Lihat...Si Bunga Rampai lagi, merenung kita.
Barangkali itulah kata sebutir bintang yang sedang berkawan-kawan pada dua pertiga malam tadi, kala langit bagaikan berpesta lampu kelip-kelip berserakan mencerahkan suasana. Indah!
Duhai bintang-bintang, kalian tahu apa di hati saya? Sebutir mutiara, cahayanya payah didakap .
Maka itu bintang, saya harus kembara lagi, dan kembara selama sepuluh hari yang mendatang ini adalah puncak kembara saya untuk tahun ini. Kalian mahu bersama saya?
Aneh Ramadhan kali ini. Aneh sekali. Malah sebelum memasuki gerbang Ramadhan keanehan itu sudah dirasa dengan kehadiran dia, kemunculan Claire, dan keputusan J.
Terkini daripda Claire yang berkata dalam e-melnya: Tudung hadiahmu yang berwarna krim sudah sekali saya pakai dan keluarga saya kata semoga saya hanya memakainya untuk fesyen bersiar-siar di taman. Juga saya sudah cuba-cuba berpuasa penuh selama tiga hari dan saya rasa pinggang saya sudah mengecil sedikit. Seronoknya. Tapi kenapa perlu kamu sembahyang 5 kali sehari dan tidak sekali sehari?
Namun tidak ada yang terkini daripada J. Membisu.
dia pula entah di mana, dan saya tidak mengharapkan sebarang ucapannya menjelang aidilfitri.
Sejujurnya sepanjang tahun ini ada sebutir mutiara yang terpendam di hati, cahayanya entah di mana. Tercari-cari jua. Ingin menggapai, ingin mendakapnya. Dekat tapi jauh.
Lalu Ramadhan kali ini membuka jalan, syukur. Walau hanya denai yang terbentang di hadapan, nyata mutiara itu bercahaya samar-samar dan ini sudah cukup menggirangkan saya. Moga cahaya itu bertambah terang, kemudian gemerlapan.
Wahai bintang-bintang, bersama titis-titis air dari langit, doakan kembara saya menuju malam Lailatul Qadar.
Salam.
kemaskini 13/10/2006:
Entri ini telah dipuisikan oleh KingBinjai, ilham mewangi pada 1:43:24 petang bersamaan 19 Ramadhan 1427H ...
"Puncak Kembara Ramadhan"
adakah bintang tersipu malu
saat aku merenungnya
asyik, setiap malam?
apakah mereka berbisik
sama sendiri
lihat, dia lagi, merenung kita
di hatiku juga bintang,
ada sebutir mutiara
cahayanya amat payah kudakap
maka itu,
aku teroka Ramadhan ini
menuju puncak kembara
mahukah kalian menemaniku?
menerangi doa
menghampari sujud
menadah titis-titis keinsafan
dalam sepuluh malam yang terakhir
Salam.
24 comments:
wahhhh abnyak ayat ayat yang menarik! sangat sesuai di buat puisi!
Semoga doa dan pencarian kita semua dimakbulkan.
moga moga cahaya itu akan terus bersinar.....
salam:)
Salam Bunga Rampai,
Mungkinkah bila ku bertanya, pada bintang-bintang. Dan bila ku mulai merasa, bahasa kesunyian. Sadarkan aku yang berjalan dalam kehampaan. Terdiam terpana terbata. Semua dalam keraguan. Aku dan semua yang terluka karena kita. Aku kan menghilang, dalam pekat malam. Lepas ku melayang. Biarlah ku bertanya pada bintang-bintang. Tentang erti kita. Dalam mimpi yang sempurna.
Hahahaha... teka, lagu apa. Di kala duduk sendirian cuba berbicara dengan bintang-bintang. Pasti mereka akan menghiburkan kita dengan kelipannya yang mempesona...
P/s King, rangkap di atas tu pun puitis. Ko tak nak amik buat ilham puisi ko..??
Hidup ini suatu perjalanan. Cabaran dan kegembiraan itu seperti ranjau dan buah-buah ranum manakala Al-Quran dan As-Sunnah itu sebagai peta dan kompas yang memandu arah. Doa saya semoga Bunga Rampai sentiasa tabah di dalam menuju ke Mardhaatillah. Saya kira, Pak Darma (ufukhati.blogspot.com) mungkin boleh memberikan pandangan beliau di dalam hal ini.
puncak kembara ramadhan
adakah bintang tersipu malu
saat aku merenungnya
asyik, setiap malam?
apakah mereka berbisik
sama sendiri
lihat, dia lagi, merenung kita
di hatiku juga bintang,
ada sebutir mutiara
cahayanya amat payah didakap
maka itu,
aku teroka ramadhan ini
menuju puncak kembara
mahukah kalian menemaniku?
menerangi doa
menghampari sujud
menadah titis titis keinsafan
dalam sepuluh malam yang terakhir
indera : itu lagu, camne nak buat puisi?
Salam dariku sang pencinta..semoga ukhuwah yang bertaut di atas nama maha pencipta dapat kita titip bersama...
Kembara pencarian di waktu malam sememangnya indah di kala mereka sedang lena diulit mimpi...
namun apakahh kita perlu bersendirian atau pun berteman..apakah kita perlu mengutamakan diri sendiri di kala menemuinya.....semboyan jari-jari manis diterbangkan bersama sang mepati mengehebahkannya...wallahu a'lam..kita fikirkan bersama
Salam Ramadhan ke 20.
KingBinjai,
Musykil: 'puncak kembara ramadhan' - lagu siapa, atau puisi nukilan King?
OSH,
Amin.
(moga-moga...alahai, tengah sayu ni)
13may,
Amin.
(bersinar dan bergermelapan, moga-moga...alahai, bertambah sayu)
Indera Kencana,
Salam kembali Indera.
Lagu apa? Siapa melagukan? (saya ketinggalan zaman)
Amin.
Terima kasih atas doa itu.
(alahai, amatlah sayu, sebaknya)
Saya sering ke blog Pak Ufukhati sebenarnya, banyak manfaat dan iktibar di sana. Cumanya, seperti permulaan ke blog teman-teman lain, seperti biasa saya akan mengambil masa yang agak panjang untuk sama ada bersuara atau tidak, maklum, amat kerdil rasanya diri ini. Takut tersilap kata, tak kena tempat. Hati kita Dia yang punya, insyaAllah terlontar jua kata-kata satu hari nanti di blog Pak Ufukhati itu.
pencinta,
Salam kembali Sang Pencinta.
Terima kasih sudi memanjangkan tali ukhuwah hingga ke teratak sepi ini. Biasanya begitulah orang yang bercinta, luahan kata-kata cinta itu datang dari jiwa yang hanya dia memahaminya, dan Dia mengetahuinya.
Merpati sendirian, atau merpati dua sejoli, atau merpati berkawan-kawan ... masing-masing punya tanggungjawab untuk menghebahkan.
Semuga cahaya bertambah terang hendaknya
alahai, kan ke ayat dalam tu sama je ngan entri anda. ilham timbul setelah membaca entri ini.
Salam,
Anggerik Merah,
Amin.
Terima kasih AM.
KingBinjai,
Ye lah, sama :)
Terima kasih puisi itu, cantik. Saya letak dalam entri utama tanpa minta izin terlebih dahulu. Boleh?
alahai. malunya.
Puitisnya kata-kata...
Yang membacanya pun terpaku tak terkata..
Claire itu..
Semoga...semoga...
KingBinjai,
'Pabila yang dilamar tunduk malu-malu, tandanya setuju :)
Amat menghargainya.
Salam.
Blackpurple,
Terpaku tak terkata? BP dah berkata-kata pun ;)
Ya, Claire itu...doakan sama ya BP, terima kasih.
Salam.
Assalamualaikum..
Kali pertama di sini...selamat berpuasa dan berhari raya..
Salam,
Ternanti-nanti malam lailatul-qadar. Masih tidak putus asa :)
wow..penuh dengan perlambangan unsur alam!
Adik Rampai,
Jangan lama-lama di luar kerana udara yang berjerebu tu tak bagus untuk pernafasan. Dan nampak ke bintang-bintang tu ke bumi, kerana tahap kecemaran udara terlampau tinggi?
:))
Selamat kembara.
salam,
menarik entri Nanti (2)..
3 cerita kecil dlm entri terkini, & moga Claire mendpt hidayahNYa
moga pencarian Lailatul Qadr dpt direbut jua..amin..
Teringat pada lagu Sahabat Gua nyanyian M. Nsir
" Berapa banyak bintang di langit yang kau kaji, engkau hafali ya Sahibul Kahfi, takkan sama dengan bintang yg satu ini. Yang kau kenali di dalam hati"
Salam,
Maklang,
Waalaikumusalam...
Terima kasih bertandang. Selamat berpuasa dan berhari raya untuk Maklang sekeluarga :)
Nong,
Salam kembali.
Teruskan penantian...insyaAllah.
Bro Zizie,
Itulah yang paling indah dan bermakna. Asli.
Bang Yeop,
Ya, terima kasih nasihat itu. Bintang tu, kalau tak nampak pun buat nampak je ... ada di hati :))
Kembara yang hampir ke penghujungnya. Sedih.
Syikin,
Salam kembali.
Bersambung... :)
Claire...moga-moga. Sama-sama kita berdoa.
Amin. Ya, terus mencari.
Kemat,
Wow, menarik!
Eh, dah pakai baju raya, segak tampan :)
Sama2 kita doakan Claire... Semoga kita berjaya beribadah sesempurna mungkin dalam pencarian Lailatul Qadar...
sastri,
Salam. Ya, sama-sama kita doakan.
Kita berusaha sebaik mungkin. Semoga kita berjaya, Amin.
p/s saya dah berpuluh kali cuba masuk blog sastri tapi tak dapat, tak tahu apa masalahnya..
Post a Comment