Thursday, 3 April 2008

Kawan Baru

Saya terserempak dengannya di tempat letak kereta, dan ketika dia berjalan menuju ke kedai makan itu bersama kumpulannya, dia asyik-asyik menoleh memandang saya yang berjalan tidak berapa jauh di belakang mereka.

Sedang saya enak-enak menikmati Nescafe tarik, dia menghampiri meja saya. “May I sit here?” Dia bertanya penuh sopan sambil tersenyum. Kesopanan dan wajahnya yang manis itu membuat saya tidak teragak-agak mempersilakannya duduk.

Dia merenung. Wajah dan baju merah jambu saya direnung bersilih-ganti, dan renungannya itu diiringi senyuman yang tidak lekang-lekang di bibir. Saya kurang senang sebenarnya direnung begitu tanpa bicara, namun sepasang mata bundarnya yang biru bercahaya bagaikan membujuk saya untuk bersabar. Saya memulakan perbualan. Saya bertanyakan sama ada dia mahu minum. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala.

“I like your dress ... can I touch it?” Tiba-tiba dia bersuara, dan saya tergamam seketika kerana tidak menyangka sama sekali dia akan bertanya begitu. Benak pun pantas mencongak lalu saya membenarkannya. Dia melurut-lurut lengan baju kurung saya. “Wow! so soft.” Ujarnya dengan wajah berseri-seri.

Dia kemudian melihat jam tangannya. “Time to go I guess.” Kata saya. Dia mengerutkan wajah. “Yeaah ...” Air mukanya keruh.

“Can you e-mail me and tell me more about your dress?”

Boleh saja ujar saya, dan kami pun bertukar-tukar alamat e-mel.

Yeay, saya dapat kawan baru hari ini! Namanya Dorien, gadis 15 tahun berasal dari Norway.


*02/04/2008
Bandar Melaka.


Salam.

9 comments:

m i n e r a l . . . said...

cehhh sy br nk jeles... igtkan ade jejaka berani sentuh bj kurung anda, kekekekkeke

ermm dorien tak nak tau pasal bj melayu lelaki ke, jejejeje...

blackpurple @ jowopinter said...

Sampaikan salam saya pada Dorien ya. Jemput dia melawat blog saya, boleh dia tengok blangkon saya pula.

Hehehe. Saya bergurau.

Pa'chik said...
This comment has been removed by the author.
Pa'chik said...

hikhik... bagi lah sekali lagu 'sepasang kurung biru'
hehhe..

artisticklytouch said...

can ah like that?

Mak Su said...

aik? macam tak percaya teman omputeh pempuan suka? suka material bajukurung ek... teman ingat dema suka kulit... oopss! larikkkk

Bunga Rampai said...

Mineral, orang kata ... jeles tanda sayang. Jejejejejje :))

BP, nanti saya jemput harapnya Dorien sudi :)

Pa'chik, satu cadangan yang baik!

Art, can also!

MakSu, manusia punya citarasa yang berlainan, kadang-kadang aneh.

akirasuri said...

Wah! Mesti kak rampai ni berwajah manis..

*kepingin nak melihat si cantik manis ni*

Salam kak!

Bunga Rampai said...

Akira, salam kembali Dik. Akak dapat rasakan kecomelan Akira :)