Saya juga mendengar suara dan melihat seorang lagi penyanyi baru bukan main bergaya berduet dengan penyanyi lelaki yang juga boleh tahan terkenalnya. Entah apakah nama lagu itu. Ooh, saya persis menonton filem Hindi! Di ruang menunggu pejabat kawan saya.
"Hebat dunia hiburan kita Rampai ooii ... tak sangka para isteri pemimpin kita cukup berbakat dan punya masa yang banyak untuk shooting video clip sebegitu."
"Ya, semakin popularlah mereka!"
Sukarnya menelan pulut udang yang sudah saya kunyah, dan penyambut tetamu itu hanya tersenyum melihat saya yang mencemikkan muka.
Sekadar merenggang masa senggang yang tegang :)
~~~~~~~~~~~
Kepada 13may yang bertanyakan jawapan kepada teka-teki hari itu, juga kepada teman-teman yang telah mencuba. Jawapannya ialah ...
"a mosquito can fly but a fly can't mosquito" ;)
Salam.
19 comments:
ha ha ha jawapan yang sgt logik!
"a mosquito can fly but a fly can't mosquito"
tak terpikiark langsung.
Kami kami tidak pernah dikunjungi oleh isteri-isteri menteri. Ramai janda-janda yang hidup kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Bawah rumah mereka sering ditenggelami oleh air terutama selepas hujan lebat.
Mungkinkah video clip itu lebih bernilai daripada nasib wanita yang diperjuangkan?
Nasib wanita yang mana yang diperjuangkan agaknya ye?
Video clip mana ye? Maklang tak peka lah tentang ni...
Sedapnya pulut udang....maklang posa hari ni...
hahha...mcm IQ test...
hmmm...mana bubur asyura kita? Dah beralih ke pulut udang plak:D
salam..
Entahlah.... budaya glamourisme pun dah menular kepada para isteri politikus.
kekanda di medan perang..
adinda di medan seni...
sama sama berjuang
sama-sama berbakti
demi ibu pertiwi....
Lagu itu sesungguhnya tiada kena-mengena dengan entri di atas. Sekadar 'SEKADAR juga :)
Suka S KADARisman..!
Puan Rosmah nyanyi dengan En.Mawi ker?
Sempat mendengar di radio.. membayangkan artis muda belia yang menyanyi.. tapi hingga skrg tak sanggup melihat video clipnya.. adus sakit mata rasanya
Salam Dik Rampai,
Banyak yang saya ketinggalan kerana tak nonton tivi.
salam,
oh..saya dah tgk video klip isteri menteri tu..itu pun tak sengaja tertengok..terkejut gak, rasanya dlm sejarahlah ada video klip isteri menteri menyanyi.
Salam :)
King: Haha :-D
Azer: Saya dulu pun tak tepikiaq :)
Indera: Marah nampak, sampai lupa nak bagi salam macam kebiasaannya :)
Kalau ketua wanita pun macam tu, apa lagi yang nak diperjuangkan?
Maklang: Klip video tu adalah diselit-selit antara rancangan.
Alhamdulillah Maklang puasa.
13may: Bubur asyura kita nanti tunggu bulan Muharram, tak lama lagi tu, nanti saya hulur 4 mangkuk kat 13may :)
En.PK: Itulah dia kenyataan :(
psss...tak teringin ka ambik depa jadi heroin drama pentas?
BP: Jadilah BP, sekadar menyampaikan yang begitu pun sudah cukup meggembirakan saya :))
W~A: Ajzie buat saya gelak :D Betul! Dan yang satu lagi Puan Bendahara nyanyi dengan En. Felix.
Sya: Bukan je sakit mata, meluat :(
Bro Keng: Salam kembali Bro Keng.
Tak rugi kalau tak tengok. Kalau tengok pun memedihkan jiwa je!
Syikin: Saya pun tertengok sebenarnya. Memang bersejarahlah kut untuk penyanyi-penyanyi baru tu...ooohh...
BRampai
Saya tak pernah tgk..tp mcm ada terbaca di online utusan..tu yg main teka aje..Tp saya nak tgk juga lah bagaimana rupanya.
Salam BR,
Kalau ikut yang terdahulu:-
Ilmu dan kepakaran kedoktoran sudah terserlah,
Songket,batik dan budaya sudah dinaik tarafkan.
Jadi,apa lagi yang tinggal..berpadu suaralah dengan artis pujaan ramai disebabkan nak glamer punya pasal.
Tidak mustahil suatu hari nanti ada yang jadi pelakon pula...haru2
waaa.... tak tengok aaaa.... adakah rugi Sas tak tengok?
oh... isteri para pemimpin kita pun sekarang ada masa nak shooting video clip nyanyi-nyanyi? ohhh... satu perkembangan terkini ni...
p/s: nanti kalau ada idea nak tulis kisah tentang anak-anak orang ada-ada yang kesepian dan kurang kasih sayang ibu bapa bukan sebab ibunya sibuk dengan persatuan wanita - tetapi sibuk menyanyi!
Salam :)
W~A:Ajzie, kalau teringin sangat nak tengok, minta tolong saudara-mara rakam dan hantar pada Ajzie.
Iman: Salam kembali Iman.
Yang tinggal cuma keseronokan, barangkali, yang mampu mengalpakan tanggungjawab yang lebih bermanfaat. Dan bila keseronokan sudah menyelubungi diri, ya, tidak hairan satu hari nanti mereka juga bisa bergelar seniwati!
Sastri: Tak rugi Sas. Tapi kalau 'tertengok', tengoklah sampai habis, kemudian kocak-kocakkan minda itu.
TuanTanah: Kerana mereka punya sekurang-kurangnya dua orang pembantu rumah yang barangkali dalam keterpaksaan terpaksa menjadi ibu ganti..
Bagus, saya dokong idea itu! Jika sudah siap jangan lupa beritakan pada saya ya. Saya serius.
u tube ada kot
W~A: Harapnya Ajzie dah dapat tengok klip video itu :) Salam.
Post a Comment