Semalam, telefon berdering kala saya menonton dvd filem Hindi di rumah.
Ya, sudah hampir setahun tidak menonton filem Hindi. Juga sudah dua bulan mahu menonton cerita ini, Fanaa, namun ketandusan masa senggang sering saja membuat saya melupakan hasrat itu. Tapi semalam, masa paling santai, saya pujuk hati untuk tidak melayari alam maya atau membaca majalah. Ya, enak saja dimakan pujuk lantas mata terpaku pada layar tv. Betapa babak pertama cerita ini penuh dengan getar asyik ungkapan-ungkapan puitis indah membelai sanubari. Sukma bertebaran rasa seketika, ke awanan biru ...
Eh, ke situ pulak saya ...
Semalam, telefon berdering kala saya menonton dvd filem Hindi di rumah. Dalam longlai saya melihat nama yang terpampang. Mata saya terbeliak. Saya lantas lupa tentang filem Hindi yang sedang melagukan irama syahdu.
Apa tidak terkejutnya saya, sudah dua bulan dia hilang, atas kehendaknya jua. Selama itu saya akur dalam gundah, namun saya amat memahami perasaannya.
Ya, kawan saya yang putus tunang tempoh hari tiba-tiba muncul.
Assalamualaikum, suaranya lembut membalas salam saya. Saya terkesima, terasa ada kelainan pada nada suara itu. Kami pun bertukar berita dan bercerita. Walau sepasang mata saya memndang layar tv, hati dan benak setia meneroka suaranya yang tenggelam timbul dalam isakan kecil, dalam keluhan panjang pendek.
Jumpa di mana? Tanya saya apabila dia mohon untuk bertemu.
Saya masih minum kopi, tapi sejak kebelakangan ini hati saya tidak lagi begitu meminati kopi di Starbuck, jawabnya tegas.
Oh ... Saya terdiam seketika.
Baaannngg! Bunyi tembakan dalam cerita Hindi itu membuat saya terlupa untuk menganalisis pantas jawapannya itu. Oohh, si isteri menembak suaminya yang punya wajah bagai talam dua muka, umpama gergaji dua mata ... si isteri seorang patriot, si suami pembelot. Begitukah? Entah. Saya perlu menonton semula babak kedua cerita ini, entah bila.
Kemudian layar tv memmaparkan perkataan The End.
Teh tarik di rumah saya, katanya ringkas lalu memberi salam.
Saya bersandar di sofa sambil memejam mata, dan cuba membawa paksi fikir merenung kembali perbualan sebentar tadi, mengimbas ujarannya: saya percaya kata-kata kamu dulu ... patahku 'kan tumbuh kembali dan hilangnya 'kan berganti lagi ... dalam sendirian kutemui jalan-Nya.
Lewat petang tadi kami minum teh berkuihkan lempeng pisang.
Alhamdulillah.
Salam.
7 comments:
alhamdulillah...
Yang mana tumbuh berganti? Yang dalam filem ke yang berkait dengan yang menalipon?
Ala kulli hal - atas segala hal - Alhamdulillah.
eh..kawan tu dah bertemu penggantinya ke?
hehe..saya mmg tak blh sambil layan tv sambil tu bercakap dlm tepon, nanti tak fokus kat kat perbualan tepon tu.
siannya kisah dlm entri NANTI tu..nak buat camner kalau darjat itu yg lbih dijunjung ?
teh + lempeng pisang memang lagi sodap pada kopi starbucks. Minum teh dirumah tak memerlukan laptop.Baguslah kalau yg hilang sudah berganti, yg patah tumbuh kembali.
Salam kalian,
Sayuti,
Kawan akak tu semakin kuat dik. Alhamdulillah.
Bro Keng,
Yang menalipon. Dan saya gembira dengan perubahannya walau badannya susut sekali. Katanya lagi, ceritakan kisahnya pada orang lain, semoga menjadi iktibar. Syukur.
Syikin,
Tak lagi. Dia cuma bertemu dengan dirinya sendiri.
Saya layan diri, hehe..
Kisah cinta begini selalunya hebat, apa lagi jika terselit plot sampingan sebegitu. Ah, darjat cuma ciptaan manusia, kita saja yang mengagung-agungkannya. Alahai.
Kemat,
Salam kenal.
Tambah enak lempeng pisang raja :)
Ya, moga dia sentiasa teguh.
Lama tak melihat Bipasha Basu di bioskop,
Lama tak makan lempeng pisang,
Blackpurple,
Luangkan masa seketika. Lihat apa yang penting, makan apa yang perlu. Nanti kempunan pula :)
Salam.
Post a Comment