Petang, di sebuah simpang empat. Kereta perempuan itu ditahan Polis Trafik bermotosikal. Perempuan itu menurunkan cermin, "Assalamualaikum."
"Kad Pengenalan dan Lesen." Pinta pegawai itu yang sedang memegang sebuah buku.
Akur, perempuan itu menyerahkan dokumen.
Pegawai itu dengan kumisnya menjunam di tepi bibir meneliti dokumen. Kemudian melihat cukai jalan, kemudian mengelilingi kereta, kemudian memeriksa setiap tayar dengan tangan (sentuh-sentuh) dan kaki (sepak-sepak), kemudian mengintai-ngintai isi kereta, kemudian meminta perempuan itu membuka but kereta. Akur juga.
"Cari pasal." Bisik hati perempuan itu sambil membuka pintu but luas-luas. Mata pegawai itu liar memeriksa kandungan. Ada fail buruk, ada surat khabar lama, ada kasut sukan, ada sekampit kecil Friskies, ada sebuah beg galas kecil ... "Buka," pintanya. Akur lagi.
"Memang cari pasal." Dengus hati perempuan itu sambil mengeluarkan isi kandungan. Ada kemeja T, ada stokin, ada dua buah buku, ada satu bar kecil Cadbury Black Forest.
"Tayar kereta ... bunga dah habis." Pegawai itu.
"Oh?" Perempuan itu kehairanan.
"Merbahaya, boleh menyebabkan kemalangan."
"Terima kasih, nanti saya tukar."
"Saya perlu keluarkan saman sebagai peringatan."
"Eh, itu pun nak saman?"
"RM200.00"
"HAA??"
"Ermm, RM100.00 tanpa bil saman."
"Oh, mesra rakyat?"
"Memudahkan kerja awak dan saya."
"Keluarkan saman 200."
"50 tanpa saman." Pegawai itu. Senyum.
"Keluarkan saman 200." Perempuan itu. Tegas.
"Jangan lupa cek tayar itu." Pegawai itu berlalu pergi tanpa mengeluarkan saman.
Salam.
23 comments:
ceh!
si misai mahu mengepau wang rakyat ek. cett!pooorahh.
Nasib baik dia tak kata, "ini bawa cadbury black forest ni salah ni. Membawa coklat dalam beg sambil memandu!"
Psss.... tayar botak tu memang bahaya.
lenkali mintak sekali badge "Saya Anti Rasuah" tu sama..hehhe
salam:)
bijak wanita tu :-)
ketegasan yg sebegini yg perlu ada jika bibit2 meminta tanpa sebab ni timbul... Syabas kepada wanita itu...
Akirasuri:
Memang ceh!.
Rakyat kena berani bertindak.
Bro PK:
Perempuan itu risau sebenarnya, manalah tau coklat itu ditukar dengan black poppy - jadi kes lain pulak!
p/s Terima kasih mengingatkan.
13may:
Hehehe. Tapi masa kejadian, perempuan tu tak ingat apa dah...perasaan bercampur aduk...geram, marah, rasa nak tengking pun ada!
Salam kembali :)
Azer:
Wanita itu kecut perut sebenarnya. Lagi-lagi tengok kumis tu :D
Sastri:
Tegas. Berani kerana benar!
bayu juga bercita-cita membuat sedemikian kepada polis sedemikian..
tapi bayu tak pernah mahu ditahan polis ketika memandu :)
Bagus..pakcik misai tu mentang-mentanglah dia tengok pemandu perempuan, suka-suka dia je mengambil kesempatan.
Aku sukalah perempuan tu. Melampau sungguh polis tu. Kot ya pun nak memeras, carilah alasan yang ok sikit.
Tahniah kepada perempuan itu. Jangan diberi muka penguasa yang suka makan bersuap..!
Salam Dik Rampai,
Nasib baik tak dikatanya, warna kereta tak matching dengan pakaian Cik.
Ketok Ketampi!!
Bunga Rampai...
Kenapa tak diambil nombor badannya, lepas tu laporkan kepada pihak atasan polis!
Kalau mahu bagi pengajaran kepadanya, ambil nombor badannya dan nombor kenderaannya dan lapor kepada BPR biar mereka buat kawad cam dan kita bawa dia ke pengadilan! Kalau tak cukup saksi/bukti kita masih boleh cadangkan laporan Tatatertib padanya sehingga boleh beri kesan pada kerjayanya ~ tak naik pangkat, gaji statik, atau bagi kerja yang tak deal dgn orang awam...so dia tak blh minta rasuah...
Pasti dia akan buat pada orang lain lagi kalau biar dia berleluasa...
Mujur BR berani! tapi saya tak puas hati nii...kalau dapat tangkap dan gari dia lagi bagusss!
"Rasuah dihina Maruah dibina"
ADIL TEGAS AMANAH
Nota kaki: Penjawat awam yang gagal melapor permintaan rasuah daripadanya boleh dituduh dibawah seksyen 17B Akta Pencegahan Rasuah 1997.
P/s: BR penjawat awam ker? heheheee
Dusshhh... terkesima si baju uniform.
Syabas Datuk Seri .. hehehe
p/s: izinkan saya memanggil gelaran itu buat kali terakhir :)
kaslau saya: "en tak takut tuhan?"
Wah! seorang perempuan yang kuat.
Saya kagum.
Dua-dua diuji. Selamat pemandu itu kerana lulus ujian. Dan selamat polis itu kerana akhirnya malu dan berubah pendirian. Agaknya dan hendaknya.
Memang sengaja cari pasal betul. Bijak sungguh wanita itu. Tahniah dapat menangani situasi sebegini dengan tenang.
Apa kabar perempuan itu sekarang?
Mungkin kena buat laporan BPR?
Akuokay:
Oh, lagu itu di sana ya. Nanti saya fikir-fikir sama ada mahu multiply atau tidak. Terima kasih.
Bayu Senja:
Tapi 'pabila polis trafik kata dia mahu tahan, maka kita perlu pertahankan diri andai caranya tidak betul.
Salam kenal :)
Iman:
Kali ini dia tersilap perempuan ;)
PayaKubor:
Salam kenal :)
Polis itu menunjukkan kebahlulannyanya sendiri!
BP:
Perempuan itu kata terima kasih :)
Pengantin je kan makan bersuap? :D
Eh, BP bila lagi makan bersuap? hehehe ...
Bro Keng:
Salam kembali Bro.
Hahaha ... ketok ketampi! Wah, kalau kena, perempuan itu pasti popular satu Malaysia! :D
Hani Sumayyah:
Sudah dilaporkan kepada BPR.
p/s kalau penjawat swasta, lepas ke kalau tak lapor?
Izariza:
Kalau dia tahu perempuan itu bergelar Datuk Seri, pasti dia escort sampai ke destinasi :)
p/s: Eh, eh, teruskan saja panggil gelaran itu, saya izinkan ... hehehe... (merapu eh :D )
King:
Kata-kata itu sangat mujarab.
Hakim:
Dalam hati perempuan itu Tuhan saja yang tahu ... menggeletar!
Pak Malau:
Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah.
Yus:
Sungguh dia cari pasal, tapi balik tangan kosong... padan muka! :)
Inilah Saya:
Perempuan itu baik-baik saja, terima kasih.
Laporan BPR sudah dibuat. Mana boleh lepaskan begitu saja.
1st time disini, terusik skit minda nie hehehe, salam rampai sari.
elok minta saje nombor id kerjanyer, berhak kita dptkannya.
p/s: respek bunga-bunga yg tegas berdiri, jgn mudah layu bila kena sergah lagi. :)
jgn kita layan polis yg mcm nih.
perlu di ingat,
"pemberi dan penerima rasuah adalah ahli neraka"....
mineral:
Salam kembali mineral, datanglah lagi 2nd time :) Cuma di sini tidak ada kopi atau, sekadar titis-titis air dari langit untuk membasahi tekak :)
p/s Sayangi bunga-bunga!
Cikdinz:
Betul, jangan layan!
Kalau mahukan rasuah sifar, kita kena tegas dengan pendirian kita.
Post a Comment