Wednesday, 13 June 2007

Mahendran dan Khairil

Rupanya Mahendran yang baru 4 bulan menjadi anak didik saya itu adalah abang kandung Tilla yang mulutnya becok sekali dan cukup suka jaga tepi kain orang.

Mahendran berkarektor introvert. Suaranya langsung tidak keluar apabila diajukan soalan, kalau bersuara pun macam bunyi ayam yang tidak cukup makan gayanya! Dia cuma bersuara sedikit kuat apabila diacah-acah oleh Khairil yang duduk di belakangnya. Budak Khairil ini pun satu juga, nakalnya bukan main lagi dan saya agak kecewa dengan pencapaiannya walau sudah 2 tahun di bawah bimbingan saya.

Mahendran dan Tilla datangnya dari keluarga 11 orang dan tinggal di rumah pangsa dua bilik. Ibu, bapa, datuk, dan 8 orang adik beradiknya tinggal sebumbung. Tilla di Darjah 5, Mahendran di Tingkatan 1. Kakak sulung mereka Yugini menjadi murid saya dua tahun lepas ketika di Tingkatan 5. Hasil usahanya yang gigih, BM yang sering gagal dulunya berubah menjadi kredit 5 di dalam SPM. Dia juga mendapat 1A, dan 5 kredit yang lain. Sekarang dia di Tingkatan 6 dan bercita-cita untuk ke menara gading, dan menjadi guru.

Mahendran bersama seorang lagi adiknya diserahkan kepada rumah anak yatim ketika masing-masing berumur 8 dan 7 tahun. Bapa mereka kerjanya pemandu lori. Ibu mereka tukang sapu di sebuah pasar raya. Apabila rumah anak yatim itu ditutup, Mahendran dan adiknya kembali ke pangkuan keluarga awal tahun ini. Mahendran ini kemahuan belajarnya cukup kuat dan dia rajin. Dalam masa 4 bulan sudah ada peningkatan dalam pelajarannya.

Akan tetapi budak Khairil itu, alahai, tak berubah-ubah sikapnya. Dia mempunyai 6 orang adik beradik. Dia yang sulung. Bapanya pemandu lori manakala ibunya pekerja kilang. Saya pening. Sudahlah mengganggu-ganggu orang lain, dia jarang sekali menyiapkan kerja dalam kelas! Sudah dinasihati, sudah ditegur. Sungguh keras kepala! Lain yang disuruh, lain yang dibuat.

Remaja mestilah membincangkan perkara yang keburukan. Remaja mestilah menjalankan aktiviti bersama rakan sebaya. Kalau kita tak tahu rakan sebaya kita akan mengajar kita. Kalau di sekolah mengadakan menghadiri motivasi remaja. Di motivasi cikgu akan mengajar remaja tentang pelajaran. Cikgu akan beritahu kepada remaja apa-apa yang keluar di peperiksaan. Remaja mestilah belajar pelajaran yang diajar oleh cikgu mata pelajaran.

Saya ketawa kecil semasa memeriksa karangannya itu mengenai "rakan sebaya dapat membantu dalam proses pembentukan disiplin remaja." Kalian juga ketawakah? Barangkali. Wah, kalau begitu kita sendiri mentertawakan orang Melayu!

Oh, itu cerita Khairil yang mewakili cerita Aqilah, Idah, dan Nasrul.

Akan tetapi cerita Nuratiqah sudah berakhir buat seketika ini. Dia tidak lagi menjadi anak murid saya, walhal peperiksaan UPSR sudah semakin hampir. Bapanya garang tapi tidak melarangnya untuk menghadiri kelas. Kata ibunya, Nuratiqah tiada kemahuan untuk belajar lagi. Saya sedih. Saya masih memujuknya.

Salam.

18 comments:

13may said...

alahai...kesian plak memikirkan tentang Nuratiqah tuh....hmmm...

salam.

Pa'chik said...

alahai.. anak itu.. kesiannya... che'gu besau tak buat apa-apa ke?

masa sekolah dulu, budak yang tak hadir ke sekolah dekat setahun, che'gu besau usaha jugak carik dia, mintak pegi sekolah..tak tau mana pegi dah che'gu besau tuh... jahat macam mana budak pun dia terima, rugi kalau ada anak melayu yang tercicir dalam pelajaran kata dia. hatta budak yang kena buang dari sekolah paling jahat kat sini pun dia terima lagi, cumanya budak tu bangang, belum pun sebulan, dia terlibat dalam kes pembunuhan, sudahnya jadi cam remy dalam gila-gila remaja, sekolah kat henrigen'ni.

Mak Su said...

bungarampai - teruskan usaha murni anda

- G O R O - said...

bungarampai seorang guru..Padanlah

Sastri said...

mungkin masalah yg melanda Nuratiqah menyebabkan dia tiada minat untuk belajar... pernah ada pelajar seperti Khairil juga tetapi penuntut IPTA, memang geram, dan sas pula memang garang, sampai sas suruh dia keluar kelas...

m i n e r a l . . . said...

sy juga pernah ade mengarang menggunakan perkataan2 yg lain maknanyer, hehehhe zaman sek rendah, asyikkk main saje, x peduli nasihat org, bila dah besar bila lihat buku2 lama ketawa sendirian.... walaupun tidak secantik mana bahasa dan tulisan itu tp sy bangga saya bergerak [proses] dr satu tangga ke satu tangga walau lmbt sekalipun.... moga ramai lagi yg akan ber'proses' seperti itu....motivate mereka dgn pilihan yg mereka buat, sy pernh alaminya...pasti ade sedikit jauh dilubuk ati ingin juga tahu sesuatu seperti lumrah kanak2 yg suka menjelajah apa saje....

alamak panjang lak aku tulis...jejejeje.

Ordinary Superhero said...

**Cikgu akan beritahu kepada remaja apa-apa yang keluar di peperiksaan.**

Soalan bocor, eh?

blackpurple @ jowopinter said...

Saya ingin cuba melihat dari perspektif yang lain. Ayat Khairil itu nampak melucukan tapi saya rasa ada manusia di luar sana yang lebih melucukan kerana merojakkan bahasa. Walaupun ayatnya tunggang-langgang, sekurang-kurangnya Khairil itu menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu [bahasa Malaysia? huh!]



[maaf kerana komen ini agak terkeluar dari skop agaknya :)]

Bunga Rampai said...

13may:
Doa untuknya selalu.
Salam kembali.

Pa'chik:
Masih ke sekolah tapi ala-ala malas gitu. Cuma tak hadir kelas bimbingan.

Pendapat saya, apa pun kerenah budak-budak, apalagi yang datang dari kawasan 'sempit' begitu perlu beri peluang. Jangan ketepikan, kita usahakan yang termampu. Siapa-siapa pun kita ini punya tanggungjawab membantu. Baik generasi kini, baiklah kehidupan masa depan.

Lapangkan hati untuk yang tertindas, insyaAllah Tuhan akan melapangkan jalan untuk kita.

Mak Su:
Terima kasih atas kata-kata yang memberangsangkan itu.

Goro:
Salam kenal :)

Guru tidak bertauliah sebenarnya. Sekadar suka-suka dan rela-rela gitu untuk mengisi masa luang.

Sastri:
Kemampuan saya terbatas sebenarnya Sas, banyak kurangnya kerana bukan bidang saya.

Sas juga pernah mengajar dan garang? Ooohh... :D.

Pasti memahami keadaan. Ikutkan hati memang nak cubit-cubit budak Khairil tu, tapi pasal ingatkan dia masih budak, nakal-nakal pun biar berbimbing.

Mineral:
Benar. Kanak-kanak belajar melalui bermain.

Saya selalu melihat kanak-kanak yang nakal dan suka bertanya adalah kanak-kanak yang pintar. Cumanya, jika nakal keterlaluan dan tidak menghormati suasana, perlulah ditegur.

Pedapat saya, orang dewasa perlu bijak melihat 'kelebihan' kanak-kanak dan cungkil serta bimbing kelebihan ini agar bermanfaat.

Tulisan yang panjang itu menarik :) dan saya balas dua kali panjang :D

OSH:
Soalan bocor kat sekolah dia kut :D

BP:
Komen itu tidak terkeluar dari skop. BP seorang pemerhati yang baik :)

Bahasa adalah jiwa bangsa dan wajar dihormati. Saya tidak hairan sebenarnya membaca karangan kanak-kanak lain yang seawal peringkat ini sudah merojakkan bahasa!

Tidak hairan kerana penggubal sistem pendidikan pun tidak ada pendirian, kepala mereka sendiri penuh rojak! Hu hu hu ... saya merepek :)

- G O R O - said...

Tidak Bertauliah tapi Iklas sudah besar rahmat dan berkat dr NYA. Alhamdulillah.

Salam kenal Kak

ontahsapo said...

pujuklah lagi...

Izariza said...

Wangian rampai sesekali menyapu hidung, sehingga membawa aku melayang ke mari :)

Datuk Seri, proses sosialisasi itu sememangnya kompleks.Karektor Khairil itu, tentu ada penyebab di sebaliknya. Kadangkala karektor begini, dalamannya 'rapuh' sekali. Mereka menangis di luar pengetahuan orang lain. Kasihan.

Secangkir teh untukmu.

Butaseni@Wan Raja said...

salam,
wah,cik bunga rampai ni cikgu yang perihati ek.siasat latar murid supaya boleh baca psychology diaorang ek?wa respek lu lah.saya tak semua nama murid saya ingat hehehe

tegezoot said...

Guru dan kebaikan...

Sama sebenarnya.

Azer Mantessa said...

kelakar gak karangan tu ek

:D

Bunga Rampai said...

Goro:
Moga Dia memberi saya kekuatan untuk meneruskan.

Salam kembali Dik :)

Ontahsapo:
... entah-entah saya yang merajuk nanti.

Izariza:
Melayang naik penyapu sakti, patut cepat sampai :p

Sedikit kasih dari saya barangkali dapat membantu menguatkan hati Khairil dan yang lain-lain.

Teh Datin Iza itu ... Boh atau Lipton? di hadapan saya ada jus dari langit ;)

Butaseni:
Salam kembali,
Murid-murid saya tu berapa orang sangat, jadi senang ingat.

Nama bloggers ingat tak? :D

Tegezoot:
Oh begitu rupanya ...

Tapi saya pernah berhadapan dengan guru yang jahat di Tingkatan 3 dulu :(

Azer:
Hehehe...

tegezoot said...

Guru jenis tu tak termasuk dalam Guru sebenar lagi sejati sepertimana yg saya maksudkan :)

Bunga Rampai said...

Tegezoot, dalam hidup ini memerlukan kebenaran dan kesejatian. Saya terima penjelasan itu :)