Friday, 30 November 2007

Chanel No. 5

Seusai kembara raya. Di lapangan terbang.

Penat membaca. Memerhati fi'il manusia juga meletihkan, apa tah lagi kala mata begitu bermanja-manja mengajak diri untuk lena. Namun manakan enak sebuah lena itu andai berbantalkan dinding sekeras batu, lalu pelantar benak mencatur fikir kemudian menjentik mata agar membeliak.

Tiba-tiba terpercik rasa mahu ke kedai nun di kanan sana. Kedai itu? Kedai yang memeningkan!. Aneh, sepasang kaki beralaskan sandal lusuh berwarna coklat bukan main ligat mengajak hati untuk ke sana. "Ayuh, ayuhlah!" Bentak kaki meminta-minta. Entah bila kaki itu melangkah, tahu-tahu kaki itu sudah pun berdiri di sebelah kanan seorang jejaka.

Sambil-sambil melihat apa yang terhidang, sepasang ekor mata pandai-pandai saja menyisip hala melirik jejaka di sebelah. Sepatunya tampak hebat, rona mahagony berkilat. Berseluar koboi dan berkemeja lengan pendek coklat muda, berjalur putih. Ooh, casual smart yang bergaya!. Rambutnya hitam lurus mencecah bahu. Wajahnya? Entah bagaimana kerana kelopak mata yang melirik-lirik itu tidak semena-mena menguyu dan kepala rasa berpusing-pusing.

Jejaka itu sibuk memilih-milih. Mengangkat kotak kemudian melihat tulisan (dan membaca barangkali) kemudian meletakkannya kembali di atas rak. Sejurus dia mengambil botol penguji dan menyembur di pergelangan tangannya. Ada haruman singgah di rongga hidung, dan zam-zam ala-kazam saya kembali segar!

"Saya tahu, Chanel No. 5 kegemaran kamu." Hei, dia menyapa saya!
Saya terpempan.
"Betul tak?" Dia tersenyum. Oh, hati bergelombang melihat wajah semanis itu!

"Betulkan?"
Mata saya membesar. Mulut terkunci. Saya tidak tahu bagaimana dia tahu.

Entah bila ketika jejaka itu beredar kemudian kembali dengan sebuah beg kecil. "Untuk kamu, dan semoga bergembira." Senyuman manisnya masih terukir di bibir. Saya melihat kandungan beg. Chanel No. 5! Saya terpinga.

Laungan memanggil penumpang ke pesawat berkumandang, dan dia mohon izin untuk berlalu. Saya kembali bersandar pada dinding kaca dan cuba mengenang kembali detik-detik itu. Dia bernama, tapi entah mana tinggalnya dan kerjanya entah apa. Saya cuma berharap dia gembira kerana saya juga gembira menerima pemberiannya itu walau saya tidak memakai winyak wangi.

Mata dipejam. Madah Guru mengiang-giang di telinga ... "sesungguhnya Allah SWT amat suka kepada hambaNya yang menggembirakan hambaNya yang lain."

Salam.

28 comments:

Pegawai Khalwat said...

Aku suka Bvlgari dan Balenciaga.

Mungkin lepas ni akan terima hadiah jenama tu pula?

Ha ha ha.... gurau saja.

Sememangnya, dapat menggembirakan orang adalah kepuasan yang tidak terhingga dan detik yang paling gembira.

Sebab itu aku gembira bila BR gembira menonton pementasan kami tempoh hari.

Mak Su said...

saya suka gaks

m i n e r a l . . . said...

mmg puas bila berjya bt org lain gmbira walupun cuma sekecil hama pemberian...
errr bertuah sepasang kaki bersandal coklat itu :)

cikdinz said...

ini rejki nama nya....

Sastri said...

wow... rezeki BR hari tu...

hayad said...

sy main pakai je mn2 bau yg sedap.nama2 ni krg arif! :p

Ordinary Superhero said...

Alhamdulillah. Memang rezeki dari Tuhan itu dalam berbagai bentuk.

blackpurple @ jowopinter said...

'Anugerah' dan 'Keceriaan.'
Dua perkataan itu yang terlintas di fikiran saya sehabis membaca cerita ini.
Kedua-duanya terpakai untuk BR, juga jejaka bernama itu.

Saya biasa pakai minyak atar Malaikat Subuh saja [gurau!]


:)

Pa'chik said...

rejeki... :) datangnya bermacam cara.. macam jugak perginya...

Wira Nordin said...

sukanya baca
kamu sungguh bertuah
terima kasih untuk org yg manis itu

tegezoot said...

Saya dgn jowopinter pakai brand sama, minyak atar 'malaikat subuh'

Menggembirakan org membuktikan dlm hati punya rasa kasih dan sayang sesama kita. Seperti BR yg selalu mekar demi semua yg mengunjung halaman ini.

maklang said...

untung ye...tuah badan!

Bunga Rampai said...

Bro PK, saya gelak ... tapi siapakan tahu, atas izinNya segalanya menjadi realiti.

Alhamdulillah, sangat gembira.

Maksu, suka yang mana? Chanel No. 5, Bvlgari, atau Balenciaga?

Mineral, kamu yang memahami. Sandal kegemaran saya.

Hayad, asal bau wangikan?

BP, anugerahNya membawa keceriaan. Alhamdulillah.

Err... minyak atar itu!

Tegezoot, oh...minyak atar itu lagi!

Kasih sayang keranaNya. Menggembirakan orang lain amat membahagiakan, dan membawa hati dekat pada Khaliq.

Cikdinz, Sastri, OSH, Pa'chik, Wira, Maklang, alhamdulillah...yang datang bergolek atas izinNya jua.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Minyak wangi mahal pun ada yang cetak rompak, dan harganya pun mahal juga. Entah, tak pernah guna pun yang mahal-mahal itu. Bagi cerita di atas tentunya tulen. Namun, kenangan itu yang pastinya lebih mahal.

akirasuri said...

Saya tak pakai wangi-wangian sebab saya dah sedia wangi =))

ha ha ha..

Oh! rezeki..
Siapalah gerangan jejaka itu ek :)

Kaklong Syikin said...

salam,

oh..rezeki yg tidak disangka2.

terus teringat ayat seribu dinar

indera kencana said...

Wahhh.. hadiah yang menyenangkan. Sebotol minyak wangi, pasti sahaja menceriakan hari Bunga Rampai dengan aroma harumnya..

Butaseni@Wan Raja said...

ooooh alhamdulillah,bukan senag nak jumpa orang yang memberi tanpa mengharap balasan,kan?rezekiaallahhh hehe

Azer Mantessa said...

rezeki rezeki :-)

achik said...

wah.. murah rezeki.. :)

kingbinjai said...

lama tak singgah sini apa khabar?

Anonymous said...

Channel 9 tak de ke? Dekat di hati heh!

Petiais said...

tak suke perfume.bau shower cream cukup suda

13may said...

senyum ajer membaca entri ini :)

Bunga Rampai said...

Mya Marja, waalaikumusalam. Ya, kenangan itu amat berharga.

Akira, banyak mandi bunga kot? Jejaka itu dihadirkanNya seketika untuk menceriakan saya. Wallahu'alam.

Kaklong, salam kembali. Ayat seribu dinar punya harumannya yang unik.

Indera, sedikit berasa bagaikan puteri kayangan.

Butaseni, memberi tanpa mengharap balasan. Itu yang molek.

Azer, alhamdulillah.

Achik, moga rezeki Achik murah dan mudah diberiNya.

King, kabar baik. Moga King juga dalam sejahtera.

Azzam, tak ada. TV9 adalah. Heh!

Petiais,oh jimat duit!

13may, alhamdulillah. Senyum kambing ke senyum simpul?

Pegawai Khalwat said...

Saya nak minta player lagu BR ni boleh?

Tak tersangkut-sangkut dan lebih berkualiti bunyinya. Sayang tak dapat control volume.

Bunga Rampai said...

Bro PK, boleh asal ada pengerasnya :-P

dapatkan di sini:

www.singingbox.com

Shumierain said...

wah murah sungguh rezeki akak yer..sy pun nak cuba2 buat cam 2, untung2 ade yg ulur..kahkahkah..