Tuesday, 26 September 2006

Bicara Sedih

Rentetan peristiwa tadi membuat saya sedih, amat sedih.
Ujian Ramadhan atau apa ini? ... keluh hati.

Sebentar tadi saya dikata begitu membuat saya sedih. Ah, perkataan dikata itu lebih sesuai ditulis dimaki sebenarnya. Dulu saya pernah dimaki begitu tapi bukan oleh orang yang memaki saya tadi, dan makian itu tidak sehebat yang tadi.

Tadi saya dimaki oleh seorang yang sangat saya hormati. Hanya kerana bercanggah pendapat yang saya kira bisa saja diselesaikan dari hati ke hati, dia lantas melontarkan kata-kata kesat: "cermin muka kamu dulu, macam anjing atau kucing...kalau anjing, maka kamu anjing keparat...kalau kucing, maka kamu kucing kurap!" Aduh! Pedih dan sedih menyelimuti diri. Hati berkecai, lantas mencari silap diri.

Mahu saja saya menangis semahunya, namun saya lawan perasaan itu kerana saya tahu, andai ada titisan air mata yang keluar, itu petanda betapa lemahnya saya zahir dan batin. Dan dia akan ketawa menang.

Bersama hati yang menakung air mata, saya melihat wajah di cermin. Saya kata pada cermin: teruknya saya kan? berwajah anjing keparat dan bermuka kucing kurap, alahai. Pedih dan sedih lagi.

Tak apalah cermin, saya kini lebih tahu di mana letak diri, dan dalam meniti usia ini saya perlu berusaha menggapai kesempurnaan. Atas izinNya jua.

Dan untuk dia yang memaki saya, saya doakan yang baik-baik saja untuk kesejahteraannya.

Orang kata kucing tetap saja comel.
Anjing itu hodoh sangat ke?

Kala ini walau hati masih sakit, pedihnya dan sedih saya sudah berkurangan. Molek juga ada teratak sepi ini untuk saya bising-bising. Dalam buat bising ini terfikir juga mahu jadi anjing yang comel itu, yang saya suka pandang, yang bila saya dekatinya saya akan kata halo halo, kuci kuci - Poodle ;)

Salam.

11 comments:

INDERA KENCANA said...

Salam, Bunga Rampai..
Anjing atau kucing, tetap sahaja makhluk Allah. Bunga Rampai, katakan kepada pemaki itu, "Maaf, saya berpuasa". Itulah sebaik-baik jawapan bagi setiap konflik yang bakal tercetus di Ramadhan Al-Mubarak ini.
Tabahkan hati. Kuatkan semangat. Serahkan segala-galanya di bawah urusan Allah.
Senyumlah dalam berkat Ramadhan.

Akima Akatoman said...

Anjing keparat?
Kucing kurap?
Ish ish.. celuparnya.. macam dialog dalam drama melayu pun ada..

13may said...

kagum dgn kesabaran anda..syabas!

kunci hilang said...

halo halo, kuci kuci..,

u r good sis.
i meant, excellent.!

p/s. err.. kuci-kuci itu apa?

HCI said...

eh ada lagi orang macam tu ya rampai?

blackpurple @ jowopinter said...

Anjing yang keparat dan kucing yang kurap itu kalau mempunyai akal pun akan berdoa minta tidak dilahirkan sebegitu.

Tak mengapa. Sabarlah. Ujian Tuhan agaknya.

Unknown said...

Cik Bunga,

Jangan dilayan orang yang marah. Bila dia marah, hanya kehodohan pekerti diri dia yang kelihatan, lalu hilanglah sinar kehebatan.

Buat cool je. Jangan ambil hati. Nanti dia sendiri akan menyesal.

Selamat berbuka.

Kaklong Syikin said...

salam,

selamat berpuasa BR.

sabarnya anda..alhamdulillah. tak pe, cacian itu menambah kekuatan dlman anda sebenarnya..asalkan jgn kita berperangai demikian udah...

Ku Keng said...

Dik Rampai,

Bukan senang untuk mendapat pahala dan pula dalam bulan ini. Sabar itu separuh dari iman.

Nyatakan kepadanya, anjing keparat dan kucing kurap tak meminta dari Allah untuk dijadikan sebegitu. Hanya Allah semata-mata hendak menunjukkan kepada manusia bahawa ada kalanya begitulah sifat-sifat manusia.

Dan ya, jangan bersedih kerana hari ini kematian Padmini sudah cukup untuk menjadi sebab untuk bersedih kepada peminat-peminat filem Tamil.

Dah beli baju raya? Dan adakah Claire juga akan beraya dengan tudung barunya?

Ordinary Superhero said...

Salam,

Semoga Ramadhan memberi lebih kekuatan dan ketenangan kepada Rampai untuk menghadapi ujian dunia.

Bunga Rampai said...

Salam kalian, terima kasih atas kata-kata yang sangat menyenangkan, amat menghargainya.

Indera Kencana,
Salam kembali IK.
Ya, saya senyum :)
IK juga senyum ya, dari hati.

akimanikki,
Begitulah, masa tu terfikir juga - dia ni berlakon ke? Tak percaya sebenarnya.

13may,
Terima kasih. Kadang tu tak boleh layan kepala sangat kan?

kunci hilang
halo halo, kuci kuci...oh, kunci hilang dah jumpa kunci ke teratak saya ;)

Thanks bro!

p/s kuci kuci tu saya pun tahu apa makna, tapi suka guna pabila nampak sesuatu yang comel-comel. Oh, mungkin juga singkatan kuch kuch hota hai... hehehe

Has
Ada, selagi kita bernama manusia, tak lepas dari kesilapan. Tapi yang ini saya tak sangka cempedak jadi nangka!

Blackpurple,
Setuju. Sama-sama kita tingkatkan kesabaran di bulan mulia ini.

Jiwa Rasa
Setuju. Hati masih tercalar, moga tidak berparut. Ya, cool baby cool :)

Selamat berbuka juga untuk Sdr. Jiwa Rasa.

Syikin,
Salam kembali. Selamat berpuasa juga untuk Syikin, dan selamat berbuka.

Kekuatan dalaman itulah yang sukar dicapai. Moga Ramadhan memberi kekuatan.

Bro Keng,
Ya, saya harus berani mengatakan begitu kepadanya. Minggu hadapan saya bersemuka lagi dengannya. Gerun juga memikirkan apa pula silap saya dan apa pula herdiknya.

Ya, kawan India saya juga amat bersedih atas kematian Padmini.

Sehelai baju baru pada raya pertama adalah satu kemestian, walau dompet agak lompang tahun ini dek kembara yang berpanjangan.

Terbaru dari Claire. Katanya angin musim luruh semakin kencang, dia perlu menutup kepalanya dengan sesuatu yang lebih kuat supaya rambut panjangnya tidak berterbangan. Dia memikirkan tudung hadiah saya itu :)

OSH
Salam kembali.

Terima kasih, moga-moga. Amin.
Doa saya yang sama untuk isteri OSH. Moga traumanya sudah pulih.