Thursday, 28 September 2006

J, jangan tinggal daku

Ya, saya sedang menyanyikan lagu P. Ramli itu - jangan tinggal daku oh kasih oh juita ... alahai jiwangnya :D

Namanya J, seorang lelaki bujang bukan beragama Islam berusia pertengahan dua puluhan. Saya mengenalinya di penghujung tahun 2004 di sebuah forum alam maya. Barangkali hujahnya yang menarik, mungkin juga namanya yang pelik telah menjentik hati ini untuk menghantar e-mel (ya, saya menyibuk, orang kata cari pasal :(

Kami serasi (oohh wow!, ) lantas sering berutus e-mel dan bicara kami hanyalah sekitar kehidupan seharian. J memberitahu saya yang dia sudah kehilangan ibu bapa, adik beradik pula berserakan sana sini hanya mementingkan diri sendiri. J seorang yang sangat sedih memikirkan tentang itu semua.

Bulan Ramadhan yang lalu menyaksikan satu perubahan dalam dirinya. Sedikit demi sedikit rahsia hatinya dilontarkan kepada saya. Menjelang Syawal, dia mengajak saya bicara hati (aduh!). Saya akur, dan bicara hati kami bermula selepas Aidilfitri tahun sudah.

Beberapa kemusykilannya saya jawab sebaik mungkin, dan dia menerimanya dengan hati terbuka. Namun e-melnya yang saya balas tiga minggu sudah hanya dijawab begini: Terima kasih kak, izinkan saya pergi seketika, moga kita jumpa lagi. Entah mana silap saya sehingga dia berkata demikian.

Saya sebenarnya tidak mahu kehilangan J. Saya mahu lihat dia gembira walau saya tidak pernah mengenalinya di alam nyata. Hatta saya mohon belas ihsan teman bloggers, sekiranya kalian berada di tempat saya, apakah jawapan yang kalian beri kepada soalan-soalan berikut (yang telah saya jawab yang termampu, maklum, ilmu saya ini ala kadar saja, apalagi ilmu agama). Bukan apa, saya mahu menghantar e-mel kepadanya, dan berpandukan jawapan kalian, saya boleh kukuhkan jawapan saya yang lalu. Manalah tahu terbuka hatinya untuk berhubung kembali. Terima kasih jua.

Soalan J:

1) Saya masih tidak faham apakah tujuan hidup saya kerana bagi saya hidup ini adalah satu pusingan: bersekolah-universiti-kerja-rumah-makan minum. Adakah saya perlu menerima kehidupan saya sekarang?

2) Apalagi yang perlu saya lakukan dalam kehidupan ini, dan apakah perkara lain yang boleh dilakukan di luar pusingan kehidupan itu?

3) Hubungan saya dengan perempuan sangat renggang dan tidak berkekalan, dan saya risau kerana makin lama semakin hilang kepercayaan saya terhadap kaum ini.

Begitulah.

Kepada Bro Keng: imbas kembali komen saya dalam entri salam, inilah kisahnya.

Salam.

11 comments:

Ku Keng said...

Dik Rampai,

saya bukan J tapi K. Tolong hantar e-mel kepada saya. Ini tajuk yang menarik.

Azer Mantessa said...

killer questions nih

1. tujuan hidup adalah utk menyerah diri kepada ketentuan Allah dgn merancang dan menjalankan perintah2Nya serta menjauhi larangan2Nya bersesuaian dgn ketentuan2Nya.

2. soalan pertama:cuba hidup ngan menambah - bersekolah-universiti-kerja-kawin-anak2-rumah-makan minum.

sebab J nih bukan beragama islam maka kena berhati2 banyak (bukan sedikit) kerana sejak dua menjak nih taktik memurtadkan wanita2 islam adalah dgn mengalakkan lelaki bukan islam bercinta dgn. wanita islam, noda, pregnant dan dilema - baik masuk agama kami sebab:
a) islam mengutuk zina
b) islam tak menerima anak luar nikah
c) disebat 100x (ikut hudud)
d) disisih masyarakat

3. Berkawan rapat ngan saudara mara.

sekian. sebenarnya saya pun tak pandai. cuma nak beri pendapat saja :-)

Kaklong Syikin said...

salam,

-adakah dia seorang yg beragama? kalau tidak, kenalah minta dia mencari TUHAN, then dia akan tau kenapa dia hidup kat dunia ini..
eh, tadikan saya p kedai buku, terjumpa satu buku mengenai kenapa hidup kena beragama, lbh kurang gitu..cubalah cari bawah publisher PTS..tulisn siapa, saya tak ingat..tp BR juga blh pekenalkan Islam, terangkan kenapa org Islam ada matlamat hidup mereka..kenapa mrk menghargai hidup mrk..sbb utama, KITA ADA KHIDUPAN LAIN SELEPAS INI..itu sbb hidup di dunia ini jambatan di akhirat..kekal abadi..tak de kematian. saya kira, BR blh refer pada terjemahan QUran..carilah2 jawapan2 yg blh memuaskan hatinya..insyaALLAH, dlm QUran ada jawapannya..PERCAYALAH..

J ni pernah banyak kali kecewa ke?

Bunga Rampai said...

Salam :)
Doa saya untuk kalian moga dalam keberkatanNya selalu. Amin.

Bro Keng,
Ya, saya juga bukan S tapi R. Jika S, wah ... ada juga versi S&K di alam maya! :D

Azer Mantessa
Ya, killing you softly. Hehee...gurau...

Sdr Azer, saya amat menghargai komen itu. Sesunguhnya saya harus berhati-hati walaupun saya amat peka dengan dakyah-dakyah sedemikian.

Sejujurnya saya tidak punya apa-apa hubungan dengannya selain seorang kawan yang ingin membantu mengembalikan keyakinan diri. Sebenarnya ada jentikan naluri saya yang mahu membawanya ke dalam cahaya Islam. Atas izinNya jua.

Syikin,
Salam kembali.

Dia tidak beragama. Kebanyakan kawan-kawannya beragama Islam. Fasih BM.

Niat itu ada, seperti apa yang saya katakan dalam komen untuk Sdr Azer di atas. Terima kasih info buku itu, insyaAllah saya cuba dapatkan.

Menurutnya dia tidak pernah dikecewakan, dia yang menarik diri. Ini semua berpunca dari pengalamannya melihat ibunya meninggalkan keluarga.

13may said...

hmmm...saya tak tau nak komen apa, maybe dia tgh jiwa kacau...
saya semcm pernah jadi mcm dia....putus asa dlm hidup...rasa tiada makna hidup...tapi alhamdulillah...nasib baik dlm diri ini masih kuat lagi pegangan agama...tadak la buat benda bukan2...syukur!

blackpurple @ jowopinter said...

1) Sepohon pokok, hidupnya untuk berbuah. Berbakti kepada tuannya.

2) Kehidupan adalah satu nikmat.

3) Kepercayaan akan datang sendiri, bukan dipaksa-paksa.

kesimpulannya: kita masih punya DIA.

kingbinjai said...

1)"tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku"

2) macam macam. fikir. minat. cita. usaha. jadi.

3) selalu, jangan lihat kesalahan dari pihak lain, selalu lihat diri kita. "the fault dear brutus, lies not in the star, but in ourselves." - julius ceasar.

Unknown said...

1. ya. perlu.
2. buat album.
3. anda rugi!

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan Ke-10, dan terima kasih atas pandangan/pendapat kalian, amat menghargainya :)

13may,
Ya, itu istilah yang agak tepat - jiwa kacau - akal dan hati berperang. Alhamdulillah, anda mampu menanganinya. Betapa pegangan agama amat penting dalam kehidupan.

Blackpurple,
Begitulah lebih kurang yang saya nyatakan pada J. Namun barangkali kewujudan Tuhan sesuatu yang belum difahaminya. Tugas kita menyampaikan.

Kingbinjai,
Setuju. Yang no. 3 itu cukup menarik!

Cikgu Nizam,
1) Mengapa perlu? Alasan?

2) Satu saranan yang baik. Paling tidak saya boleh perkenalkan pada Cikgu sebagai penyanyi latar ;)

3) Nanti saya tanya J, sama ada dia merasa rugi atau tidak.

Pegawai Khalwat said...

Maaf agak ketinggalan. Ketiadaan salurann internet mengganggu gugah perjalan blog.

Bunga Rampai said...

En. Peg Khalwat,
Ya, lama benar tak kelihatan. Hadirmu menggembirakan saya :)