Entah apa kenanya dengan dia petang Ahad yang lalu, kawan saya itu yang dulunya suka minum kopi di Starbucks. Dia menjegilkan mata sebaik saja daun pintu dikuak, dan saya terpempan. Kaku. Dia tidak pernah begitu.
Dia, "Biar benar kamu."
Saya, "Kenapa?" Hairan.
Dia, "Jemput masuk." Nada suaranya ada iras kurang senang.
Saya, "Kenapa dengan saya?" jantung berdebar.
Dia terus ke dapur tanpa menjawab soalan saya. Saya mengekorinya lantas meletakkan bekas berisi bubur Asyura di atas meja (ya ya bubur Asyura lagi). Saya mengintai juadah yang dikatupi tudung saji di atas meja (wah masak singgang! dan lempeng pisang!). Saya terliur! Dia membuat air minuman, sirap bandung (isy, tak ada minuman lain ke?)
Saya, "Jawablah, kenapa dengan saya?" Debaran menggunung. Resah.
Dia, sambil meletak gelas dan minuman di atas meja, "Pakai macam ni?" Dia mengeluh kecil. (oh, pakaian saya).
Saya,"Ermm ... kenapa?" Saya membelek baju kiri kanan depan belakang, manalah tahu ada yang tidak kena. Semua baik saja.
Dia mencemikkan muka, "Kemeja lusuh! Seluar koboi!"
(Aiseymaaaann, ooh, dia merujuk pada kemeja 'baggy' kegemaran saya berjalur putih dan biru tua, dan ya...seluar jean)
Dia lagi, "Pegi masjid macam ni?" Menjeling tajam, seakan marah.
Saya, "Cuti." Tersengeh.
Dia senyum manis, anggunnya, seanggun dia yang berbaju kurung kuning langsat petang itu. Jauh di relung hati saya mengagumi perubahannya sejak dia putus tunang.
Sepanjang perjalanan pulang saya teringatkan dia yang misteri itu yang sering berkata "buatlah yang termampu olehmu, tapi jangan tinggalkan yang wajib."
Kemudian saya teringatkan seseorang kala lampu merah di hadapan. Ah, tergugat juga kesabaran sementara menanti lampu hijau. Jauh di relung hati saya tahu ada sesuatu yang menanti.
Sungguh, ada yang menunggu untuk disantap, dan ungkapannya ini merungkai usikan resah yang merantai sukma. Alhamdulillah.
"Tugas kita menyampaikan, tugas Allah membuka (hati)."
Salam.
12 comments:
tima kasih krn sudi mengunjungi blog saya yg sdh lama bersawang!!.. kak kay baru menempuh alam keuzuran sikit..tp takpe yg penting I'm backkkk...
BR memang ada skill tulis cerpen..
ada sambungan ke..??
Salam. Bunga Rampai.
Cuti itu kurniaan Allah buat kaum Hawa. Ibadatnya di waktu itu dikira full. Tidak seperti kami Kaum Adam yang tiada istilah cuti dan terpaksa berhempas pulas memastikan amalan kami berada di dalam keadaan yang baik.
Bertuah jadi wanita. Tapi saya bersyukur sebagai lelaki.
hehhe...bubur Asyura lagi...nyum nyum:)
"Tugas kita menyampaikan, tugas Allah membuka (hati)."
cayalah :-)
sirap bandung tu tukar la ke air kelapa laut
salam,
"Tugas kita menyampaikan, tugas Allah membuka (hati)."
Ungkapan di atas cukup saya suka..betul 100%. tp berapa ramai yg menjalankan tugas itu? bahkan ada yg takut kena kutuk..
p.s. kiranya BR dah mahir buat bubur asyuralah ya :D. saya blm belajar2 lagi..resepinya saya dah ambil..
Salam Ramadhan ke 11 :)
McKay,
Oh, patut lama tak nampak. Moga semuanya baik-baik saja sekarang.
Sambungan 'cerita' bergantung kepada perkembangan kawan saya itu :)
Indera Kencana,
Salam kembali Indera.
Walau berbeza jantina, kita adalah manusia, dan punya tanggungjawab yang wajib diselesaikan bersama. Lelaki perempuan wajar saling berganding bahu.
13may,
Hehehe, 13may datang lambat, kalau tak boleh hulur dua mangkuk :)
Azer Mantessa,
Ya, cayalah :)
Bukan ungkapan saya, tapi ungkapan seseorang yang sangat saya hormati.
KingBinjai,
Kenapa air kelapa laut?
Syikin,
Salam kembali.
Ya, ungkapan yang cukup mengesan diri.
Kerana sebahagian kita takut berdepan dengan kebenaran.
p.s. Ermm ... boleh tahan :)
sedap
Dik Rampai,
Sungguh suspen saya dibuatnya.
Dalam keadaannya sebegitu, dia masih megaitkan ingatan kepada masjid.
Salam,
KingBinjai,
Oh begitu. Pastinya minuman istimewa untuk para Narayuda ;)
Bro Keng,
:)) Aik, suspen lagi?
Hatinya telah dibuka.
cantik tajuk ni, menarik isinya.
mba,
Terima kasih sudi membaca.
Selamat berpuasa dan berbuka :)
Post a Comment