Wednesday, 19 March 2008

Lina

Begini ayat-ayat yang saya baca dengan jelas dan lantang:

Harith, Krishnan, dan Ewe Hock merupakan sahabat karib sejak kecil lagi. Hubungan mereka bertiga bagaikan isi dengan kuku. Kemana-mana sahaja, pasti mereka bersama. Begitulah pada setiap pagi, mereka bertiga akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke sekolah. Sambil berjalan, mereka mengusik antara satu sama lain. Maka terdengarlah deraian gelak ketawa mereka yang memecah kesunyian pagi.

Lina menulisnya begini:

Harith, Krishnan, dan Ewe Hock mederdan sabahat sahat sejak kecil lagi. Mumkan muketa bertiga-tiga selah telat kuku. Kenan jaya pesti mereka bersama-sama. Betutilah juga pada seperti pagi, mereka bertiga akan berjalan kaki selagi satu kilogram untuk ke sekolah. Selak berjalan, mereka berputis satu sama lain orang, mata terdengarlah dengan kelah togun mereka yang menbeat bersungai pagi.

Barangkali hati Lina sangat kacau, maka itu dia hilang tumpuan.

Lina 11 tahun, dan tidak ada masalah pendengaran. Lina anak sulung. Ayahnya pemandu bas, ibunya pekerja kilang. Lina menjaga adik-adiknya semasa ibu dan ayah keluar bekerja. Adik-adiknya berumur 10 dan 8 tahun.

Renungkan.


*16/03/2008
Pinggir Kota, KL.


Salam Maulidul Rasul.

18 comments:

cikdinz said...

sinopsis padat dan sendat...

Butaseni@Wan Raja said...

ada lalat yang beriang-iyang ditelinga kut.focusnya terganggu.hehe

Pa'chik said...

ewe hock tu dulu main badminton kan?
hehhe...

dia duk belakang kot.. tak berapa dengar....

Danisha said...

Lina tak dengar dan mungkin juga kurang focus....
Mungkin dia punya tanggungjawap yang berat yang membebankan fikirannya....

ye ja aku niiikan....

tegezoot said...

masih lemah utk beban yg berat.

MYA MARJA said...

Lina perlukan bimbingan dan perhatianmu...

Anonymous said...

good entry..
mampu buat saya diam dan berfikir tentang diri sndiri

Sastri said...

hmmm... mungkin dia letih, makanya hilang fokus untuk menulis... saya pernah, tatkala mengantuk, menyalin nota tapi bila sedar, tak dapat dibaca pun apa yang ditulis...

13may said...

kecik2 dah byk tanggungjawab...kesian...

Salam Maulidur Rasul BR :)

- G O R O - said...

Salam..

Bapa saya seorang pemandu; tapi saya xpernah malu.
Kata abah;

"Hanya pelajaran shj harta yang dapat abah beri kepada kamu"

akirasuri said...

Salam..

Lina si kecil yang tertekan dengan keadaan..
Dia perlu motivasi..
Mudah-mudahan dia kuat..
Insya-Allah..

Salam maulud nabi kak! =_=

CerminDiri said...

salam kehidupan,

adakah lina tidak mendapat pelajaran dari kecil?....
hanya Allah yg mengetahui hati dan keinginannya..

achik said...

bak kata Sas, mungkin dia letih dan hilang tumpuan.. huhuhu..


salam Maulidur Rasul.. :)

Lidah Panjang said...

lina..kurang tumpuan kerana ada masalah mungkin..
nway...salam maulidur rasul jugak...

Ordinary Superhero said...

Agaknya lontaran suara cik rampai belum cukup jelas, pitching lari dan kurang penghayatan....(macam komen AF pulak). :)

Salam muhibbah di hari maulidur rasul.

Anonymous said...

Beban...
Sayu hati...

orang kampung said...

bila baca entry ni, ada satu kata kata yang teringat ' jgn dengar apa yang saya kata, sebalik nya fikir apa yang saya kata" ---- dan ia nya dah buat saya berfikir.

anjang/orgkampung

blackpurple @ jowopinter said...

Salam BR.

Jiwanya kacau, barangkali. Kasihan.