Marash yang dicari, hot pants yang ditemui. Alahai!
[fesyen hot pants sangat popular pada tahun 70an, hilang seketika, kemudian muncul semula tahun 90an]
Saya menemui hot pants itu di sebuah restoran, dipakai oleh seorang gadis. Blausnya paras pinggang, senada rona hot pants merahnya itu, dan dia menggalas beg tangan putih yang sepadan warna sandalnya. Banyak mata yang menelitinya kerana dia begitu lain dari yang lain. Saya berdiri dalam barisan betul-betul di belakangnya. Duh!
Saya mengingatkan benak supaya tidak berfikir yang bukan-bukan. Jadi benak pun berkata yang gadis itu peminat Ferrari dan sebentar nanti akan ke litar Sepang untuk menyaksikan aksi-aksi F1. Kalau tidak pun, dia perminat setia Man U.
Sejurus seorang pemuda sebayanya menghampiri sambil tersenyum lebar. Wah, sungguhlah mereka peminat warna merah putih kerana pemuda itu memakai cropped pants putih dan kemeja-T merah!
“Salaaamm. Sorry lambat ... okey, I pula beratur ... you cari meja,” ujar si Pemuda. “Memang lambat pun you ... monkey! kata si Gadis sambil ketawa kecil kemudian berlalu pergi. Eh, eh, menyibuknya mata saya mahu melihat gaya jalannya bagaimana! Oh, kasihan sungguh para pelanggan yang terpaksa berhenti makan seketika kerana menghayati susun langkahnya yang ala-ala kucing 'gitu!
Selera saya tiba-tiba hilang melihat dia yang kini mengoles gincu di bibir, dan temannya yang di depan saya terkinja-kinja menterjemahkan keseronokan mendengar irama yang keluar dari mp3 nya. Saya keluar dari barisan.
Aduhai. Sudahlah Marash tidak ditemui, hot pants itu pula menghangatkan lagi kecewa hati. Sabar ya hati. Semoga masih ada sayangNya untuk dia dan temannya itu.
*23/03/2008
KL Sentral.
*Marash akan tetap dicari.
Salam.
19 comments:
amin
Psst: jalan ala ala kuching tu macam mana ya? Tertib berkaki empat?
tak per, teruskan usaha anda
Salam buat Bunga Rampai,
Si Gadis bergaya dengan hot pant merah... Dapat saya bayangkan bagaimana panasnya gadis itu di mata yang memandang (saya sangat tidak selesa bila berhadapan dengan mana-mana wanita yang mengenakan rona merah garang di tubuh mereka)
Dalam pencarian Bunga Rampai mencari Marash, entah mengapa saya kini turut ketagihan ais-krim. Tetapi berperisa keladi...
Saya memang tak pernah masuk Barisan. :)
Saat saya membaca entri ini satu lagi santun Melayu [kalaulah mereka itu Melayu] dibunuh. Semoga Tuhan menunjukkan cahaya pencerahan kepada mereka itu nanti. Insya-Allah.
hot pants.... puas cari ingatkan pan cake hahahhahahahahahha..... susungguhnya gangguan dia sewaktu org lain sedang menikmati makanan tanpa disedari telah dimaafkan oleh semua org.
anjang.
kita sama2 cari marash
Marash aku tak pernah jumpa.
Hot pants aku tak penah jumpa.
Psss... hot pants itu adakah sama dengan seluar yang baru sudah diseterika?
ish.. tak senonoh betul... tak suka peminat emiyu, dan ferrari juga.. hahaha...
err... takde gambar ke? ekekek...
King,ya Rabbulalamin.
OSH, ssssy ... meow!
MakSu, akan diteruskan. InsyaAllah.
Indera, salam kembali. Merah tanda berani dan garang, kata orang. Tapi keberanian yang ditunjukkan oleh gadis itu tidak pada tempatnya.
Aiskrim keladi juga kegemaran saya :)
BP, dalam barisan, yang kita nampak hanya bahagian belakang orang di depan kita :)
Mereka itu Melayu ...
OrangKampung, komen yang diberi membuat saya berfikir. Tapi hot pants = pan cake tu buat saya ketawa :D
Bro PK, hahahaha ... seluar panas baru diseterika! Google saja 'hot pants' kalau nak jumpa hot pants tu.
Pa'chik, jangankan gambar, pautan pun saya tak bubuh. Google je lah kat internet.
oh2 cam menarik je tgk gambar Marash kat n3 bawah tu.. kalau dah jumpa nanti, bgtau la ek camne rasanya.. ;)
marash tu boleh didapati di Midvalley ek? kat mana yea tempatnya? teringin juga nak merasa.... :D
seluar panas tu tau.. gambar budak yang pakai seluar panas tu...
ekeke.... :P
Achik, bisa diatur :)
Sastri, saya masih mencari. Jom sama-sama cari. Rasa jangan tak rasa :)
Pa'chik, masa tu hati pun tengah panas, lupa nak ambik gambar. Kalau ada pun tak tunjuk - nanti mata pa' chik naik bisul :D
hakhak.. naik bisul eh... ekeke... ;b
ahhh...bunga rampai benar2 membuatkan saya juga ingin mencari marash
Itu dipanggil cobaan.
Semoga jumpa apa yang dicari.
Pa'chik, :D :D
Hayad, sila cari dan kalau dah jumpa khabarkan saya kerana saya belum lagi jumpa aiskrim tu.
Hakim, cubaan datang dalam pelbagai bentuk. Sabar jua.
*terbayang-bayang macam mana dia berjalan*
Haish!
Sabar ajalah :|
Akira, dia berjalan macam pergawati!
Post a Comment