Saturday, 22 March 2008

Mencari Marash


Saya mahu mencari Marash yang berasal dari Turki.

Khabarnya, Marash ada di Sungai Wang Plaza dan Mid-Valley.

Kalau tidak menjumpainya, perlu barangkali menjejaknya di Kahramanmaras.
.
.
.
Saya akan mencari Marash yang entah rupanya bagaimana.

Khabarnya, sedap sekali rasanya.

Marash itu sejenis aiskrim.


*sedang menikmati Cornetto.
Salam.

Kemaskini 25/03/2008:
[gambar Maras Ice-cream: ihsan Ku Keng]

21 comments:

orang kampung said...

oooo Marash ni aiskrim rupanya. mati2 saya ingat pulut udang hahahahahha. Cara awak menulis sedikit sebanyak memaksa saya untuk mencari Marash...terpanggil untuk sama2 rasa.

* sedang makan aiskrim roti - satu masa dulu kalau siapa kat sekolah leh beli aiskrim ni dah kira bagus sangat dah tu.

Pa'chik said...

kat kampung aku... tanah perkuburannya orang panggey Kubur Maras...

Anonymous said...

yer la org kmpg.. pu3 ingat pun aper la td..hehehe..

tegezoot said...

saya ingatkan nama tempat kat tanah arab tu, atau satu fahaman.

suspen sungguh!

hayad said...

di mid valley apa nama kedainye yer?

Sastri said...

dah tercapai keinginan untuk menikmati aiskrim MacD walau si dia tak berapa berkenan kerana risau mamam manis2 lebih kuota... :D

blackpurple @ jowopinter said...

Ingat ais kerim, ingat gula. Ingat gula, ingat diabetis.

Errr... ulasan ini tiada kena mengena dengan entri sebenarnya.

Ku Keng said...

Uniknya aiskrim ini ditarik tak putus, tapi senang diskup dengan sudu. Rasanya? "çok çok lezetli" kata orang Maraş.

zizie ali said...

dari kuala terengganu ke kota bharu. akan bertemu kampung Maras. 6 km dari k.trg. dulu, orang kg Maras menyediakan laksa pada hari ke selepas idilfitr. pd hari tersebut siapa yg nak makan laksa pergilah beraya ke Maras. tiada aiskrim disediakan.

zizie ali said...

errata:
baris ke 4: "...hari ke 6 selepas idilfitr.."

Zareda Norman said...

itu eskrem arab ker? tak pernah dengar pulak.. tapi conetto pun sodap..

kingbinjai said...

ooo ooo nak!

Wira Nordin said...

marash itu yg mcm liat liat dan tukang buat dia akan bermain main sebelum jual. kan?

- G O R O - said...

Salam..

Cam sedap jer..

Mak Su said...

sedap ker? nak terai ler... dia mcm cornetto gaks ker?

Pa'chik said...

boh zizie.. kalu sinih... kapung maras tu... duo kilomiter jah dari koto baru... hahah....

Bunga Rampai said...

Orang Kampung, pulut udang? Kelakarnya :-D

Pa'Chik, Bro Zizie, mungkin penduduk kampung Maras berasal dari Kahramanmaras.

Tak ada aiskrim pun tak apa, janji makan free:-))

Puteri C, :-)

Tegezoot, tulisan-tulisan paranormal lagi suspen ;-)

Hayad, saya tak jumpa lagi aiskrim tu.

Sastri, alhamdulillah. Pedulikan si dia! :-P

BP, ulasan yang berkait rapat. Saya - ingat aiskrim, tak ingat apa dah, ingat makan je!:-D

Bro Keng, evet effendim ... cok cok lezetli![Aiseymann, huruf c-nya tak berekor pulak dah :-D] Terima kasih info Marash.

Zareda, aiskrim Turki. Saya pun ini pertama kali dengar. MatKool pun sedap jugak :-)

King, nanti saya bagi.

Wira, saya sendiri tak tahu, sebab itu teringin sangat nak cari aiskrim tu.

Goro, salam kembali. Yang pernah merasanya kata memang sedap.

MakSu, cuba jangan tak cuba. Carilah kat Sg. Wang atau Mid Valley.

Pegawai Khalwat said...

Lazat.

Bunga Rampai said...

Bro PK, tengok gambar tu pun dah terasa lazatnya :)

akirasuri said...

Ah!
Memang nampak sedap :|
Nak jugak :|

Bunga Rampai said...

Akira, terliur tak? Jom kita cari! :)