Petang semalam jam 5.55 ...
Sudah menjadi budaya perempuan itu memeriksa tayar sebelum memandu. Semua kelihatan baik lantas dia pun memandu sambil mendengar lagu keroncong Rindu. Dia damai dan tenang kala itu.
Tiga minit berlalu dan ketenangannya terganggu. Entah kenapa keretanya menjadi lemah. Pedal minyak dan pedal gear ditekan-tekan silih berganti namun kereta semakin tidak siuman. Antara mahu dengan tidak, dia pun memandu dengan gear dua kerana itu yang paling selesa. Tiba-tiba ada bunyi aneh entah dari mana datangnya. Keroncong diperlahankan dan telinganya ghairah mencari-cari bunyi itu.
Bunyi krook, krook, krook semakin nyata datang dari arah belakang sebelah kiri kereta. Dia melihat cermin sisi kiri tapi tidak ada apa-apa yang aneh di belakang.
Sejurus krooook, kroook semakin kuat. Dia menoleh ke belakang. Asap?!!! Dia menjerit dalam hati. Cemas.
Kereta dipandu ke tepi. Keroncong ditutup kemudian dia keluar melihat apa yang berasap.
Matanya terbeliak. Aiseyymann, tayar pecah? Hari itu baru ditukar baru. Bunga masih cantik. Dia beristighfar beberapa kali.
Dia segera menelefon AAM. Seusai menelefon dia mendongak. Sekali lagi matanya terbeliak.
Seekor gagak hitam melayah-layah melintas di hadapannya ...
Salam.
14 comments:
mujurlah tuan punya kereta yang manis itu tak apa-apa. :)
alhamdulilah selamat. lastik je gagak tu
lepas tu datang paripari naik penyapu terbang. berlanggar dgn burung gagak. lalu berlaku letupan yang kuat. asap berkepul-kepul.
heeheh... aisey men...
xpala nk buat mcm na!
itu gagak AAM tuh, dtg wat survey...
nanti belajar tukar tayar ye
duh.. masih dibayangi gagak hitamkah Datuk Seri?
Ni baru dua kali, kan. Tengok esok lusa .. kalau terjadi sampai tujuh kali, bolehlah hipotesis nul ditolak :)
.. Moga bahagia masih menjadi milikmu.
salam,
ini dah jadi the cronicles of gagak hitam...
lepas ni apa yang terjadi angkara gagak ek?hehe salam sis
salam,
tukar ganti dengan tayar kereta api je la..
sampai kapan pun tak pancit
ohh!.. gagak itu ada jugak
(",)
mungkin kamu akan ketemu sama mark dacascos, jangan brandon lee sudah la.. dia dah mati lama..
suka pilim the crow tuh...
Bila membeli tayar harus juga diperhati tarikh luputnya BR. Baru di kedai tak bermakna baru di kilangnya. :)
Dah dibuat laporan ke Majlis Perbandaran untuk menembak gagak itu ke belum [sungguh tak munasabah sungguh syor saya kan.... ]
berapa AAM caj utk tukar tayar tu..
Akirasuri:
Tuan punya kereta itu ucapkan terima kasih atas ujaran manis itu :)
King:
Oh, kini lastik adalah senjata kedua sebagai teman berjalan, di samping cili.
Bro Zizie:
Asap berkepul-kepul itu membuat perempuan itu pening dan akhirnya pengsan. Apabila sedar, didapatinya keretanya itu bertukar menjadi kereta kuda yang dihiasi bunga-bunga wangi. Di dalamnya seorang pahlawan tampan sedang menanti ...
Sunan Jati:
Sabar jerlah kan En. Sunan.
Art:
Hahaha kelakarnya awak ...
Tahu tukar tayar, sikit-sikit ... saja-saja nak bermanja dengan AAM :D
Izariza:
Bahagia tetap saja milik saya Datin Iza. Saya yang menciptanya..
Aah, gagak itu, barangkali sekadar mengacah-ngacah sambil menguji-nguji kekuatan hati. Maklum, bahagia tidak akan tercipta pada hati yang lemah..
Andai 7 kali gagak menjelma di hadapan mata, barangkali saya kenalah mandi air kelapa :D:D
Salam kasih :)
Butaseni:
Salam kembali,
Entah, saya pun tahu. Kalau ada, akan saya ceritakan.
Salam jua Bro :)
Bang G:
Kahkahkah...heh, sakit perut gelak!
Pa'chik:
Saya mahu ketemu Amitabh Bachan :)
BP:
Begitulah BP. Tapi tayar saya tu sudah diperhati, semua beres. Cabaran ..
Hehehe lucu ... nampaknya BP memang tak suka pada gagak :)
Kemat:
FOC..
Yg bagusnya sabar...
Tegezoot:
... kerana sabar separuh daripada iman :)
Post a Comment