Tuesday, 20 November 2007

John Datang Lagi

“Hi Sis, I’m coming home!” Demikian teks pesanan ringkas John yang saya terima hari Jumaat lalu. Adeii, desis hati. BerSis-Sis pula kali ini dan hey, bila pula tanah airku ini menjadi rumahnya?

Kali ini John tidak membawa Inez, tetapi memperkenalkan Mikail kepada saya. John amat terkejut kerana saya dan Mikail saling mengenali, dan pertemuan yang tidak diduga petang semalam amat menggembirakan saya. Mikail warga sebuah negara Scandinavia yang menjalankan latihan di kedutaan negaranya di KL, dan akan menamatkan tugasannya pada penghujung bulan ini.

John dan Mikail masing-masing punya citarasa tersendiri meminati tanah air ini.

John telah jatuh hati dengan kepimpinan PiEm. "Negara Islam lain wajar mencontohi pemerintahannya ... bla,bla,bla ... dan saya tahu pilihanraya akan berlangsung bulan Februari depan ... bla,bla,bla ... sebelum kenaikan minyak pada bulan Mac ... bla,bla,bla ..."

Mikail seorang siswa tahun akhir jurusan Sains Politik, dan sudah enam bulan berada di KL. Dia bakal bergelar Diplomat suatu hari nanti. "Sudah tentu saya akan merindui pasembor, tapi saya takkan kembali ke sini sebagai seorang Diplomat. Hanya sebagai pelancong. Saya benci dengan senario politik di sini. Kasihan parti pemerintah terutama amnu ... bla,bla,bla ..."

John meminta lagi sekole teh tarik. Oh, dia kini suka teh tarik!

Sebelum berpisah, saya bertanya John sejak bila beliau menjadikan Malaysia sebagai rumahnya. “My second home. Only recently. Small office home office." Jawabnya.

Oh begitu, bisik hati saya. Berkole-kolelah teh tarik bakal dihirupnya sambil-sambil menulis atau mengedit berita-berita yang akan dihantar ke ibu pejabatnya nanti.

Sepanjang perjalanan menuju ke kedai buku untuk mencari dan pasti akan membeli buku GUiT (Growing Up in Trengganu), benak saya ligat mencerna, menapis dan menangkis intipati perbualan kami sebentar tadi. Saya menjadi resah. Untuk menghilangkan keresahan, saya cuba membayangkan pasembor. Aah, terliur ...

Yeay, malamnya makan pasembor! Dan buat seketika saya lupa tentang John dan Mikail.


Salam.

18 comments:

Wira Nordin said...

salam...
kamu sebenarnya diplomat?

jinggo said...

saja nak menyemak kat sini....
cuma nak membuat jemputan saja....
datang la beramai-ramai...
bawak kengkawan sekali......
tempat, masa dan tarikh ada kat blog aku......
kehadiran anda akan memeriah kan lagi acara itu dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita.... insyallah.....

Mak Su said...

pandai ker depa cakap melayu?

Pa'chik said...

Teringat dialog dalam filem godfather III, bila cardinal tu kata dekat micheal corleone... sebagaimana batu di dalam sungai, selama mana pun di situ.. air tidak akan pernah berjaya menyerap masuk... begitu juga kristian dan orang eropah...
itu mereka suka bila islam semakin menjadi seperti mana kristen... dianuti tanpa diamali.

Anonymous said...

Nga, jom mengeteh! He he!

blackpurple @ jowopinter said...

Salam BR,

John telah jatuh hati dengan kepimpinan PiEm. "Negara Islam lain wajar mencontohi pemerintahannya ... bla,bla,bla ...

Saya seperti mahu ketawa, bukan berguling-guling, tapi bergulung-gulung!

Pegawai Khalwat said...

Hoh!

Kena kenceng maneh la John dok telan teh tarik tiap-tiap hari.

- G O R O - said...

Salam akak;

"We r actually very strong, 1.3 billion people cannot simply wiped out. The Europeans killed 6 million jews out of 12 million. but today the jews rule the world by proxy. they get others to fight and die for them."

Kata TUN..

Kaklong Syikin said...

salam,

BR pandai buat teh tarik? teringin pula saya nak minum teh tarik buatan BR

hmm..suka pandangan jujur Mikail ttg politik negara ini..itu yg sbnrnyakan?

Ku Keng said...

Sekarang gambar bunga lain pula!

Sastri said...

hmmm... seperti Mikail, sas juga kurang gemar dengan keadaan politik di sini... tetapi sedikit sebanyak perlu celik atas sebab kerja...

Shumierain said...

salam kak b rampai,
mat saleh suka teh tarik..dasat..amnu..hahaha..pelik lak sy mulanya, pas2 ohhhh br teringat....

suke gan ape yg goro tulis 2

akirasuri said...

Oh!
Bila mereka bercakap tentang politik.
Ada tersurat dan tersirat :)

Salam.

m i n e r a l . . . said...

tiba2 sy juga rasa lapar utk mkn pasembor ...
jommmm

cikdinz said...

bagus lah kesah ni...

Izariza said...

Salam manis Datuk Seri,

Hmm.. kalau Mikail ke Terengganu pasti dia jadi 'penagih' tegar keropok lekor :D

Politik tanahair memang merenyahkan, Datuk. Sehingga malas nak fikir..

Kamu sihat-sihat aje?

13may said...

wah! johj pu begitu up-to-date tentang pilihanraya serta kenaikkan minyak :D

hahha hahha

Salam BR...jom minum teh tarik..saya belanja ;)

Bunga Rampai said...

Wira, salam kembali. Saya bukan seorang diplomat :)

Jinggo, terima kasih atas jemputan. Dah pun menonton semalam.

Mak Su, tak reti tapi John tu rasa-rasanya lagi 2 bulan retilah. Sekarang tengah ikut kelas BM!

Pa'chik, menggerunkan tapi berapa ramai yang sedar?

Azzam, adeii ... tak fahamlah brader :(

BP, salam kembali. Jangan sampai ketawa melayang-layang, nahas! :D

Bro PK, hahaha kelakar!

Goro, salam kembali. Apa pulak kata Pak Lah? ;)

Kaklong, salam kembali. Buat Teh O tak ada masalah, juga teh susu. Teh tarik payah sikit sebab tak reti tarik :)

Bro Keng, nanti-nanti tukar lagi bunga lain. Bro suka bunga apa?

Sastri, betul tu Sas, kita kena peka juga.

Shumierain, salam kembali Dik :)

Akira, ya begitulah dan kita perlu pantas menapis. Salam kembali.

Mineral, oh bolah saja! Awak belanja ;)

Cikdinz, terima kasih.

Datin Iza, salam kembali yang indah-indah saja buatmu ...

Bukan saja keropok lekor, malah nasi dagang :)

Sikit-sikit kena fikir juga Datin kerana semua sistem bersangkut paut dengan politik!

Saya baik-baik saja. Moga Datin ... seri wajahmu semakin lumayan dipandang :)

13may, salam kembali. Terima kasih sudi belanja, tapi bila dan dimana? ;)