Tuesday, 19 June 2007

Lelaki Pakai Subang

Apalah yang nak dihairankan pada lelaki yang masuk ke salon kecantikan untuk mendapatkan rawatan facial. Tidak juga menghairankan kalau lelaki menggunakan produk penjagaan kulit yang lengkap seperti orang perempuan. Itu keperluan asas saya kira untuk menjaga kulit wajah agar penampilan lebih segak.

Saya juga tidak hairan andai ada lelaki yang gemar memakai kemeja berbunga-bunga, atau menggalas beg yang bercorak agak feminin. Itu fesyen, kata mereka.

Apa yang menghairankan saya ialah lelaki yang memakai subang di telinga. Tak cukup satu, dipakainya dua atau tiga. Paling hebat yang pernah saya lihat ialah dua cuping telinga dipenuhi subang beraneka bentuk, warna, dan gaya. Fikir saya, barangkali dia sudah kehabisan tempat untuk menyimpan subang-subangnya, maka disimpan saja di cuping telinga. Barangkali juga cuping telinga itu tidak cukup, lalu dipakai di hidung, di bibir, di hujung lidah, dan di pusat.

Lagi menghairankan saya ialah apabila si pemakai subang itu ialah seorang lelaki yang sudah setengah abad umurnya! Astaghfirullah al'azim...

Rata-rata lelaki yang pernah ditanya berkata memakai subang itu meyakinkan diri, mengikut fesyen, dan kelihatan cantik. Cantik?

Cuma yang tidak menghairankan saya ialah kalau lelaki yang memakai subang itu adalah lelaki India kerana memakai subang yang dipanggil kadukkan merupakan adat dan tradisi yang dilaksanakan ketika kanak-kanak lelaki mencapai usia baligh. Tradisi ini disempurnakan dalam upacara bertindik penuh adat istiadat dengan segala jampi serapahnya. Budaya ini juga dijalankan untuk kanak-kanak perempuan di mana subangnya dipanggil toodu.

Menurut kepercayaan kaum India, manusia yang tidak ada cacat-celanya mudah terkena sihir. Oleh itu, bertindik dan memakai subang melambangkan 'kecacatan' dan tidaklah mudah terkena sihir.

Sudah tentu lelaki Melayu memakai subang bukan kerana alasan yang sama seperti kaum India itu. Alasan yang utama ialah fesyen.

Rupanya kebanyakan kita ini suka menjadi hamba kepada fesyen hingga lupa kepada batas-batas dan sempadan tata-susila berfesyen!

Salam.

20 comments:

Mak Su said...

tentu depa tu takut kena sihir, sihir mondo magic.

Mommy Lyna said...

"apa salahnya ikut stail"
"korang ni kolotla!"
"aku punya suka la"

Pa'chik said...

ramai juga lelaki dok kat subang...

kingbinjai said...

saya lelaki. dan saya tidak rasa memakai sudang kaan menyebakan saya jadi lebih yakin dan cantik

Sunan_Jati said...

ooo itu mcm ka?
ayoyoyoyo!

- G O R O - said...

Awat jadi lagu tue... Kawan saya ada gak pakai subang.. pakai magnet punya.. suh tindik tau tak mau.. Bodoh gle..asal jumpa, saya tunjal dahi dia.. umuq dah besaq.. perangai budak2

13may said...

salam BR,
saya penah terdengar mengenai kepercayaan org melayu...di mana, jika anak lelaki itu sgt seiras dgn bapa kandungnya...maka kena tindik subang...

ntah la...bagi saya mengarut saja benda tuh....hmmm...

Anonymous said...

baru la nmpk cam artis. kool habes kot...

Butaseni@Wan Raja said...

kalu tradisi omputeh pulak,lelaki bertintik di sebelah kana melambangkan gay,sebelah kiri pulak anak luar nikah.yg melayu2 ni tak tau ujung pangkal,tau tiiiiinddikk je.
pastu tak boleh jadi wali bila anak perumpuan nak akad.
diorna gtak tau ka?

Pegawai Khalwat said...

Laa.... kenapa tak cakap kat lelaki tu, yang kedai jual tudung ada kat hujung jalan sana.

akirasuri said...

he he he. pernah tengok lelaki tindik kat idung yang ala ala macam lembu tu :D kalau ikat dengan tali kat subang idung dia tu mesti jadi macam lembukan kan kan :D

tuan tanah said...

"Fikir saya, barangkali dia sudah kehabisan tempat untuk menyimpan subang-subangnya, maka disimpan saja di cuping telinga. Barangkali juga cuping telinga itu tidak cukup, lalu dipakai di hidung, di bibir, di hujung lidah, dan di pusat."

Hehehe... Kelakar pulak kenyataan kat atas ni.

Pa'chik said...

dulu ada iklan pepsi pasal sorang laki dan subang-subangnya yang penuh kat badan...

blackpurple @ jowopinter said...

Yang paling kelakar lagi menjengkelkan, seorang penyanyi lelaki Melayu bercakap tentang merdeka, penjajahan dan neo-kolonialsme tapi telinga bersubang. Huh!

Sunan_Jati said...

ok.. sila hapdet plak... ehehhehe!

Petiais said...

menyerupai kaum hawa itu sudah berdosa :)

Kaklong Syikin said...

salam,

err..saya dpt tau, kalau lelaki pakai subang sebelah, tandanya dia seorang gay, betul ke?

Ku Keng said...

Lelaki memakai subang
.
..
...
Dunia akhir zaman

Bunga Rampai said...

Mak Su:
Mondo magic tu apa ek?

Sitilina:
Dan mereka ingat merekalah yang paling gah bergaya stail terkini.

Pa'chik:
Moga mereka lelaki yang baik-baik.

King:
Dah cuba pakai?

Sunan Jati:
Ayoyo, En. Sunan tak da tau ka?

Goro:
Besaq mana subang magnet tu?

13may
Salam kembali May, saya panggil May pulak ... hu hu :))

Memang ada kepercayaan begitu di kalangan rumpun bangsa Melayu. Tapi rasanya dipakai masa kecik saja, bila besar dibuang.

Kamarul:
Baik lagi duit beli subang tu dibelanjakan untuk ais krim Mat Kool :D

Butaseni:
Wow, tepat pada sasarannya!
Orang Melayu lebih banyak dan lebih suka jadi pengikut.

Bunga Rampai said...

Bro PK:
Hahaha ... hisy, dia ni lah, selalu buat saya gelak memanjang.

Akirasuri:
Manusia punya badan, lembu punya nama :D

Tuan Tanah:
Hehehehe...saya pun gelak sebenarnya.

Pa'chik:
Iya? Saya tak ingat :(

BP:
Saya rasa apa yang BP rasa.
Huh!!

Sunan Jati:
Saya tiba-tiba tersibuk pula. Nak jengah blog kawan-kawan pun tak sempat. Sabar ya En. Sunan :)

Petiais:
Kamu faham.

Kaklong:
Kalau ikutkan mat salleh, begitulah.

Bro Keng:
Takutnya.
Insaf dan bertaubat.