Lima belas minit berlalu dan Moon belum juga tiba. Entah apa gerangan dalang di jalan, atau lupakah dia pada janjitemu ini? Hati mendesah dan mulut melepas keluh. Majalah yang ditatap diketepikan lalu mata mula menyelidik sekeliling ruang legar hotel. Tiada apa-apa yang aneh untuk dijadikan bahan fikir, atau mata inikah yang kurang cekap merakam cerita? Ada sesuatu yang perlu ditulis dalam buku nota ...
mata ini perlu diasah
agar tajam panahannya
menusuk jauh ke dalam kalbu.
Mulut menguap, menguap, dan menguap lagi. Badan bersandar di sofa sambil mengajak mata untuk lelap seketika. Oh, lelapnya tidak tapi melamun pula si benak mengimbau-imbau seorang Moon itu.
“Saya akan tamatkan pengajian. Belajar menggunakan M16. Kembali ke negara saya dan menembak semua binatang-binatang itu kemudian membina sebuah universiti untuk anak bangsa saya.” Begitulah tekad Moon tiga tahun lalu ketika pertama kali kami berbual di kem pelarian tempat dia berlindung hingga kini.
Betapa peritnya menjadi orang pelarian. Saudara mara berserakan, entah hidup entah mati. Yang mati kadang tidak bernisan. Yang hidup dipagar senjata dan menagih simpati insan lain. Menumpang di bumi jiran, maka hidup pun berpada-pada. Berumah bak pondok di bendang. Makan berkais, tidur berselimutkan duka. Kanak-kanak bersekolah namun belajarnya tidak berhari, dan kebosanan melampau bisa saja menjerumuskan remaja ke dalam kancah perniagaan dadah! Warga kem juga menjadi sasaran dakwah pelbagai pendakwah dari segenap pelosok dunia, dan selalunya kemenangan milik yang bermulut manis, tangan berole-ole, serta berkantung wang.
Moon antara yang segelintir beruntung. Kepintarannya membolehkan dia diterima belajar di sebuah universiti di utara Siam. Lima hari seminggu dia bergelar siswi manakala hujung minggunya dia berpangkat guru menyuntik semangat juang kepada kanak-kanak dan remaja di kem itu.
“Sawadee ka and welcome to Kung Threp!”
Lamunan tersentak dan mata terbeliak kerana terkejut melihat Moon di hadapan dengan senyuman manis. Kami bersalaman erat dan berpelukan seketika kemudian kami saling meneliti dari kepala hingga ke kaki. Kami sama-sama ketawa selepas itu. Ya, tidak banyak yang berubah, kecuali usianya kini 22 tahun dan badan sedikit berisi. Gincu merah jambu di bibirnya menyerlahkan kedewasaannya!
Perbualan kami sama seperti apa yang kami bualkan lewat e-mel. Tentang nasib orang-orang pelarian, tentang peperangan, tentang pembangunan, tentang politik, tentang kerja-kerja sukarela, tentang kasih sayang, dan pengajiannya dalam bidang kewartawanan. Hanya satu cerita baru yang diketengahkan kali ini. Dia bercadang untuk menulis sebuah buku mengenai pengalamannya sebagai gadis pelarian.
“Maybe ... yeah maybe ... Moon: A Place of Love.” Jawabnya sambil ketawa kecil apabila saya bertanyakan bakal judul bukunya itu.
Lewat malam sedang mengemas pakaian, saya cuba-cuba menterjemahkan tajuk buku itu - Bulan Teratak Cinta ... ?
*[Kung Threp = Bangkok]
Salam.
19 comments:
tertarik juga nak baca buku itu, bulan teratak cinta...tajuknya pun dah menarik
kalo ke pasar borong selayang ramai warga myanmar yg nampak sgt gembira tapi bila diselidiki betul2 sebenarnya mereka sedang menangis dalam hati melihat tanah sendiri dirampas dan saudara dibunuh sesuka hati.Sampaikan pada Moon saya sangat teruja ingin membaca novelnya dan novel Bunga Rampai juga :D
Bila nak kuar tu? Hu Hu Hu
Peperangan banyak mempengaruhi manusia. Merubah manusia dari selesa kepada derita, baik kepada kejam.Survival untuk hidup
Aku telah saksikannya disini
semalam baru nyembang ngan bekas pelarian biatnam dulu... cerita pasal cemana derang lari... sampai tempat orang kepala tiga.... huhuhu.... :(
em, mungkin ada kaitan dengan diri penulis pastinya..
-teringin gak nak jumpe dengan insan2 yang dah lame tak jumpe..apa yang berubah ye???
salam...
tajam pena setajam mata hati dan minda yang peka melahirkan penulisan yang mantap dan berkesan.
Mak Su, harapnya buku Moon itu menarik bak cahaya bulan :)
Julietchun, ramai pelarian Myanmar di sini adalah atas ihsan UN. Mereka ada surat/sijil yang membolehkan mereka bebas berlegar-legar di M'sia tapi kanak-kanak tak boleh bersekolah. Ibu bapa pula kerja tak menentu.
Insyallah akan sampaikan pesan itu pada Moon. Saya sekadar teringin terjemahkan buku itu dalam BM - itu pun kalau mampu :)
Bro PK, Moon dan saya baru berangan-angan! Hu hu hu ...
SHIMI, begitulah manusia akan melakukan apa saja untuk meneruskan kehidupan!
Pa'chik, kisah orang pelarian memang menyedihkan. Mendengar sendiri cerita mereka juga menakjubkan dan memberi keinsafan.
'tempat orang kepala tiga' tu apa Pa'chik?
Fahana_ann, mudah-mudahan perubahan yang berlaku ke arah kebaikan.
Naz Ilyn, salam kembali. Biarlah yang kita tulis itu membawa pesanNya juga mengagungkanNya.
hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri..
salam kehidupan,
ini prolog cerita panjang ke?...kalau rekaan sendiri, boleh sangat jadi penulis ni.
Purpleheart, tadah emas di negara orang tu, bawa balik ke negara sendiri. Cairkan emas jadikan payung untuk melindungi hujan batu ;)
Cermindiri, salam kembali. Sekadar cerita pendek berdasarkan pengalaman sebenar.
dah abis translate ker buku tuh?
hehhe hehhe
Salam BR :)
Salam..
Membaca cerita moon, menyedarkan betapa bertuahnya hidup di bumi yang aman damai walaupun sesekali airnya berkocak.
Syukurnya saya idup di bumi bertuah ni. Ni.. Kalo kita tak jaga btol2 tanahair ni, tak mustahil jd mcm mereka. Naudzubillah..
rajinnya membaca. :)
rajinnyerrr..
menarikkk
13may, tulis pun belum lagi :D Salam kembali :)
Mawarmerah2008, salam kembali. Air cuma berkocak, bukan tsunami. Bagaimabnapun, tebing dan pantai perlu dikukuhkan lagi. Begitu juga kuala dan muara ;)
Mommy Lyna, sama-sama kita berusaha dan berdoa untuk kesejahteraan.
Bro Zizie, membaca titian ilmu :)
Yginsaf4, kadang-kadang saya malas juga.
Mazarina, moga ada manfaatnya.
Pa'chik,
'tempat orang kepala tiga' tu apa Pa'chik?
Terima kasih jawapan pada entri Pa'chik: Jawapan Misteri - Teras (27/7/09)
Post a Comment