Monday, 31 March 2008

Dulu dan Sekarang

Kadang-kadang hidup ini memang aneh, namun kata mereka tidak ada anehnya hidup ini kerana begitulah kehendak zaman. Kata mereka lagi, usah samakan dulu dengan sekarang kerana manusia kini ilmunya seluas lautan dan semakin arif dalam pelbagai perkara sehinggakan mampu ke angkasa.

Tentu saja zaman berubah. Dulu-dulu mandi di ruang terbuka dan berkubang di sungai, sekarang mandi di kamar dan berendam di Jacuzzi. Dulu berpelita kecil, sekarang lampu bersuis. Dulu berkereta lembu, sekarang bermotor laju. Sungguh, kemajuan teknologi memakmurkan kehidupan manusia sejagat. Alhamdulillah.

Aneh sekali, perubahan zaman juga telah merubah fi’il manusia. Yang jelik itu bukan lagi sesuatu yang pelik. Dulu-dulu anak-anak bak berlian, sekarang banyak yang tak keruan. Dulu ibu-ibu bertepuk tangan memuji bangga persembahan kreatif anak-anak mereka. Sekarang anak-anak pula bersorak dan menyuntik semangat ibu-ibu mereka yang bangga menggoyang-goyangkan pinggul dan dada di atas pentas.

Saya mahu memanjangkan lagi cerita ini sebenarnya, tapi saya kurang rajin kerana fikiran saya masih lagi terganggu dek terkejut dengan penyertaan seorang ibu dan seorang nenek dalam peraduan nyanyi-nyanyi berjurikan sms itu. Saya juga sedikit sedih kerana belum lagi menemui Marash. Saya mencarinya di Mid Valley petang semalam tapi tiada. Menurut seorang kawan, dulu Marash memang ada di sana tapi sekarang entah ke mana.

Sesungguhnya zaman berubah dan era berbeza, namun janji Khaliq tidak pernah berubah walau berapa kurun pun berlalu. Kalam Allah jelas, Sunnah Nabi nyata.


Salam.

15 comments:

Sya said...

Rampai.. kak sya yg sebaya ni malu.. patutnya diperdalamkan ilmu agama dan bukan ilmu menggelek pinggul

Ordinary Superhero said...

Pelik kah lagi benda sebegitu di penghujung zaman ini?

Mak Su said...

ha? apa?...... oh, paham, paham... hihihi, kemodenan.

- G O R O - said...

Salam..

Quran dan Sunnah itu panduan sepanjang zaman, Tapi ia tidak berubah mengikut keadaan zaman.

Pa'chik said...

orang melayu kita ni, suka sangat ngan hiburan lah...
kadang martabat hiburan diletakkan lebih tinggi dari ugama... bukan mengata, tetapi bila mana ada mufti menfatwakan tentang haram sesuatu hiburan itu... jangan risau lah... mesti kena hentam sesungguh mufti tuh...
mufti dimintak jangan campur soal hiburan... mereka tak paham... huhuhu...

achik said...

siap ramai yg bagi sokongan moral tu.. huhuhu.. :(

Kaklong Syikin said...

salam,

itulah dia kalau kita bersikap tidak apa..hmmm..

p.s. maaf lama x ke sini ya :)

Pa'chik said...

alhamdulillah ramai juga yang ke stadium melawati bermunajat ye..

akirasuri said...

Hmm..
Mujurlah saya tak suka langsung dengan saluran tu..
Erk! Makin tua makin mengenyam orang sekarang ni..
Haish! :|

Salam kak..

CerminDiri said...

salam kehidupan,

oleh kerana zaman berubahlah maka islam cukup meraikan perubahan zaman,malah sebahagian hukum hakamnya berkait rapat dengan sesuatu zaman.

Bunga Rampai said...

Salam semua,
Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua.

Ya Rabb, ampunilah dosa-dosa semua muslimin dan muslimat yang masih hidup, dan yang mati. Amin.

Pa'chik, alhamdulillah. Semoga dapat diadakan lebih kerap lagi pada masa akan datang.

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah. Dunia akhir zaman ini, benda-benda yang pelik sudah tidak menjadi pelik lagi. Barangkali. :)

Bunga Rampai said...

BP, sentiasa beristighfar dan tidak mensia-siakan pintu taubat yang masih terbuka luas.

iHusainy said...

[...] Aneh sekali, perubahan zaman juga telah merubah fi’il manusia. [...]

Mungkin juga tidak.. bila lapar, makan. Dahaga, minum. Mengantuk, tido. Berjaya, gembira. Gagal, duka. Dari dulu hingga sekarang.. dulu, kini, selamanya?

Sunnah (hukum) alam/Tuhan itu tidak berubah. Oleh kerana itu, yang diturunkan Tuhan (Islam) itu sampai bila-bila sesuai, walau berlalu zaman dan silih bergantinya kerajaan (tamadun)

Bunga Rampai said...

ihh, menghargai kata-kata anda itu. Terima kasih. Salam kenal :)