Demikian, dalam rentang waktu yang mengampai berjuta warna lukisan alam, ada saja angin yang bertiup melepaskan dendam lalu mengubah warna lukisan itu. Hidup ini memang aneh kadang-kadang. Yang kita tidak mahu, datangnya bergolek. Yang kita harapkan, menjadi tidak.
Semalam ...
Alahai, entah kenapa tiba-tiba mesin basuh itu anginnya berubah dari otomatik menjadi tidak otomatik! Kemudian, entah bila masa hosnya pecah. Sepasang mata yang tidak percaya hanya mampu membeliak dan lidah beku seketika melihat air mencurah-curah membanjiri dapur. Huh, apa lagi pagi semalam op bersihlah jawabnya! Aduuhh, sakit pinggang!
Tayar kereta pula. Entah kenapa kedua-dua tayar sebelah kiri asyik tidak berangin. Pagi semalam masukkan angin, tengaharinya kempis. Kemudian masukkan angin lagi. Eh, eh, petangnya kempis lagi! Maka terpaksalah memaksa diri ke kedai tayar. Periksa punya periksa, aiseyymann ... bila masa pulak paku terpaku pada tayar tu?!
Aduuh, kucing Si Rampai pula sudah dua hari tidak mahu makan malam. Angin apa pulak ni? Terkena angin cinta kot! Barangkali kerana sudah dua hari seekor kucing putih bertompok coklat itu tidak datang menjengoknya petang-petang, maka dia merindu dan tak lalu makan! Hmm, kalau dimandikan esok, barangkali mandi tak basah!
Begitulah kehidupan ini, bak angin. Bertiupnya entah bila. Kadang hembusannya mulus dalam tenang, ada kalanya kesat dan hingar. Ada waktu-waktunya dalam diam, angin sudi membawa warkah ...
Bang Lope,
Terlirih senyuman lebar bak kembang teratai kala melihat suratmu. Terpanah jua jiwa kala membacanya, dan nadi cinta bergetar ghairah membayangkan lukisan alam, kembali meneliti waktu-waktu indah itu. Seperti ujar saya kepada Bro Keng (yang sudah mengubah sikap): "Kenangan silam sering menggamit rasa, lebih-lebih lagi di lembah menghijau begitu. Kenangan diimbau mengundang rindu, berasa mahu saja kembali ke detik-detik itu."
Ke mana lagi unjurnya cinta kita kalau tidak kepada alam ini Bang Lope. Langit dan bumi, siang dan malam, angin dan hujan. Petir dan guruh, bukit dan gunung, flora dan fauna, laut dan sungai. Demikian hadiah Alam, berpasang-pasangan dan saling mengasihi untuk kita renung cinta mereka, cinta yang membawa tafakur pada hati-hati yang tahu dan faham erti cinta sejati.
Aduhai. Seusai membaca, setitis dua air tumpah dan diam di birai mata. Namun jauh di relung hati, titis-titis air merecup lalu melampiaskan rindu di perdu jiwa. Merindu saujana Alam.
Salam buat Bang Lope. Moga dalam damai, senang, dan tenang di mana jua.
Rampai
Salam.
15 comments:
membaca entri ini, tetiba teringat kepada pepatah Inggeris ni...
'thats is the way the cookie crumbles'
hidup, begitulah. tidak ada yang manis sentiasa
Rampai, santai hari ni you. Tak apa lah sekurang-kurang ada masa juga bloghopping.
Kucing Rampai macam tuan dia juga...
Kucing2 saya, Boboy, Chemo dan Comel, ketiga2 dah kotor sangat, kena mandi, tapi tiap kali suami kata jom mandikan "budak", I akan kata "Eh kesian dia orang, hari sejuk..." He he he sebenarnya saya malas nak tolong sama.
Tapi kena tahan bau busuk dia orang, sebab dua ekor manja habis, masa i dok kat study, dua2 tu asyik nak naik riba, nak main keyboard comouter sama. Tiap malam sebelum tidur kena tukar baju dan mandi.
The moral story nya, kucing tak mandi, maka tuan dia kena rajin mandi.
Kita melihat ini sebagai penaikan taraf. selepas diuji kita akan lebih hebat. Insya-Allah.
Salam dari Damascus.
Salam kak rampai..
kucingnya dilamun cinta..
tuannya pula macam mana :)
he he he.
Sastri, ooohh ... macam biskut, rapuh sungguh kehidupan ini!
Wanie, yang pahit pun kena telan. Kemudian minum air banyak-banyak :-)
Kak Has, hahaha...kelakarlah Kak Has ni... kucing tu macam saya pula! Saya ok jer, makan lalu..tidur lena.. mandi pun basah. Lupa nak bagi tau, kucing saya tu namanya Awan. Semalam mandikan - haa, nasib baik celus air, kalau tak kena bawa ke hospital :-))
Hakim, terima kasih.
Akira, salam kembali Dik. Kucing dilamun cinta, tuannya dilambung angan-angan!:-D
Bunga Rampai.. lama dah kak sya tak menjengah ke sini.. Salam buat BR
Salam,
Salam jua buat angin. Namanya pun angin; ia datang dan ia pergi. Walaupun datangnya tidak terduga, dan berlalu pergi sesuka hati, yang namanya angin itu pasti menghembus nyaman dingin dan sepoinya merehatkan.
saya ni, bila hilang barang ... cari punya cari tak juga jumpa2 ... bila tak cari ... jumpa pulak
*garu pala
musim angin monsun ler tu
Assalamualaikum BR,
Mesin basuh, tayar kereta dan kucing pun punya nyawa dan jiwa sebenarnya. :)
Salam kak BR;
Masalah antara tetamu yang xdiundang dan paling kerap menjengah kita.
buleh dah dicarikkan pasangan buat kucen tuh... :,A
kata sorang kawan,
"cinta ibarat angin, ia datang dan pergi tanpa disedari"
Kak Sya, salam kembali dan terima kasih atas ingatan :)
Mya, alhamdulillah.
Azer, saya pun macam tu kadang-kadang :))
Mak Su, kalau monsun datang dengan ribut taufan ... nahas! :D
BP, waalikumusalam. Ya, apa saja pemberianNya berjiwa. Jadi, kita manusia yang lebih berjiwa ini perlu menghargainya walau apa pun kerenah mereka.
Goro, salam kembali Dik. Itu semua menguji diri sebenarnya.
Pa'chik, kucing Siam ada?
Bro PK, oohh ... kata-kata yang sungguh menjiwangkan saya!
Rugilah kalau tak sedarkan? Tapi kadang tu sedar, cuma buat-buat tak sedar :-))
Post a Comment