Bersenandung apakah Dayang detik ini, kala malam sedang bersenandung riang menidurkan insan-insan yang diselimuti kegembiraan? Sukar sekali membayangkan gelora jiwanya yang sedang bergelut dengan kepedihan dek kehilangan tempat bergantung hidup. Lenanya barangkali berbantalkan mimpi-mimpi buruk dan entah-entah paginya nanti disambut bersama deraian air mata.
Sudah jatuh ditimpa tangga. Demikianlah kehidupan Dayang di kampung yang kini terumbang-ambing tanpa mendapat wang belanja dari suaminya. Dalam keperitan itu, dia masih waras menimbang akal budinya untuk berjuang bukan saja menyara hidupnya dan anak-anaknya malah berjuang untuk menjaga serta mempertahankan imannya dan anak-anaknya. Itulah tekadnya yang nekad tanpa mempertaruhkan apa-apa pulangan lumayan kecuali redhaNya jua.
Begitulah kehidupan. Ada waktu-waktunya manusia kehilangan pelbagai kesenangan - hilang tempat bergantung, hilang orang yang dikasihi, hilang harta benda – ada kalanya hilang segala-galanya. Namun sebagai seorang Islam, biarlah kehilangan itu sekadar ungkapan yang singgah sekejap di persada bibir. Berlapang dadalah atas kehilangan itu kerana kita masih memiliki DIA yang Maha Agung yang sentiasa melindungi kita.
Kepada Dayang, senandungnya mungkin tidak bermaya menghibur nestapa di hati namun dia masih memiliki iman yang nilainya sangat tinggi. Tanpa iman - manusia menjadi pekak, bisu dan buta. Lihatlah saja apa yang dilakukan oleh masyarakat jahiliyah zaman dahulu!
.
.
Renungan:
~ Jika orang berbuat jahat kepada kita dan kita membalasnya juga dengan perbuatan jahat. Itu adalah dosa biasa.
~ Jika orang berbuat jahat kepada kita dan kita tidak membalasnya. Itu namanya redha.
~ Jika orang berbuat jahat kepada kita dan kita membalasnya dengan kebaikan. Itulah kemanusiaan namanya.
.
.
Selamat menyambut 3 purnama istimewa lagi mulia ini: Rejab, Sya’aban, Ramadhan. Selamat beramal ibadah dengan sebaik-baik amalan. Semoga Allah SWT menghampiri kita lebih cepat dari usaha kita menghampiri Dia.
*1 Rejab 1430
Salam.
11 comments:
Salam.
Tersentuh hati membaca cerita Dayang. Moga Dayang akan tabah mengharungi dugaan ini bersama dgn keimanan yg teguh.Sama-samalah kita berdoa moga Allah permudahkan segala urusan Dayang.
Salam,
moga keredhaan Allah bersama Dayang. Yang ditakutkan dalam hidup bukan menjadi fakir miskin, tetapi tergadainya maruah dan iman kerana dunia.
lama tidak dtg ke sni..btw, sudah bukak blog baru..http://pagi-terang.blogspot.com
saya tertarik dengan sudut renungan tuh :)
Salam BR :)
senandung-senandungkanlah kami kami juga di sini
cuba mmbayangkan apa yang dialami mereka tapi sukar merasai jika bukan kita..sekurangnya, memahami, menenangkan...
sedar taks edar dah masuk 3 purnama..terima kasih atas ingatan..
ke mana la duit zakat yang dipungut dan dibangga-bangga tu kan...
Nak jadi golongan renungan ketiga tu, memang payah yang amat.
Selamat menyambut bulan Rejab!
tahu?
kalau orang buat sesuatu pada kamu,kamu bersabar, Allah akan balaskan bagimu
tapi kalau kau balas sendiri, Allah takkan balaskan dah.
tapi balasan yang Allah turunkan sangat 'besar'
Julietchun, salam kembali. Amiin.
SHIMI, salam kembali. Setuju kata-kata itu.
Mazarina, bagus kembali berblog! Moga kali ini blognya tidak gelap :P
13may, salam kembali :)
Mak Su, insyallah.
Fahana_ann, selamat beribadah.
Pa'chik, entahlah ... :(
Bro PK, ... tapi tidak mustahil.
Mawarmerah2008, selamat beribadah.
Ice, baru tahu. Terima kasih.
Post a Comment