Entah apa yang tersirat apabila seekor gagak hitam melintas di hadapan saya seawal 8 pagi tadi. Saya tersenyum lebar. Bukan melihat gagak itu, tapi teringatkan kandungan satu e-mel daripada seorang yang bergelar guru berpangkat abang kepada saya yang menyentuh tentang kucing hitam dan gagak hitam. Katanya kalau gagak hitam atau kucing hitam melintas di hadapan, barangkali boleh saja dijadikan ilham melukis cerita ala-ala Harry Potter!
Aah, tepat sekali! Ilham pun datang lalu terlukis jua cerita, namun kisahnya sekadar ala-ala Si Bunga Rampai...
Barangkali gagak hitam itu punya kesaktian yang aneh-aneh membuat saya sepanjang pagi walau tidak sibuk, culas pun tidak, alahai ... ada sesuatu yang tidak kena. Saya rasa begitulah.
Barangkali saya telah melukai hati seseorang, barangkali beberapa orang. Di mana-mana. Alahai, resah nian!
Saya tahu luka itu adalah luka saya juga. Dan saya berasa amat terluka. Entah mengapa ya. Kini saya mencari denai menghijau dan tasik nan jernih untuk melipur-lipur hati. Hujung minggu, atas izin Masa jua.
Sungguh, gagak itu sakti sekali. Barangkali. Tiba-tiba denai dan tasik itu terpampang di ruang benak. Saya tahu kini di denai mana ada damai, di tasik mana ada tenang. Di sana ada tafakur dalam santai.
Aah, lamanya tiba hari minggu itu ...
Barangkali andai seekor kucing hitam tiba-tiba melompat di hadapan saya, itu tandanya saya sudah menghancurkan hati seseorang, atau beberapa orang. Barangkali. Kerana seperti gagak hitam, kucing hitam juga membawa pesan Alam (Walaupun warna hitam, usah sirnakan. Renung dengan mata hati, ada kemurnian di dalamnya).
Moga ada maaf Khaliq untuk saya.
Salam.
19 comments:
Syukur dan bertuahlah warna hitam versi BR membawa inspirasi, biasanya kalau warna hitam itu konotasi yang suram, yang malang..kenapa ya?
Mata saya melihat gagak itu satu gangguan. Gangguan alam sekitar maksud saya [walaupun gagak itu berhak untuk hidup juga] [Ahh...maaf, merepek lagi...]
teringat plak pada filem yang ada kumpulan Gagak Hitam...tapi terlupa plak tajuk filem tuh...ketuanya nama Faruk Gagak Hitam...
Salam dan selamat berhujung minggu;)
Hitam.
Warna itu selalu saya anggap seperti;
Saya sendiri.
Entah apa yang tersirat apabila seekor gagak hitam melintas di hadapan saya seawal 8 pagi tadi.
err... kalau yang melintas tu gagak putih...
may.. tu cerita gila-gila remaja la dude.. ketuanya bukan faruk.. black ke hapa.. faruk anak orang kaya yang kawan ngan roy, kemdian join kumpulan gagak hitam pasal dengkikan roy...
salam,
kesian gagak tu.eh saya pun nak tunggu gagak lintas jugaklah,saya ni pelukis,manalah tau dapat ilham best-best.
pssss.....lagu peberet saya,tq
:) salam
warna hitam.....
warna kegemaran ku.....
saya suka kingston town.
salam,
pernah terdengar..
kalau ada biawak melintas ketika memandu.. mungkin dihadapan ada kecelakaan yg bakal berlaku pada kita..
org tua2 nasihat.. patah balik
betul ke?..
(",)
hmm... kata orang, kalau kucing hitam melangkahi mayat, mayat itu mungkin akan 'bangun'... ntah laa... di bangsar, ada banyak burung gagak... terutamanya bila senja berlabuh... tak suka bila kete kena najisnya... walau ada yg berkata, terkena najis burung di kereta membawa maksud nak dapat rezeki...
Hidup ini banyak benar kebetulannya Datuk Seri ...
Hidup ini juga tiada selalunya mulus dan lurus ...
Oh .. gagak hitam .. begitu mengundang ingatan saya pada dewan makan di sekolah lama di Klang. Landing baik punya kat bahu :)
Selamat berhari minggu, moga damai tercipta jua.
Thanks for you work and have a good weekend
hitam tuh kadangkala...
BP:
Kerana kebanyakan manusia tidak berani mengubah persepsi itu. Cuba ubah, pasti indah.
Gangguan alam sekitar - kerana BP pakar landskap yang sensitif pada keindahan.
Selalu-selalulah merepek di sini, itu petua untuk menambahkan kemanisan wajah :))
13may:
Saya dah baca komen Pa'chik tentang filem itu.
Pagi, sudah berhujung minggu yang damai di denai dan tasik itu, tapi petangnya cuaca diri agak hitam :(
Salam kembali :)
Tegezoot:
Hitam: unik.
Hitam: penuh rahsia dalaman.
Hitam: calitkan warna putih, terserlah kemurniannya.
Pa'chik:
Kalau gagak putih yang melintas. Errr ... saya cabut lari. Itu jelmaan pontianak! :D
Butaseni:
Salam kembali,
Rajin-rajinlah menunggu ...
Sukanya saya kerana awak pun suka lagu tu ... cuma pesan saya, jangan dengar masa mengajar, nanti awak kantoi :)
Jinggo:
Saya suka warna-warna alam semula jadi ..
Pak AJ:
Saya suka tulisan-tulisan Pak AJ :)
Bang G:
Salam kembali,
Alahai ... tak tahu pulak. Percaya ke?
Sastri:
Pernah mendengar cerita kononnya kucing hitam ada semacam kuasa ajaib...
Najis gagak kat kereta...buang rezeki tu sebab kena buang duit untuk cuci kereta ... kalau cuci sendiri baru rezeki sebab dapat bersenam... buang lemak :D
Izariza:
Wah Datin Iza, itu gagak tak da patuk ka? Tak da melabur apa-apa ka?
Sudah selesai berhari minggu, damai tercipta hanya sementara ...
David Santos:
Thanks for your kind words.
Visit Malaysia 2007 :)
Petiais:
Apa ya?
gagak hitam dan kucing hitam? tiba-tiba teringat cerita Mak Lampir ler.
wah... gagak hitam yer...
ni selalu org buat guna guna2x!
xcaya tgk cerita the crow...~!
tu baru gagak, kalau A. Galak ker...sure lagi teruk...
Kumpulan Gagak Hitam, cerita Gila-Gila Remaja. Lagu nyanyian Faizal Hussein kini dipopularkan oleh Kristal, tajuk Memburu Impian.
Kucing Hitam, kalau dalam The Matrix, bila kucing hitam muncul dua kali pada keadaan yang hampir serupa, maka itu adalah deja vu.
Mak Su:
Ceritakan dalam blog Mak Su :)
Ontahsapo:
Oh gitu ...
Bro PK:
Saya ketinggalan, tapi lagu Memburu Impian tu pernah dengar.
deja vu, hmmmm.
Eh, eh, tertinggal pulak nama En. Sunan: Tahu jampi serapahnya macam mana? :)
Post a Comment