Monday, 25 June 2007

Ah, mata ini ...

Manakan bisa menutup mata kala menjalankan tugas. Apa tah lagi andai tugasan itu bertempat di beberapa buah kompleks membeli-belah dan taman-taman rekreasi di sekitar ibu kota. Macam berhibur-hiburlah pula saya selama empat hari itu. Aduuh, mata ini pun satu juga, payah benar untuk tidak melihat mereka! Anak-anak muda itu saya kira sedang ... entah apa perkataan yang paling sesuai ya ... membeli-belah, bersantai, bersiar-siar, berpeleseran, atau berkeliaran?

Perangai anak-anak muda itu sungguh merobek hati saya, tapi barangkali tanggapan saya itu salah. Maka untuk memujuk luka itu dan mahu benak berfikiran yang baik-baik saja, saya pun memakai kaca mata hitam dan berbisik manja kepada hati ...

Barangkali sudah menjadi trend masa kini untuk berkahwin muda, dan direstui oleh ayahanda bonda. Barangkali juga pengantin baru mahu berjimat-cermat lalu berbulan madu saja di tanah air. Oh, keghairahan mereka bercanda asmara sukar dibendung, bermesra-mesraan dan bercumbu-cumbuan di mana-mana! Di kompleks membeli-belah. Di taman-taman rekreasi.

Entahlah, empat hari itu amat menggusar rasa dan menggangu tumpuan tugasan. Sebak nian, dan hati membujuk mohon dihibur.

Lalu saya bersantai mencuci mata di sini. Betapa saya terhibur sekali sehinggakan air mata menitis membasahi pipi, menyuci hati, dan mengangkat cinta untuk-Nya. Terima kasih Pak AJ. Moga Tuhan memberimu damai dan tenang, sentiasa.

Salam.

24 comments:

Ku Keng said...

Yang bercanda dan bercengkerama secara terbuka di tempat awam
hanya dua tekaan
Manusia yang tiada daya dan upaya berfikiran, atau
.
.
.
.
.
haiwan.

Mak Su said...

kesian awak.. tu sebab ler kita kena "berkhalwat" supaya mata tak robek, ek?

13may said...

salam BRampai...

yang paling sedih...apabila melihat budak2 bawah umur buat perangai camtu...

alehaiii....

Sunan_Jati said...

weh area mana tuh.. kasi tau kat aku.. weh..
hehehehe!
aku nk bom tmpt tuh..!
maksud aku nk kasi kuih bom kat situ.. edarkan secara percuma..!

Pegawai Khalwat said...

Bersangka baik itu baik.

akirasuri said...

oh oh!
macam-macam dunia sekarang..
sungguh menyedihkan..

Butaseni@Wan Raja said...

punca utama......media massa.
nanti zaman anak cucu kita tak tau macam mana lagi teruk.

abdullahjones said...

:)

selamat jalan.

Anonymous said...

Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia ...

Sunan_Jati said...

weh.senyapjer!

Bunga Rampai said...

Bro Keng:
Gila dan binatang. Aduh!

Mak Su:
Ini kena tanya Bro Pegawai Khalwat ;)

13May:
Salam kembali ...
... dan alasan mereka - zaman berubah! Alahai ...

Sunan Jati:
Aikk, jihad apa ni nak bom-bom?

Ermm, laa ni En. Sunan buat kerja part time ka jual kuih bom? :))

Bro PK:
Tengok keadaan.

Akirasuri:
Kenalah selalu pakai kaca mata hitam!

Butaseni:
Semua bermula dari diri kita sendiri.

Pak AJ:
:)

Hingga bersua lagi.

Kamarul:
Zaman tsunami, orang takut bercanda kat pantai.

En. Sunan, saya bersembunyi sekejap, takut kena bom!

- G O R O - said...

Globalisasi yang pesat berkembang membuatkan manusia alpa?...
xperlu salahkan globalisasi
Salahkan diri sendiri...
punya akal dan fikran
tapi singkat pemikirannya...
Tatasusila sekadar nama...
bukan menjadi amalannya...

blackpurple @ jowopinter said...

Memakai kaca mata hitam itu mempunyai 'simpulan'nya yang tersendiri. Mungkin sebab menyembunyikan diri, mungkin sebab malu dengan objek-objek di depannya, mungkin juga sebab sakit mata....Cuma sipemakainya yang tahu.

[saya memang begini, mengomen entah yang bukan-bukan]

Pa'chik said...

kalau gulungan ibu-ibu buleh dok berhinggut kat konser sekolah nyanyi-nyanyi-khayal, kadang lebih dari dari yang muda pula... tidak terbit rasa hairan bila anak-anak muda pula begini...



yang hebatnya... disebalik segala kebejatan itu.. keputusan periksa makin lama makin baik.. cumanya kehebatan um saja yang nampak merudum...

kingbinjai said...

saya pun kadang rasa keciwa. takut pun ada

Achik_Sufi said...

nak salahkan mereka, katanya mak ayah x beri didikan...nak salahkan mak ayah, katanya kerajaan yang x bendung maksiat...nak salahkan kerajaan, katanya itu tanggungjawab mak ayah mereka...yang pastinya, hanya hukum islam yang dapat membendungnya...

Sunan_Jati said...

wahahahah...
xder ker citer baru ..
hehehe!

Bunga Rampai said...

Goro:
Era globalisasi menjadikan manusia berkejar-kejar mengaut ilmu, tapi tidak semua yang dapat ilmu itu mengamalkannya.

BP:
Dari mata turun ke hati. Mata pelindung hati dan perlu dilindungi. Memakai kaca mata hitam adalah perlindungan pertama agar hati tidak tercemar dek objek-objek yang memalukan dan boleh mendatangkan kemudharatan pada hati.

[Mengomen dari sudut yang berlainan menunjukkan kematangan fikiran si pengomen. BP, teruskan cara dan gaya begitu. Itu asli dan unik!]

Pa'chik:
Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Saya sering gusar memikirkan sistem pendidikan kita. Saya kira masih banyak yang perlu diolah.

King:
Bagus. Menunjukkan anda peka pada persekitaran.

Bantulah mana yang mampu untuk mengelokkan suasana. Selainnya serahkan pada-NYA.

Achik Sufi:
Setuju, dan memerlukan pendekatan yang sesuai.

En. Sunan,: citer banyak ... nak baca tentang citer apa?

Izariza said...

Oh gawat .. sekali akhlak.. bejat sekali tatalaku! Inilah pelapis bangsa .. memang sedih sekali memikirkan hal ini :(

Tapi .. Datuk Seri,
Sekurang-kurangnya rasa tercuit dalam hati itu tanda keimanan :) Alhamdulillah...

Sastri said...

hmmm... mata melihat tapi hati tak berkenan...

banggugar said...

salam,

trend kawin muda tu mungkin kerana kebanyakkan muda-mudi sekarang sudah banyak mempunyai persediaan yg lengkap bagi pandangan mereka..

entahlah!..

(",)

Iman Mawaddah said...

Salam BR,
Paling menyedihkan, kebanyakkannya beragama Islam.

Sunan_Jati said...

eheheeh...
wah sedih tgk zmnla...

sedih sgt...

Bunga Rampai said...

Izariza:
Terima kasih. Datin Iza kerap datang membawa penawar duka ;)

Sastri:
Sebab tu selalu pakai kaca mata hitam. Kadang tu, musim hujan pun pakai jugak :D

Bang G:
Barangkali ...

Iman:
Salam kembali Iman,

Itulah dia, memang menyedihkan :(

En. Sunan, jangan biarkan sedih itu berpanjangan ... lakukan sesuatu :)