"Strawberi lebih boleh? Pleaaaase, saya bayar lebih," pinta saya dengan wajah memujuk kepada pelayan itu. Dia merenung saya lama-lama kemudian tersenyum manja. Yeay, saya dapat apa yang saya mahu tanpa membayar lebih! Oooh, enaknya makan aiskrim dengan topping strawberi setebal satu inci! Enaknya menjadi-jadi kerana dibelanja oleh si Cilik Remaja.
"Lepas ni tengok wayang kak, Miyah belanja ... popcorn sekali." Miyah pula menghulur rezeki. Err, beratnya hati sebab dah lama tak masuk panggung, dah lupa bagaimana adab-adab panggung. Kerana Miyah, saya bersetuju. Haa, si Cilik melonjak seronok!
Itu tengahari tadi.
Petang-petang begini, ditemani mendung dan guruh sesekali berdentum, sebentar lagi ada coklat bakal dinikmati sambil bersantai di sofa panjang menghayati Anne of Green Gables (L.M. Montgomery) untuk entah kali ke berapa. Oh, saya sangat suka cerita ini!
Demikianlah terjemahan sebuah kegembiraan. Gembira kerana si Cilik berjaya mendapat 6A dalam peperiksaan SPM. Gembira kerana Miyah sudah mahu mendekatkan hati pada Khaliq. Alhamdulillah.
*15/03/2008
OU, KL.
Salam.
19 comments:
Tahniah kepada adik itu. Tahniah juga kepada adik Miyah.
Semoga terus istiqamah. Menjadi insan yang akademis dan bertaqwa. Insya-Allah.
:)
tahniah kepada sicilik, dan miyah juga...
err.. miyah dah tau belum sapa bapa pendidikan? ekekek...
congrate for both...
bapa pendidikan? smpi skang geli hati bla teringat entri tuh...haha
tahniah juga buat mekleren ngan hemilten.. hehe...
BP, begitulkah juga harapan saya :-)
Pa'chik, Miyah masih mencari :-)
HujungJari, Miyah masih belajar :-)
Pa'chik, yeayyeayyeay!!! Musim ni McLaren dan Hamilton juara, percayalah Pa'chik :-)) [adeii, sebenarnya saya terlepas lumba semalam! :-(]
tahniah kepada yang berjaya....cerita green gables tu cerita misteri ker?
http://jamilahyangayu.blogspot.com/
tahniah kepada Si Cilik dan alhamdulillah, semoga berterusan ke arah itu buat Miyah...
Anne of Green Gables... bacaan masa sekolah rendah dulu... nostalgia dibuatnya... :D
teringin nak aiskrim MacD tanpa topping... semalam nak p tapi tak sempat... huhuhu...
alhamdulillah
Tahniah buat si kecil cilik dan Miyah yang mula berjinak-jinak dengan agama. Semoga beroleh kegembiraan di dunia dan di akhirat..
tahniah...tahniah....
moga trus sukses
moga Allah permudahkan sgala urusan..!!
salam,
seronok dpt menggembirakan hati mrk yg tersayang
tahniah kpd si CIlik dan gembira akan perubahan Miyah.moga BR terus membimbing mereka
miyah berjaya atau tidak?
Sedapnya eskrem bertopping strawberry.. tambah tambah kalau eskrem free.. hehhehe
MakSu, saya dah buat pautan untuk cerita itu. Cuba jelajah lamannya.
Terima kasih Jamilah nan ayu :-)
Sastri, cerita yang comel, dan memberi motivasi kepada diri.
Sempatkan masa untuk aiskrim McD!
King, moga mereka terus maju.
Indera, Amin.
Mineral, ya semoga. Amin.
PuteriC, Amin.
Kaklong, atas izinNya jua.
Zareda, keputusan temuduga hari tu belum dapat lagi.
Tahniah buat mereka!
Hamdallah :)
bertapa mahal nya perkataan "please' tu. Tapi ramai yang terlupa kemagisan nya hehehe.
Akira, usaha tangga kejayaan :)
OrangKampung, magicnya terletak pada kemanjaan suara ... hehehe.
tau tak mana nak cari vcd filem Anne of Green gable tu? novel dah ada
Chinta Hati, salam kenal :)
Jelajah laman ini http://www.anne3.com
Post a Comment