak sangka begitu senario dalam Mahkamah Syariah.
Loppiess: Yang mudah hanya jatuh cinta.
Cinta juga menjadi sukar apabila manusia sanggup menjadi hamba kepada cinta, sering tunduk kepada kemahuan cinta.
Cinta punya nilai estetik yang tinggi pada hati-hati yang tahu merasa cinta Tuhan. Cinta Tuhan tidak pernah berubah.
Moga anak-anak Mariam dan Bakar lebih memahami nilai cinta.
Pisces: ... dan sesi baru berlangsung 2 jam! Salam kenal :)
Assalamualaikum...
Erm itulah kehidupan...
Akan terus membaca nya walapun saya sukar memahami isi hati yg tersurat..
salam BR,
Benda yang halal...tapi tidak digalakkan....:(
saya takut.
Diam. Moga ada bahagia...untuk mereka...dan kita.
Salam :)
Ustazmuda: Waalaikumu salam.
Ermm, saya gembira Ustaz bertandang...pada masa yang sama saya...ermm, risau jugak. Maklum entah apa-apa celoteh saya. Ada salah silap, tolong perbetulkan ya Ustaz. Terima kasih :)
Wilhelm~Achtzehn: Teruskan Ajzie, saya amat berbesar hati kehadiranmu di sini.
13may: Salam kembali 13may.
Betul... :(
Dik Sayuti: Kan Dik selalu kata segalanya bermula dengan diri sendiri? :) Usah takut. Usaha dan tawakal. InsyaAllah.
Akma: Amin. Moga juga Dia menunjukkan jalan yang lurus untuk kita semua.
Salam....tadi bunga rampai pergi teratak maklang, ni kunjungan balas. Yang tadi tu blog lama, sekarang dah tempat baru...
kehidupan yang amat menakutkan cerai berai ni...mintak simpang dari kami, InsyaAllah...
ini yg wat takut nak kawen nie..statistik pencerian semakin tinggi kebelakangan nie, di mana silapnya agaknya ek
khabarnya. di bulan puasa kes perceraian meningkat.
Salam Bunga Rampai..ngeri saya membacanya begitu mudah ikrar ijab dan qabul dihancur kan..ke mana hilangnya cinta yang dipupuk di awal perkahwinan... kelu
sedih bila membaca statistik begitu byk masjid yg runtuh... fobia juga melanda, bimbang jika berlaku yg sedemikian... mohon dijauhkan...
Salam :)
Maklang: Salam kembali. Oh, dah pindah rumah baru. Nanti saya berkunjung lagi ya :)
Kemat: Kalau jodoh tak kemana, kahwin juga akhirnya :) Niat kahwin penting, kerana apa dan untuk apa. Gitu kata ustaz saya.
Bro Zizie: Ooohhh :((
Iman Mawaddah: Salam kembali Iman ... saya juga kelu, mencari jawapan, payah. Berdoa jua moga dipermudahkan urusan kita, dunia akhirat.
Sastri: Faham rasa hati Sas itu. Apa pun, usah layukan sekuntum anggerik bulan itu :)
'aib',
maka dititahkan kepada hati akan hal dan perihal 'aib' yg mebuatkan hatimu menangis,
aku cuma meneka,
salam hormat.
Namoyaki, atas izinNya jua. Subhanallah!
Post a Comment