Tadi, titis-titis air dari langit turun lagi. Tika ini masih lagi menitis. Syukur.
Namun andai ada bintang-bintang kala ini memerhati dalam kelam malam yang hampir subuh, mungkin mereka senyum perli dan berbisik sama sendiri Si Bunga Rampai itu memikirkan apa ya?
Hai bintang-bintang, saya sedang memikirkan tentang perjalanan waktu. Waktu datang dan waktu pergi dan ruang waktu antara dua waktu itu.
Titis-titis air yang menitis itu saya tadah untuk menyeri teratak sepi ini, lantas bisa saja teratak ini berubah wajah. Walau rona merah jambu itu amat intim di jiwa, susunan perabut sering saja meresahkan. Berkorban jua untuk sebuah ketenangan rasa. Wajah baru ini dengan atur susun perabut yang kemas amat menyenangkan, mendamaikan, menenangkan. Alhamdulillah.
Sebenarnya bukan mudah merubah sesuatu apa lagi dalam ruang waktu yang kita sendiri tidak tahu panjang pendeknya. Daripada memikirkan apakah yang bakal berlaku pada masa mendatang walhal itu semua urusan Tuhan, lebih baik utuhkan diri untuk menghadapi kemungkinan. Berubah ke arah kebaikan. Namun sesuatu yang diubah itu menagih pengorbanan diiringi rasa tangggungjawab dan rasa kasih yang tinggi sebagai hambaNya dan sebagai khalifahNya. Saya kira tanpa rasa tanggungjawab ini keindahan perubahan itu tidak dapat dikecapi sepenuhnya.
Dalam dingin titis-titis air yang turun dari langit, sebentar lagi sinar suria akan merangkak keluar dari kelambu malam. Memanaskan siang, menghangatkan sebuah kembara.
Mengembara lagi. Tidak sabar rasanya meninggalkan hutan konkrit ini menuju perkampungan menghijau. Bersama para petani bersama para pekebun, bersama ternakan mereka. Akan merentas hutan, denai kan dijejaki. Tentunya rendang pepohon menyegarkan, kicau burung menghiburkan, warna-warni bunga-bungaan liar meriang rasa, dingin air sungai melega mata meredup sukma ...
Saya kira tanpa petani dan pekebun, manusia bisa saja kebuluran tanpa makanan. Mereka sebenarnya penghibur yang meriangkan manusia dengan membekalkan pelbagai jenis makanan untuk keperluan hidup, dan berlipat gandalah keriangan manusia andai makanan itu datangnya dari hasil pertanian yang bersih dan sihat.
Hasil pertanian yang bersih dan sihat punya berkat yang tinggi. Kesannya kepada manusia amatlah besar dalam ruang waktu kala ini yang mempamerkan para penghuni bumi lebih berperanan mirip haiwan daripada manusia. Dengan izinNya, makanan yang berkat dapat membantu manusia kembali kepada fitrahnya sebagai hambaNya juga berperanan sebagai khalifahNya.
Dari langit yang masih kelam, titis-titis air terus membasahi bumi, moga mengiringi satu kembara yang tidak sepi dalam ruang waktu yang amat sepi.
Salam.
19 comments:
Titis hujan itu...titis keringat itu...titis air mata rindu yang itu..... ciptaan dari yang sama, cuma ertinya berbeza......
Titis akan luruh mengikut turutan graviti.
Apakah kita sedar graviti mengembara bersama kesepian?
ada unsur melankolik, tapi di rosakkan oleh cerita si petani pula, seolah-olah ada rintangan untuk terus meneroka ke lubuk jiwa.
isk.. x pandai arr nak komen bunga2 camtuh!
apapun.. salam kenal
untuk bicara masa, bukalah surah al-asr. kemudian, jika sepi ingatlah surah ar-rad, ayat 12 dan 28.
selamat mengembara.
bekerja sbg apa ya kiranya bunga rampai ni? selalu travelling ya..
Betapa besarnya anugerah Tuhan kan. Titisan hujan, titisan peluh membasahi diri, titisan air mata yg mengalir,semuanya ada fungisnya yang tersendiri.
p/s: tukar template juga nampak...hihi.
Salam Rampai, ini masuk kali ke3 saya buat komen. Kedua-dua kali sebelumnya keluar error message, kerana kemungkinan streamyx ada masalah.
Dah terlupa apa yang ditulis, tapi memang langit malam seolah-olah membisu, tak terkata melihat telatah manusia pada malam hari di bumi.
aduhhhh..Rampai. ( Aku pun meletakkan kepalaku di atas meja seusai saja membaca )
Salam kalian...
blackpurple,
Setuju. Hati merasa, jiwa menanggung...pasti tahu erti tersurat dan menilai yang tersirat.
pegawai khalwat,
Sedar tak sedar kembara hidup memang sepi, apalagi jika sepi itu menagih kasih Tuhan.
Has,
Aiseyman, heh, kacau daun betul si petani tu ya. Kalau tak, terbongkarlah rahsia jiwa. :):)
mamamanja,
Salam kenal. Kutip je bunga-bunga tu dan gubah buat hiasan sanggul :)
sayuti,
Adik sorang ni memang hebat. Akak dah rujuk. Terima kasih.
Syikin,
Terima kasih.Dah kembali pun.
Kerja sukarela membawa saya mengembara. Pengalaman yang dilalui digunapakai pula untuk kerja yang tak sukarela.
Yus,
Setuju. Okey tak template ni?
Keng,
Salam kembali Bro Keng. Dulu laluan streamyx ni bukan main laju. Akhir ni bukan main lembab.
Langit malam tiada teman untuk berbual. Maklum kebanyakan manusia kini hidup mereka tidak lagi sepi, malam dan siang tiada bezanya untuk mereka.
loppiess,
Sakit apa agaknya ya sampai mengaduh begitu? Pening atau ngantuk? Nanti saya carikan penawar.
Petani. Teringat kat ayah ngan mak kat kampung. Macamana mereka mampu buat semua tu. Aku turun bendang sejam pun dah berbotol air sejuk yang habis. Mereka maintain jer.
A tribute to ayah ngan mak kat kampung.
Membayangkan ruang waktu yang datang & berlalu. Semuga ianya dilaluid dengan penuh kesyukuran.
Salam kunjungan balas. Thanks.
Salam ...
Mazudi,
Alah bisa tegal biasa :)
AnggerikMerah,
InsyaAllah... dan moga ruang waktu itu tidak lompang, sentiasa berisi.
Ordinary superhero,
Salam kembali. Moga segalanya selamat.
suka dikala titis-titis peluh jantan menitis di bantal....
titisan nikmat kurnia Ilahi
Kenapa Kalian masih dibelenggu kejahilan.....
Tiap titisan adalah Kurniaan Ilahi...
Aku pasrah....dlm kandungan mu Ya Ilahi...
Allah Hu Axbar.....
tak dok update?
Salam.
NBB,
Bertambah takut jika tayar habis bunga.
cuaca,
Nikmatnya hanya empunya diri tahu menilai anugerah Illahi.
loppiess,
Harus bersyukur.
loppiess,
Moga dirimu dalam rahmatNya sentiasa.
Has,
Camne nak update, berada di luar kawasan yang tidak punya laluan internet...dan rindu ke sini sering menyapa diri :)
Post a Comment