Entah berapa kali sudah dijelaskan makna perkataan itu dan mereka berkata, "Faham!" dengan suara yang lantang dan yakin, tetapi ada juga yang tidak faham.
Dalam geram itu saya ketawa juga apabila memeriksa buku latihan mereka. Siapa yang tidak akan ketawa, bacalah ayat mereka di bawah ini. Apabila saya menerangkan kepada mereka maksud ayat itu, mereka juga akan ketawa dan kelas akan gamat!
tersepit = Ah Chong makan menggunakan tersepit kayu.
menggelupur = saya makan sambil menggelupur.
digolekkan = ibu dan bayi itu digolekkan di atas katil selepas bersalin.
Wah, mereka ini bukan boleh diberi muka manis banyak-banyak! Apabila suasana tenang kembali, mereka membuat latihan sambil lewa. Maka untuk pertama kalinya minggu lepas saya berkata, "Minggu hadapan kita ada kawan baru."
"Siapa?" Tanya Tilla yang mulut becok suka menyibuk.
"Rotan!"
Satu kelas terdiam. Mereka membeliakkan mata dan mulut terlopong.
Saya hanya senyum.
Salam.
26 comments:
hahaha. Ketawa aku digolekkan oleh entry kamu yang menggelupur dan tersepit.
Salam untuk Bunga Rampai,
Saya kira anak-anak Bunga Rampai adalah anak-anak yang sangat. Mereka sebenarnya sedang melakukan eksperimen ke atas penyusunan ayat dan apa yang mereka lakukan itu juga adalah untuk mendapatkan pengesahan daripada golongan dewasa tentang kesahihan eksperimen yang mereka lakukan. Saya percaya, kelak mereka akan sehebat Bunga Rampai di dalam penulisan. :D
Ada perkataan tertinggal di baris pertama.
"Saya kira anak-anak Bunga Rampai adalah anak-anak yang sangat bijak"
ishh...budak-budak ni patut dibiarkan buat silap, semakin banyak mereka berbuat silap semakin banyak benda baru yang dapat dipelajari.
Tapi kalau bapak-bapak yang buat silap, rotan ler jawabnya.
:-)
Senyum Sokmo!!!
salam.
kak rampai seorang guru ya :) wah kerja yang mulia :)
oh ohh..yang pasti, ayat anak-anak kak rampai buat saya tersengeh besar depan pc. kelakar :))
salam cikgu!
hai.. assalamualaikum.. cikgu..
ooh sy ada kawan laki nama dier cikgoto... hahah!
Salam,
Payakubor:
Mujur tak tergolek-golek ketawa :D
Indera Kencana:
Salam kembali.
Berlatarkan kehidupan yang sempit, anak-anak itu mudah terpesong tanpa bimbingan dan kasih sayang.
Harapan saya anak-anak itu menjadi manusia jujur. Kejujuran penjernih hati.
Inilah Saya:
Kesilapan itu biarlah berbimbing.
Besar dan panjang mana agaknya rotan itu untuk merotan para bapa? :)
Akirasuri:
Akak guru yang tak bertauliah Dik. Sekadar membantu di mana perlu.
Salam kembali budak sekolah :)
homework yang banyak tu dah beres?
Sunan Jati:
Waalaikumu salam En. Sunan :)
Orang Jepun ke Cikgoto tu?
Salam Cikgu,
PIBG dah setuju ke dengan cadangan ini?
Salam Datuk Seri..
Wah panggilan keramat itu kembali,namun kali ini perlukan penambahan satu gelaran lagi menjadi : salam Cikgu Datuk Seri!
Eh eh .. kenapa gelaran 'cikgu' didahulukan daripada gelaran 'datuk seri'? Bukankah salah sudah dari segi protokolnya?
Ah.. pedulikan! Siapa yang lebih banyak jasanya? Cikgu yang memberikan ilmu pendidikan untuk anak bangsa, atau datuk seri yang menghabiskan wang rakyat?!
p/s: Maaf ye .. terkeluar tajuk pulak :D
tahupun derang tu ek ... hehehehe
kamu tak nak buat entri pasal isu PTD masuk JPN ke cikgu
BR seorang guru ya? tahniah... pekerjaan yg mulia sememangnya... errr, isu PTD masuk ke JPN?
Bro Keng:
Salam kembali Tuan Pegawai Pendidikan,
Guru Besar kata "rotan!"
PIBG kata "silakan!"
Ibu bapa kata "saman!"
Habis tu, macam mana?
Izariza:
Salam kembali ... "Ehem!" kena berdehem dulu, gaya Datuk Seri... :D
Dua-dua berjasa kepada anak bangsa, ya, tentunya dengan cara masing-masing. Ada niat tersendiri.
Kita manusia sering lupa, apa jua gelaran yang diberi apabila tidak disertai kejujuran, maka kehancuranlah jawabnya.
p/s Tak apa, sembang teh tarik pun nyaman! Saya suka ;)
Azer:
Kerenah budak-budak. Saya pun begitu juga masa kecik-kecik dulu...hehehe.
Payakubor:
Saya ini bukan guru bertauliah, maka saya kurang arif tentang isu itu :(
Sastri:
Sejujurnya Sas, saya bukanlah seorang guru sekolah. Saya sekadar menyumbang tenaga secara sukarela untuk kelas bimbingan sebuah projek kemasyarakatan :) Bersama anak-anak itu ada kalanya memeningkan tapi mereka juga membuat saya ketawa memanjang :)
Salam.
rotan adakalanya perlu untuk mendidik, tak perlu dipukul anak2 itu, cuma rotan tu perlu ada di sebelah supaya mereka tahu kan BR. Anak2 saya bila nampak abah mereka dah keluarkan rotan baru elok, kalau tidak buat perangai, dengan saya mereka buat selamba ajer. Kecik2 lagi tu..:)
errk..BR baru saya perasan, n3 ni bertarikh Jumaat, May 4?? Waah...n3 akan datang, BR akan lama menyepi ker?
Saya tertarik dengan tiga ayat itu. Jenakanya lebih hidup berbanding dari jenaka 'tidak pandai' Senario... :)
Yus:
Kisah rotan tu minggu lepas. Minggu ini saya akan bawa rotan masuk kelas untuk menunjukkan ketegasan saya, tapi sebagai perhiasan je lah :D
Wah, tajam betul mata Yus! Saya sendiri tak perasaan, hehehe. Entah macam mana boleh salah tulis tarikh tu. Terima kasih Yus, dah baiki dah :)
BP:
Tiga ayat itu ada keistimewaan tersendiri ;)
p/s Untuk menjawab soalan dalam blog BP - begitulah agak sibuk akhir-akhir ini, memaksa diri untuk menyepi :)
Hahhaha...lucu sekali..Sampai terbayang2 kalau keadaan itu adalah reality..
Bayangkan,
Makan sambil mengelupur...heheh
Anak dan ibu digolekkan dia atas katil selepas bersalin..seksanya..
ooo ooo kata senduk?
salam,
saya gelak hingga menggelupur membaca entry ini (ayat yg betul atau salah?..)
(",)
salam BRampai,
tak tahan gelak...makan sambil menggelupur...
hahahahaha:D
Haha....
Hari ini aku bersarapan dengan ketawa.
hahahaah sy tersenyum semasa baca entry ini.... nmpknyer sy kena berhati2 menulis takut tersalah penggunaan ayat :).
sebenarnya sy teringat satu kisah dimana kakak dan arwah abg ipar sy juga adalah seorg guru, mereka pernah ceritakan pada saya pengalaman mereka memeriksa kertas ujian bahasa melayu PMR & SPM, jika pelajar dari selangor dan kuala lumpur mungkin kesilapan tatabahasa akan berlaku, tp ada juga pelajar dari sebelah timur seperti terengganu yg menulis karangan mengikut loghat bahasa mereka sendiri, seperti, "saya suka makang ikang, ikang itu sangat sedap"... hehehe sy kira mungkin pelajar itu menulis terlalu laju mengejar masa hingga terlupa ejaan juga mengikut seperti apa yg disebut.
p/s: sy masih seronok menjadi pelajar :)
kacc:
Dapat bayangkan kalau realiti...oooh :D
Akuokay:
Alamak, stok dah habis!
Nanti masak lain.
King:
Ermmmm, kata senduk tu apa ek?
Bang Gugar:
Salam kembali,
Dan saya tumpang gelak sama, mujur tak tergolek :D
13may:
Salam kembali.
Layan kepala kat sini pula :D
Bro PK:
Kenyang?
:D
mineral
Saya tak bagi markah :))
Teruskan belajar ...
Assalamu alaikum Dik,
I have 'tagged' you. Please read my latest entry for the rules.
Bro Keng:
Waalaikumu salam Bro,
Tagged? Oh dear ...
Post a Comment