Aduuh, satu jam merangkak dalam kesesakan lalu lintas amatlah menguji kesabaran! Ditambah pula dengan kawan yang duduk di sebelah tidak habis-habis mengomel tentang lumpur di kuala yang ronanya akhir-akhir ini kerap berubah di hujung minggu ... aah, cukup meloyakan! Sudah-sudahlah tu ... kan lebih baik berdoa supaya perjalanan kita selamat pergi dan balik! Pinta saya. Dia akur.
Syukur, selamat semuanya.
Yeay, setelah hasrat kecundang Julai lepas, akhirnya saya menonton Devian Dogma! Semalam.
Wow, beliau dan anak-anak buahnya memang hebat! Terima kasih mementaskan satu persembahan teater yang cukup berakal dan punya kesatupaduan yang mantap! Syabas dan tahniah! Saya suka, suka sangat :-)
O-la-la, hari ini mahu bersantai di kedai buku pula!. Barangkali GUiT (Growing Up in Trengganu) yang ditempah Isnin lalu sedang menanti saya.
Oh, enaknya sekali-sekala bersantai begini!
Tanpa gangguan orang minyak :-)).
Ahamdulillah.
Salam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kemas kini 09/12/2007:
Salin dan tampal komen sendiri dari blog Pegawai Khalwat. Terima kasih Bro PK.
bunga rampai said...
Hahaha ... jadi rusa? Nanti masa Krismas semua pakat nyanyi Jingle Bells ka? :-D
Salam,
Skrip yang baik, arahan yang bagus, komitmen yang tinggi para pelakon dan tenaga kerja menjadikan DD satu persembahan yang berjiwa.
Kombinasi unsur-unsur moden dengan budaya/tradisi silam, ditambah dengan unsur-unsur lucu dalam dialog menjadikan DD sangat istimewa. Andai punya peruntukan yang lebih baik untuk jelajah satu Malaysia, saya rasa DD mampu memupuk minat khalayak untuk menonton teater.
Cuma satu babak yang saya rasa agak membosankan(saya) iaitu babak debat kata antara Surti dengan Tejo. Kalau diselitkan dengan dialog lucu, saya rasa lebih meriah.
Akhir cerita adalah klimaks yang menyentak penonton. Saya sendiri ternganga dengan kejutan itu! Betapa DD telah menyekat kepuasan penonton untuk sampai ke puncak. Tapi di sinilah keistimewaan DD yang mampu mengheret penonton untuk berfikir!
Banyak unsur-unsur didaktik yang diketengahkan oleh DD menjadikan DD bukan saja menghibur malah mendidik penonton. Syabas!
Oh, saya kagum aksi-aksi 'belasah' tu!
Saya tunggu projek Bakawale seterusnya.
29/11/07 09:05
28 comments:
Hari ini dari tempat saya hingga ke lebuh raya Kuala Lumpur banyak sekatan jalan raya. Bayangkan di lebuh raya pun ada sekatan jalan raya. Motif sekatan pasti dapat kita jangkakan; khususnya yang menghala ke Jalan Ampang. Perlahan sikit pandu kereta ini hari. Kaki wayang ya?
haha.
untuk lagu itu.
owh!
untuk gangguan orang minyak.
MyaMarja, pusara di lebuh raya pun banyak!
Kaki wayang? Oh, tidak! Kaki teater? Ya! Tapi pilih yang saya rasakan dapat memberi pulangan lumayan kepada bank fikir saya. Teater lebih berjiwa dan jujur berbanding filem.
KunciHilang, lama sungguh kamu menghilang. Saya tercari-cari. Rindu tulisan kamu.
salam,kami mengucapkan ribuan terima kasih padamu kerna sudi menonton dan juga cenderahati mu.kami amat kesal kerna tak sempat untuk bersua muka sebab sibuk dengan sesi soal jawab tu.
ps:jangan risau,orang minyak dah balik kampung hehehehee
ada orang minyak ke...auuu!!!!!geli nya...heheheee....
Datuk Seri,
Datuk di teater itu? Ahh .. jika saya tahu Datuk ke sana, pasti kuredah jua meski kepenatan! Tentu bbisa saja kita menghirup kopi panas selepas itu!!!
Bagaimana? GUiT itu sudah jadi milik yang sahkah? Sedikit kupasan untuk saya..?
Sepiring kacang goreng .. :)
Ah! Santai sungguh membaca entri ini sambil telinga didendangkan lagu klasik sebegini. :D
hadir...
Butaseni, salam kembali. Terima kasih juga kerana tidak mengecewakan harapan saya untuk menonton sebuah persembahan yang berkualiti. Saya kagum.
Saya faham kesibukan kalian. Keadaan KL yang tegang juga menyebabkan saya tak tunggu lebih lama selepas sesi soal-jawab tu, pulang terus. Lagi pun risau jugak, manalah tahu orang minyak tiba-tiba mengganas sebaik saya perkenalkan diri. Hahaha!
Cikdinz, orang minyak ni tak berminyak. Orang minyak moden. Ada handphone lagi, dan belayar di internet!
Datin Iza, ooh...melepas ya! Belum masanya lagi untuk kita bersua, barangkali :)
GUiT belum saya miliki Datin. Stok habis. Nanti kalau dah dapat, bisa saja saya bicarakan untuk Datin.
Kacang goreng? ... ermmm, terima kasih, dah lewat malam ... on diet ;-)
BP, alhamdulillah. Senang mendengarnya :-))
Pa'chik, kehadiran ditanda dalam buku kedatangan. Bagus, Pa'chik tak pernah ponteng ;-P
Orang minyak? Ishhh...mungkin banyak belanja nak maintain orang minyak di saat harga minyak naik mendadak.
Salam
GUIT itu membuatkan saya mahu segera ke kedai buku dan mencarinya.
Santai Jiwa....
Penyejuk Hati...
tima kasih la kerna datang...
dan terimakasih untuk pemberian tu...............
tapi macam kata butaseni......
sayang kita tak sempat nak bersua....
tapi... jeng.... jeng... jeng....
gambar bunga rampai ada ngan kami..........
budak yang amik bungkusan dari cik bunga tu dah amik gambar cik bunga bertiga kalau tak salah sy kan.......
dan sy memang perasan cik bunga......
masa keluar tu mata tetap pandang ke depan ( ke arah pentas).....
Santai membawa bahagia ehek!
wah ... peminat teater :-)
pilihan lagu lama yang menarik :-)
*you surprise me more than you know
:-)
org minyak berlakon
syoknya kalau dpt santai di tepi pantai.. ;)
OSH, lagi banyak pakai minyak lagi naik sahamnya ;-)
Goro, salam kembali. 'Santai Jiwa Penyejuk Hati' - nyaman rasa membacanya, meresap. Terima kasih.
Jinggo, aiseyymaaaann ... ingatkan bawa orang minyak je, mata-mata gelap pun ada? Isk, isk, isk ... tak aci sungguh ambik gambar tanpa kebenaran, boleh saman tu! ;-)
Siapa-siapa pun yang pandang ke arah pentas tu, rasanya orang tu berjaga-jaga takut-takut Tejo dan Jamrud melompat turun pentas kemudian berpencak didepannya :-D
Azzam, ehek!!
Azer, sesekali bersantai :), dan ada kenangan di sebalik lagu itu ;-). *Oops?
Mak Su, hebat!
Achik, bersantai di tepi pantai sambil merenung daun nyiur melambai, hati pun damai :-))
teringin juga untuk bersantai... cuma masanya belum tiba...
lawatan pertama di sini..
sebenarnya sebelum ini pernah datang tapi tak meninggalkan bahan bukti.. ;)
salam kenal untuk kamu..
sioknyer dpt bersantai dgn perkara yg kita suka...
[sambil hulur jus oren ]
melihat bungkusan yg tertera nama 'tegezoot' dan ikhlas dari 'bunga rampai'. Amat memberi kesan dan kepuasan yg berganda selepas selesai persembahan tempohari.
Sastri, akan tiba masanya nanti. InsyaAllah.
Rena, salam kenal juga untuk Rena :) Terima kasih kunjungan ini.
Mineral, setuju dengan kata-kata itu. [terima kasih jus oren]
Tegezoot, alhamdulillah. Teruskan berpencak di atas pentas. Saya menonton dari jauh.
orang minyak ni kerja kat shell ke petronas?
salam bunga rampai,
lama saya tak kemari..
suka pulak dengar lagu ni...tersenyum sendiri saya::)"Hassan tak suka mandi" ...hihi
salam...leh x kasik kat sy lagu hassan n hasnah? besh la
NBB, kerja kat Esso kot :D
Yus, salam kembali. Terima kasih atas ingatan. Lagu tu memang kartun sikit tapi banyak pengajaran :)
Mazarina, salam kenal :) InsyaAllah.
BR,
Terima kasih.
Sokongan hang sama hebatnya dengan sokongan 10 orang. Kami terharu.....
Bro PK, sama-sama kasih:-)
Post a Comment