Khamis 14 Jun 2007, 12.30 tengahari ...
Bersama hanya untuk memandang seraut wajahnya yang suram bukanlah sesuatu yang enak dirasa. Seenaknya bertamu ialah 'pabila ada bicara tentang bintang-bintang di langit, atau pelangi tengahari, atau titis-titis air, atau tentang sebutir mutiara itu. Namun begitulah selalunya, dia mahu bertemu hanya untuk melontar rasa asam garam dan manis pahit kehidupannya.
"Apa lagi kali ini?"
"Dia mahu saya tinggalkan dia." Suram wajahnya menjadi kusam.
"Bagus, teruskan." Ujar saya. Dia menjegilkan mata.
"Saya tidak sanggup."
"Tapi sanggup dipermainkan dan diperbodohkan?"
"Kasihan pada Lia dan Aman."
"Dia cuma ibu pada nama, tanggungjawab ibu kamu yang pikul."
Aduuh, siapalah saya ini untuk berungkap-ungkap begitu kepadanya yang lebih berpendidikan tinggi! Namun barangkali kerana tali kekeluargaan dan persahabatan yang tersimpul kuat sejak kecil lagi menjadikan kami dua orang sahabat yang saling memahami, maka saya petah saja mengaju-ajukan suara lantang yang barangkali kurang lunak didengarnya.
Begitu sekali kehidupannya yang tidak pernah bahagia walau mahligai terbina atas nama cinta dan kejujuran mahu mengangkat mertabat seorang perempuan dari lembah yang kotor ke taman indah yang dikerumuni rampai sari semerbak harum, lalu dibelai-belai dan diteduhi selangit kasih hanya untuk yang tersayang.
"Apa harus saya buat?" Tanyanya dalam murung wajah yang menggusarkan saya.
"Tunaikan apa mahunya."
Dia mengeluh panjang-panjang.
"Hei, ramai lagi perempuan yang anggun-anggun di luar sana untuk menjadi ibu kepada Lia dan Aman!"
Matanya berkaca-kaca.
"Aduuh, untuk apa bersedih? Kan sudah diusaha untuk mengubah keadaan?"
"Saya lelaki malang."
Lebih malang lagi maruahnya sebagai lelaki saya kira, andai dia tidak melepaskan perempuannya itu. Bertambah-tambah malang andai berterus-terusan menjulang kasih yang tidak berbalas. Dia perlu membuat keputusan.
Akur, membuat keputusan bukan calang-calang sukarnya, amat berat untuk dilaksanakan dalam kehidupan yang fana ini. Kadang-kadang keputusan itu berdaya menghancurkan diri sendiri dan bisa saja menggurit berkeping-keping hati yang lain.
Pada jiwa-jiwa yang mengagungkan Rabbulalamin, keputusan yang berlandaskan cinta kepadaNYA, walau perit untuk dipapah, bakal membungakan cinta yang lebih wangi dan bermakna untuk sebuah kehidupan yang lumayan di dunia dan akhirat. Wallahu'alam.
Addin, moga Dia melapangkan hatimu untuk satu keputusan yang kamu redha dan diredhaiNYA.
Salam.
16 comments:
err... macam satu lagu dikir barat... tunggu tak kelik... dak pun lagu wings zaman mus, krisis di pertengahan hidup
wah...
sabola...
Saya tak mahu jadi seperti lelaki malang itu...
Kalau dikata dirimu malang, maka malanglah..pilihan pada kita
Salam Datuk Seri,
Mungkin bukan satu keputusan yang mudah bagi dia untuk melepaskan. Namun, hati kecil saya juga berdoa agar kelak akan terbuka jalan nan lurus menuju kesudahan yang terbaik untuk dia.
Pahatkan nisan serangkum syair,
keluh pujangga kasih tak sampai.
p/s : andai ada kesudian, berikan hamba alamat emelmu di izariza06@yahoo.com
Salam.
selalu dgr cerita si isteri yg sukar tinggalkan suami yg curang. jarang dgr cerita yg semacam dlm entri ini. huhu..
salam n thx sudi jengah ke blog sy. :)
mak su hanya dapat berkata simpati aje. no komen.
kadang-kadang memang susah kita nak menyayangi orang kita sayang sangat.
kadang-kadang jugak orang yang kita rasa ditemukan tuhan untuk sehidup semati juga bukanlah orangnya.hanya 'dia' yang tahu.
Kita cuma merialisasikan sahaja.
salam
Kalau sayalah, jauh lebih rela menjadi lelaki yang malang dari menjadi lelaki yang dayus. Malang itu cuma nasib permainan dunia tapi dayus itu amat keji di sisi Tuhan. Malang itu ada jalan penyelesainnya, tetapi dayus itu neraka tempatnya.
[Entah kenapa semacam kasar pula nada komen saya ini, menyimpang terlalu jauh dari entri BR barangkali..]
Suami yg dapat bersabar dengan perangai buruk si isteri pasti dibalas Allah dengan kebaikan juga kemuliaan yg lain.
Tapi sabar itu juga perlu ada batasannya...
sesuatu keputusan akan tepat bila syariat jadi ukuran...
kita lihat org..kita nampak salah dia..mudah kita menasihat..
tapi bila diri sendiri terkena..baru tahu susah perit nya membuat keputusan...
dulu saya slalu melihat..tapi skarang saya cuba merasai juge..:)
bersabarlah
emm.
saya orang yang tidak faham situasi.
cuma mampu simpati dan harap beliau bersabar.
dia seorang bapa yang baek.
insya-ALlah akan ada zaujah yang baek nanti untuknya menggantikan yang sekarang :)
Kesian.
Pa'chik:
Lagu kehidupan ada pelbagai rentak :)
Sunan Jati:
Moga kesabarannya mendapat balasan yang baik daripada-Nya.
Goro:
Jadilah lelaki berhemah.
Art:
Betul. Apa yang kita fikir tentang diri kita, itulah kita.
Izariza:
Begitulah Datin Iza, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Terima kasih alamat emel itu, amat menghargainya.
Kamarul:
Banyak lagi cerita sebegini tapi jarang diketengahkan.
Salam kembali.
Mak Su:
Terima kasih.
Butaseni:
Redha. Sabar. DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Salam kembali.
BP:
Kisah dipaparkan boleh dilihat dari pelbagai sudut.
Komen BP tidak kasar, ianya tegas dan tepat pada sasarannya.
Tegezoot:
Moga Allah memberi hidayah kepada isterinya, kembali ke jalan yang diredhai.
Achik Sufi:
Setuju.
Petiais:
Alhamdulillah.
Kingbinjai:
Kurang pasti sejauh mana lagi dia boleh bersabar. Moga Allah memberi petunjuk kepada kedua-duanya.
Akirasuri:
Terima kasih Dik.
Amin.
Tuan Tanah:
Sungguh!
Post a Comment