Selingkar kisah perca kenangan, kadang meredup rasa. Meneduh dalam diam. Mengutuh dalam sabar. Kebetulan hari ini genap dua tahun ia berlalu ...
Jejaka itu muncul kala saya dalam damai hati dan pugar mata menyantap judul buku-buku yang tersusun kemas di atas rak itu. Saya menjeling dengan ekor mata. Dia tampak santai berpakaian seluar koboi dan kemeja T merah hati tanpa kolar. Parasnya entah bagaimana.
Saya beralih ke sudut lain, dia menurut. Saya mengusik-ngusik buku-buku di atas rak. Dia tercegat sambil berpeluk tubuh. Membaca judul buku agaknya, fikir saya.
Tiada yang menarik di sudut itu lalu saya menyusun langkah ke sudut kiri. Dia mengekori, dan tingkahnya itu membuat saya merapi hati yang mula bergelombang. Dalam resah rasa yang menggebu, saya menarik keluar sebuah buku yang judulnya cukup mempesona.
"Engkau tidak bisa merindukan orang yang berlalu
jika yang engkau rindukan tidak merindukanmu."
Saya terpempan dengan lontaran bait itu. Buku di tangan terjatuh ke atas lantai. Dia mengambilnya dan bersama senyuman agak nakal di bibir, dia menghulurkan buku itu kepada saya. "Muka surat sebelas." Ujarnya.
Sukar sekali mengatur nafas kala itu dan dalam denyut nadi yang bertebaran, saya membuka muka surat sebelas. Mata saya terbeliak. Sungguh, bait itu terpampang jelas di hadapan mata!
"Muka surat 235," ujarnya lagi. Dalam kalut rasa yang sukar dipujuk dan dalam ketar jari-jemari yang dingin, saya menyelak halaman itu.
"Helaan nafas orang jatuh cinta yang bertubi-tubi
penanda derita cinta yang terpendam di relung hati
detak-detak cinta menghentak dinding sanubari
menghela nafas panjang untuk mengusir tabir hati."
Aduhai, betapa indahnya ungkapan itu membuat saya merenung wajahnya. Dia menunduk. Saya terpinga-pinga. Sejurus dia mengangkat kepala. "Bukan kata-kata saya, ada di halaman itu, bacalah," pintanya. Saya mencari ungkapan itu. Ya, ada di halaman itu!
"Selamat membaca, assalamualaikum." Dia merenung lembut dan dalam renungan itu ada kilau yang memancar. Saya tertunduk. Sejurus saya mengangkat kepala hanya untuk melihat senyumannya dan susun langkahnya meninggalkan saya.
Saya bergegas mengejarnya. Sekurang-kurangnya saya membalas salamnya, bisik hati kecil.
Aaahh, dia tiada! Saya bertafakur seketika dan di kejauhan rasa saya bingkiskan salam dan doa untuknya. Siapa-siapa juga dia itu.
Sambil menunggu giliran di kaunter bayaran, saya sudah mula membaca buku itu: Cinta & Rindu (Menurut AlQuran dan AlSunnah) - Ibnu Qayyim Al Jauziyyah (terjemahan).
Salam.
30 comments:
Siapakah gerangannya si dia itu? Huhuhu...
dalam dalam
oh oh. hensem tak orangnya :p
Dan yang sejatinya?....
Kaulah terakhir yang kusebut sebelum terlelap;
Kau pula yang pertamanya kusebut setelah terjaga."
Itulah yang terabadinya. NYA.
Buku yang ingin kumiliki :)
Bilah aku boleh ada masa untuk membaca sebegitu kembali.
Psss... buku terakhir, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
wah ... kenangan di library :-)
wah! rasa berbunga bunga plak baca entri nih...
salam;)
wah bunga - bunga citan...
patutla bau wangi semcm sj.. hahaha!
uiks mistik sungguh.
anyaway, sajak itu dah siap. yang itulah, yang saya bina dari kata kata anda. saya beri namanya "hatimu tahu"
insyaAllah, esok lusa saya paparkan di blog :)
err.. buleh pakai trik dia ni kan... hehe..
misteri. moga tiada sesiapa yg histeria di library tu.
indahnya ukiran itu...
dulu saya selalu ke library, kononya nak bertemu kasih ngan minah2 yang suka membaca..dulu la.., kinu, walaupun dah bertemu kasih, saya masih suka ke library.
slalu book discussion room.
saya ceritakan ttg bilik itu pada teman ku.
esoknya.
MAAF DIK DAH ADE ORG BOOK
cis dia dan pasangannya..yg book bilik tuh
adakah achik gerangannya jejaka itu...?
wahahhah masih berangan lagika?
salam kehidupan,
macam dalam cerita apa yea?...
salam,
eh!..
hhmmm!..
rindunya..
(",)
macam best jer buku tu...
fuihhh... sape lah tu yeik.
Yang pasti itu bukan saya [ah....entri puitis sebegini, merepek pula saya]:D
eerrmmmmm....
misteri ni.......
ini kena tanya tegezoot si paranomal tu.......
Betul lah rasa berbunga2 Dan selalunya N3 Bunga memang berbunga2. Indah dengan susunan kata2..
P.s
Ada Bunga di rumah saya...
Wow!
Dia ingat semua kata-kata itu?
Terer, memang terer!
may cakap:wah! rasa berbunga bunga plak baca entri nih...
salam;)
sepatutnya may cakap:wah! rasa macam ulat bulu plak entri nih...
salam;)
salam,
lama menghilang...
takde sambungan ke?
Salam Datuk Seri,
Lama nian kita tiada berhubungan :)
Membaca nukilan ini, terasa hati berkembangan .. entah kenapa gerangan .. mungkin jiwa halus cepat tersentuh dengan bait-bait indah, disulami insiden-insiden yang memaut nurani, mengelopak sayang.
Siapapun dia, semoga hidupmu senantiasa dalam lindungan dan kebahagiaan selalu ..
wow...takde entry pasal buku yang dibeli itu?
Sastri:
Sungguh, saya pun tidak tahu siapa jejaka itu.
Butaseni:
Kupas dan tafsir.
Akirasuri:
Sinar matanya membuat dia hensem :)
Bro Keng:
Kekasih awal dan akhir. Sejati dalam jaga dan lelap.
Zalisa Maz:
Alhamdulillah.
Bro PK:
Waktu tetap saja ada. Cuma perlu sedikit anjakan kemahuan untuk menyempurnakan hasrat :)
Azer:
Kenangan di kedai buku ;)
13may:
Semerbak harum?
Salam kembali :)
Sunan Jati:
Dan putik-putik rindu.
King:
Hatimu Tahu. Ooh, barangkali juga mistik!
Bro Zizie:
Bagaikan mimpi, tapi itulah hakikat.
Pa'Chik:
Trik untuk memikat?
Kemat:
Alhamdulillah dah bertemu kasih. Selamat Pengantin Baru. Alhamdulillah juga kerana tidak putus kasih dengan buku-buku.
Tegezoot:
Terima kasih. Atas izinNya jua.
Petiais:
Misteri bilik diskusi?
Achik Sufi:
Bertuahlah saya andai jejaka itu adalah Achik :)
Sunan Jati:
Tanpa angan-angan, impian tidak tercipta.
Cermindiri:
Salam kehidupan kembali.
Kehidupan dipenuhi cerita.
Bang G:
Salam kembali. Rindu juga anugerah Illahi.
Ontahsapo:
Memang best. Salam kenal:)
Cikdinz:
Sungguh saya tak tahu!
BP:
Merepek bertempat, bertambah manis :)
Jinggo:
Memang misteri.
En. Tegezoot tu nujum ke?
Ajzie:
Bunga-bunga musim panas pastinya. Nanti saya berkunjung ya..dan terima kasih memberitahu :)
Tuan Tanah:
Mujur dia bukan terrorist :D
Sunan Jati:
En. Sunan mengecewakan saya.
Butaseni:
Salam kembali,
Hilang dalam kembara yang tidak direncana.
Kalaulah saya sempat membalas salamnya atau dia datang kembali ... pasti cerita ini bersambung ;)
Izariza:
Salam kembali Datin Iza,
saya gelak, Datin sering mencuit hati saya dengan gelaran itu ... hahaha
Iya, lama tak sembang, namun sayang dan rindu tetap ada dekat di hati. Itukan fitrah semula jadi manusia :)
Amin. Terima kasih doa itu.
Artisticklytouch:
Salam kenal :)
Maaf tak ada. Buku itu menarik, cubalah baca.
Post a Comment