Friday, 3 July 2009

Hak: rasa jiwa

Sudah seminggu mengembara dan saya sedikit lupa pada teratak maya ini kerana sibuk jalan-jalan melangsai tugasan. Seperti selalunya saya tidak pernah risau sama ada teratak ini bersawang atau dikelilingi lalang. Tidak juga rindu kali ini. Aduuuh, yang ini sedikit pelik kerana biasanya kalau tiga hari mengembara dan tidak berinternet, saya akan rindu untuk menjelajah angkasa maya!

Rupa-rupanya rindu bertandang jua walau tidak diundang, sebentar tadi membelai-belai hati. Lalu saya jelajahi alam maya dan meneropong sejenak ke teratak ini. Eh, eh, saya nampak ada pengunjung teratak ini yang menyalin rasa jiwa saya tanpa kebenaran lalu ditampal di terataknya tanpa menyebut sumber dan pautannya. Ada pula yang mengambil perenggan sana ambil perenggan sini kemudian disatukan menjadi sebuah entri di terataknya!

Kepada bloggers (pembaca senyap - tiada dalam senarai pautan BR) yang telah mengambil rasa jiwa dari teratak ini tanpa izin saya, terima kasih kerana meminati rasa jiwa itu. Barangkali kalian terlupa memohon izin. Maklum, kalian juga manusia biasa yang sering alpa. DIA saja yang tidak pernah lupa dan sentiasa mengetahui apa juga perlakuan manusia walau yang tersembunyi jauh di lubuk kalbu.
.
.

Merasa malu kerana sedar DIA Maha Memerhati lagi Maha Mengetahui segala perbuatan zahir dan batin manusia adalah permulaan kepada proses pemantapan iman. [kata Guru]


*Sedang berkelana.
Hingga bertemu lagi.


Salam.

___________________________________________________

4/7/2009: CS telah menjejaki sebuah teratak yang mengandungi rasa jiwa yang berikut:

1. Ikhlas Dari Jauh
2. Ruang Waktu
3. Bicara Sedih
4. Mengukir Kata
5. Jiwa Ramadhan
6. Jihad Ramadhan
7. Warkah untuk Bang Lope - Syair Syawal
8. Harapan dan Doa

Aduhai, kalaulah dia memahami apa itu 'rasa' dan 'jiwa'!

Redha jua.
Semoga Allah SWT merahmatinya dengan kebaikan.

19 comments:

julietchun said...

Salam rampai.
Lama sungguh tuan hamba berkelana, sudah beberapa purnama hamba menanti bicara dari tuan hamba :D

Harap org yg buat perkara macam tu cepat sedar dan tidak mengulanginya di lain kali ya. Saya mohon keizinan rampai utk terus berkunjung ke teratak ini walaupun tiada cerita yang baru.

Mak Su said...

... ?

:(

achik said...

selamat berkelana kak BR..
jaga diri :)

Pa'chik said...

ditek pakai kopiskep tu eh???

fahana_ann said...

jumpe lagi..dah lame gak tak bukak intrnt..macam2 benda plak nak di godek kat intrnt..

Nong said...

Masih mengembara ke? Take care...

Bunga Rampai said...

Juliet, salam kembali. Sepatutnya Juliet berbahasa klasik ala Shakespear gitu. Bukan bahasa kayangan. Barulah ada Romeo yang kenyit mata!:P

Pintu teratak terbuka sentiasa. Jemput berkunjung. Tiada kuih atau kopi. Ada cuma titis air dari langit. Layan diri ya! :D

Mak Su, :((

Achik, terima kasih :)

Pa'chik, betul!

Fahana_ann, godek internet biar berhemah ;)
Nanti pulang dari kembara, saya ke teratak Fahana. Laa ni tak sempat ziarah teratak kawan-kawan, hanya sempat godek dan meneropong teratak sendiri je :D

Kak Nong, lagi beberapa hari selesailah kembara ini. Tq.

Izariza said...

salam rindu yang menggunung Datuk,

Fuhhh masa pantas saja berlari dan tau2 sudah menginjak Julai rupanya! Duh .. berkelana lagi Datuk? Jaga diri, jaga kesihatan. Ada ruang kita berbicara lagi :)

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Bunga Rampai,

"selamat segalanya, dengan kesabaran jua" ...

Pa'chik said...

http://impianalamaniman.blogspot.com/
budak ni amek syair rindu tu letak kat tepi...

Pegawai Khalwat said...

Dalam berteater juga perlu ada rasa dan jiwa.

kalau lakonan tu punya rasa, dan rasa sampai kepada penonton, maka luluslah lakonan dan pementasan itu.

Kalau lakonan itu punya jiwa, dan penonton seolah merasakan watak yang dibawa itu adalah diri sendiri pelakon, maka lulus dengan cemerlanglah lakonan dan pementasan itu.

m i n e r a l . . . said...

dlm rekabentuk perlu jiwa dan rasa...
sy lbh suka gelarnya...
deria ke-6...
semuanya disatukan....

selamt mengembara....errr jgn lupa berhati2 d jln raya.

kingbinjai said...

apa daa amik tak minta izin.saya pun mita izin dulu. tak malu ke?

Anonymous said...

Pernah juga mengalami peristiwa sebegini.

Bukan setakat serangkap dua, malahan daripada awal hingga akhir dicedok 100 peratus sampaikan setiap link juga sama seperti entri asal.

Bila tinggalkan komen, terus dia delete blog dan menghilangkan diri.

Bukan itu tujuannya menegur. Bukan marah, sekadar memberitahu, sekurang-kurangnya berikan sedikit kredit pada yang empunya cerita.

Selamat berkelana dengan jiwa, dengan rasa.

PuTeRi CaHaYa said...

hurm... keizinan itu perlu..
namun, redha itu lebih baik..

(",)
salam

blackpurple @ jowopinter said...

Salam BR.

Memang ada segolongan manusia yang suka 'menatasha-hudsonkan' karya orang lain. Manusia seperti itu tidak yakin dengan jiwa sendiri barangkali.

Ya, redha....

Bunga Rampai said...

Izariza, salam rindu juga untuk Datin. Harapnya rindu menggunung itu tidak berapi! :P

Terima kasih atas peringatan itu. Sudah kembali dari berkelana dan sihat wal'afiat adanya saya.

Ruang tetap saja ada untuk kita berbicara, cuma waktunya agak sempit untuk bicara yang panjang :)

Zulkifli Mohamed, salam kembali. Dengan kesabaran jiwa bisa tenang. Insyallah. Terima kasih kata-katamu itu.

Pa'chik, begitulah. Tapi yang satu lagi lebih meriah! :D

Bro PK, demikianlah bagi insan yang memahami. Terima kasih.

Mineral, 'pabila deria ke 6 diambil kira, menyerlahlah kesatupaduan dan hasilnya menyentuh kalbu yang paling dalam!

King, saya teringat kata-kata seorang lagi Guru. Kata beliau, 'malu' itu permulaan kepada Ilmu Tasawuf. Dan seorang Ustaz berkata ... kalau mahu menjadi Sufi, sucikan jiwa dengan kejujuran. Wallahu'alam.

Mawarmerah2008, semoga kita dapat belajar sesuatu dari setiap pengalaman yang kita lalui, dan pengalaman itu mencerdikkan kita lagi :)

Puteri Cahaya, meminta izin dan memberi izin adalah hak individu, pemberianNya jua. Pastinya manusia yang menggunakan akal tidak mensia-siakan pemberian ini.
Moga redha kita diredhaiNya. Salam kembali.

Blackpurple, salam kembali BP. Oh, istilah yang paling tepat! Moga Dia memberi keyakinan kepada jiwa-jiwa yang longlai begitu.

Sama-sama kita memohon redhaNya.

imanmom said...

salam pemilik blog ini,saya nak memohon kemaafan kerana saya copy n paste artikel disini tanpa keizinan seperti aduan dari perhatian yang teliti dari pa'chik,saya masih baru disini...artikel yang baik saya copy n paste je tanpa saya tau itu satu kesalahan,saya pun tak tau artikel yang mana,andai tiada keizinan nanti akan saya delete...maafkan saya ya..muga pa'chik akan dapat pahala diatas kebaikannya menegur saya...salam..andai sesiapa ada terjumpa lagi,harap bagi tau...

Bunga Rampai said...

Jom Makan, salam kembali. Saya menghormati pendirian anda. Saya maafkan.

Adat bertandang, jika berkenan/suka akan sesuatu dan mahu mengambilnya, semoleknya meminta izin dari tuan rumah. Besar hikmah disebalik meminta dan memberi izin itu :)

Selagi manusia bernafas, selagi itulah proses pembelajaran (membaiki diri) berterusan :)Semoga Allah merahmatimu.

Wassalam.